Klinik Dr Liau & Siah

Klinik Dr Liau & Siah Medical Clinic in Puchong provide quality medical care from caring and qualified doctors
Supreme Medicare Sdn Bhd. Company no: 907977H

Excision of sebaceous cyst done under local ... done without any complication.
02/02/2026

Excision of sebaceous cyst done under local ... done without any complication.

https://www.facebook.com/share/p/1cCrLCo3XM/
29/01/2026

https://www.facebook.com/share/p/1cCrLCo3XM/

Serba tak kena. Duduk gatal, berdiri gatal. Nak garu, tempat awam p**a.

Masalah gatal pada bahagian dubur atau istilah perubatannya Pruritus Ani adalah kondisi yang sangat lazim, tetapi jarang dibincangkan kerana malu.

Ramai beranggapan gatal dubur bermaksud ada cacing kerawit. Ya, itu salah satu punca, terutamanya jika gatal berlaku pada waktu malam. Tetapi bagi orang dewasa, puncanya selalunya berbeza.

Berikut adalah punca utama kenapa dubur anda gatal:

1. Terlalu Bersih (Over-cleaning)
Ini punca paling utama. Anda mungkin menyental kawasan tersebut dengan sabun kasar atau mengelap terlalu kuat menggunakan tisu. Ini membuang lapisan minyak semulajadi yang melindungi kulit, menyebabkan kulit menjadi kering, pedih, dan gatal.

2. Lembap & Berpeluh
Pemakaian seluar dalam yang ketat atau jenis sintetik memerangkap peluh. Kawasan yang lembap adalah syurga bagi kulat (fungal infection) untuk membiak.

3. Makanan Pedas & Kafein
Peminat sambal belacan dan kopi perlu ambil perhatian. Makanan pedas dan kafein boleh melemahkan otot dubur dan menyebabkan sedikit najis terkeluar (leaking) atau merengsakan kulit semasa membuang air besar.

4. Buasir (Hemorrhoids)
Bengkak pada salur darah di dubur boleh menyebabkan kesukaran untuk membersihkan kawasan tersebut dengan sempurna, meninggalkan sisa yang menyebabkan gatal.

Apa perlu buat?

Hentikan penggunaan sabun wangi atau skrub di kawasan tersebut. Basuh dengan air sahaja dan keringkan dengan 'dap' tuala lembut (jangan gosok).
Pakai seluar dalam kapas (cotton) yang longgar.
Jumpa doktor jika gatal berlarutan untuk ubat sapu yang sesuai. Jangan beli ubat sebarangan di kedai.

Ingat, makin anda garu, makin rosak kulit, makin teruk gatalnya. Kitaran ini mesti dihentikan.

https://www.facebook.com/share/p/1FyTZNyQjQ/
29/01/2026

https://www.facebook.com/share/p/1FyTZNyQjQ/

Kelawar: "Kilang Virus" Semulajadi Yang Terbang Di Langit Malam.

Walaupun kelawar penting untuk ekosistem (pendebungaan durian & petai), haiwan ini dikenali oleh saintis sebagai "Super Reservoir".

Tubuh kelawar unik. Sistem imun mereka sangat kuat sehingga mereka boleh membawa pelbagai virus berbahaya tanpa jatuh sakit. Tapi bila virus ini lompat ke manusia (Zoonosis), akibatnya boleh membawa maut.

Ini adalah 10 penyakit yang dikaitkan dengan kelawar:

1. Virus Nipah (Malaysia)
Paling dekat di hati kita. Menyebabkan radang otak (Encephalitis).

2. Ebola
Demam berdarah yang sangat menakutkan di Afrika. Kadar kematian sangat tinggi.

3. Virus Marburg
"Sepupu" kepada Ebola. Menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk.

4. SARS (SARS-CoV-1)
Wabak yang menggemparkan Asia pada tahun 2003.

5. MERS-CoV
Virus pernafasan di Timur Tengah. Kelawar -> Unta -> Manusia.

6. COVID-19 (SARS-CoV-2)
Saintis percaya asal-usul genetik virus ini datang dari kelawar sebelum berpindah ke perumah perantara.

7. Rabies (Anjing Gila)
Selain anjing, gigitan kelawar juga boleh menyebarkan virus yang menyerang sistem saraf ini.

8. Virus Hendra
Melibatkan kuda sebagai perantara. Sangat berbahaya kepada veterinar/pengendali kuda.

9. Australian Bat Lyssavirus
Sejenis virus seakan Rabies yang ditemui di Australia.

10. Histoplasmosis (Penyakit Tahi Kelawar)
Ini bukan virus, tapi KULAT (fungus). Spora dari tahi kelawar (guano) yang kering boleh berterbangan dan masuk ke paru-paru, menyebabkan jangkitan pernafasan kronik.

Pesan Kesihatan Awam:
Kita tidak perlu musnahkan kelawar. Kita hanya perlu HORMATI jarak.
Jangan masuk gua tanpa mask, jangan sentuh kelawar sakit, dan basuh buah yang ada kesan gigitan.

27/01/2026

can be fatal.

Do you know its symptoms?
πŸ”΄ Rash that starts on the face and spreads over the body
πŸ”΄ Fever
πŸ”΄ Cough
πŸ”΄ Red and watery eyes
πŸ”΄ Small white spots inside the cheeks

Seek health care if you suspect you or your child has measles.

Beware and Becareful ....https://www.facebook.com/share/p/18U3fW9t37/
27/01/2026

Beware and Becareful ....

https://www.facebook.com/share/p/18U3fW9t37/

BUKIT MERTAJAM: A major syndicate behind the sale and manufacturing of illegal traditional health products worth RM24mil was busted in a raid by the Penang Health Department.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=122139971024977931&id=61579337942638&mibextid=wwXIfr&rdid=TQtjEkrjwhkaEX8R...
23/01/2026

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=122139971024977931&id=61579337942638&mibextid=wwXIfr&rdid=TQtjEkrjwhkaEX8R #

Heads up, Malaysia!

The fight against dengue starts with knowing where the risks are highest.*

If you’re in one of these states, step up your dengue prevention efforts. Every action counts in keeping our communities safe.

Want to know where the hotspots are? Click here to view our live dengue tracker: https://www.knowdengue.my/hotspots-tracker



Reference link (as of 20 Jan 2026):
* https://idengue.mysa.gov.my/

C-ANPROM/MY/DENV/0454| Sept 2025

https://www.facebook.com/share/p/1C4jChxQyC/
23/01/2026

https://www.facebook.com/share/p/1C4jChxQyC/

Niat nak buang ulat resdung, rupa-rupanya hidung jadi serobong asap toksik.

Ini adalah satu penipuan kesihatan paling legend yang masih ramai percaya sampai hari ini.

Bila pergi spa atau pasar malam, ada rawatan 'sedut resdung' guna corong berapi. Lepas asap tu keluar, perawat akan buka corong dan tunjuk habuk-habuk putih atau kekuningan yang terkumpul di dalamnya.

"Tengok ni kak, banyak betul ulat resdung akak. Patutlah hidung gatal."

Kita pun rasa puas hati dan geli tengok 'ulat' tu. Rasa berbaloi bayar duit.

Tapi, tahukah anda?
Habuk putih itu bukanlah ulat, cacing, mahupun hama.
Itu sebenarnya adalah sisa lilin (wax) atau habuk kayu dari corong yang terbakar itu sendiri.

Secara saintifik, tiada istilah 'ulat resdung' dalam dunia perubatan. Resdung atau sinusitis berpunca dari radang mukosa, bukan sebab ada ulat buat sarang dalam hidung.

Ironinya, rawatan yang kononnya nak cuci hidung inilah yang sebenarnya merosakkan hidung.

Asap tebal yang disedut masuk itu akan melumpuhkan silia (bulu halus) dalam hidung. Silia ni tugas dia menapis habuk. Bila dia lumpuh atau rosak terbakar, pertahanan hidung akan runtuh.

Akibatnya?
Risiko jangkitan kuman makin tinggi. Malah, asap toksik yang masuk ke paru-paru boleh mengundang masalah pernafasan kronik. Ada kes di mana gegendang telinga pecah akibat tekanan panas dari corong tersebut.

Jadi, berhentilah percaya pada mitos ulat ni.
Hidung kita bukan tempurung kelapa nak diasap-asapkan. Kalau gatal, jumpa doktor ENT, bukan bomoh asap.

Info
20/01/2026

Info

Address

66 Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri Puchong (Supreme Medicare Sdn Bhd. Company No: 907977H)
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Dr Liau & Siah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Dr Liau & Siah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram