24/10/2025
#103 Crowd Share (October)
Setiap 24 hb pada setiap bulan Gathercare akan mengeluarkan komuniti report. Kami akan share crowd share di semua platfom media sosial kami. Bertujuan untuk memastikan kami sentiasa telus dan semua ahli komuniti tahu tentang jumlah keseluruhan yang dikongsi pada bulan tersebut.
Apa yang ada dalam crowd share bulanan?
Jawapannya semua perkara yang anda boleh lihat dalam setiap gambar dibawah. Termasuk jumlah bil perubatan yang akan dikongsi oleh semua ahli komuniti, jumlah pesakit yang dibantu, jumlah komuniti yang akan berkongsi, pembahagian jumlah pada semua had umur dan dokumen tambahan sebagai bukti bil perubatan.
Semua kami share dan buktikan bahawa kami jujur dan telus dan anda tidak perlu risau tentang apa-apa.
Pada bulan October 2025, sebanyak 20 kes telah dikongsikan oleh komuniti Gathercare, pelbagai jenis penyakit yang kami liputi pada bulan ini. Kami sentiasa memastikan bahawa segala perkara adalah telus dan adil kepada semua Carer kami. Semua ahli komuniti Gathercare berhak mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik. Kami berasa gembira kerana dapat membantu ahli komuniti Gathercare dan ingin berterima kasih dengan jasa baik ahli komuniti yang baik hati berkongsi bersama jumlah perubata.
Pada bulan October ini juga kami telah dapat membantu 20 orang lagi ahli komuniti Gathercare bebas daripada beban kewangan kos rawatan perubatan mereka. Tahniah kepada anda semua yang setia menjadi ahli komuniti Gathercare. Pada bulan ini juga terdapat pelarasan pembutan (rounding adjustment) dan kami tolak RM 600 dari jumlah keseluruhan. Ini untuk menunjukkan bahawa kami telus di Gathercare. Sumbangan anda amat bermakna bagi pesakit-pesakit dalam komuniti ini.
Pecahan Perkongsian bulan OCTOBER 2025 ini adalah seperti berikut :
Sehingga 24 OCTOBER 2025, seramai 3437 Pekongsi Aktif, antaranya adalah perokok yang menyumbang 1.2 kali kadar bukan perokok. Pecahan Crowd Share bulan ini adalah seperti di bawah ;
(Jumlah keseluruhan kes - pelarasan bulan lepas = jumlah perkongsian layak)
RM 164,227.28 - RM 14.83 = RM 164,212.45
RM 164,212.45 dibahagikan antara Carers Aktif;
15d to 5y.o (Bukan perokok) 355 @ RM 63.07 = RM 22,389.85
6y.o to 40y.o (Bukan Perokok) 2307 @ RM 39.42 = RM 90,941.94
6y.o to 40y.o (Perokok) 185 @ RM 47.30 = RM 8,750.50
41y.o to 45y.o (Bukan Perokok) 401 @ RM 63.07 = RM 25,291.07
41y.o to 45y.o (Perokok) 63 @ RM 75.68 = RM 4,767.84
46y.o to 50y.o (Bukan Perokok) 111 @ RM 94.60 = RM 10,500.60
46y.o to 50y.o (Perokok) 14 @ RM 113.52 = RM 1,589.28
Jumlah = RM 164,231.08
Pelarasan bulan ini: RM 164,231.08 - RM 164,212.45 = RM 18.63
Note: Pelarasan RM 18.63 akan ditolak dalam jumlah kes keseluruhan bulan hadapan.
Dalam perkongsian kali ini, jumlah yang dinyatakan di dalam pecahan di atas akan ditolak dari Deposit Perkongsian masing - masing yang disimpan di dalam akaun amanah. Seterusnya, baki Deposit Perkongsian anda kan ditolak sewajarnya. Jika baki Deposit Perkongsian anda jatuh ke paras minimum atau lebih rendah, anda perlu menambah semula Deposit Perkongsian anda ke paras maksimum melalui auto debit transaksi online FIUU.
Yang benar,
Gideon Leong
CEO, Gather Care