Gathercare Komuniti

Gathercare Komuniti 💙 Gathercare Misi:
Kami percaya setiap individu berhak mendapat rawatan perubatan yang mampu milik.

Gathercare ialah
Platform Perkongsian Perubatan Pertama di Malaysia, ditubuhkan pada 2017,
membantu 900+ kes kemasukan hospital tanpa tunai dan telah berjaya berkongsi RM7.5 juta kos perubatan. Tiada nyawa patut terkorban kerana tidak mampu membayar bil perubatan.

🩷 Gathercare Visi:
- Membina sistem perubatan bersubsidi dengan sokongan ekosistem perubatan yang lengkap.
- Mengubah kepercayaan bahawa kesihatan hanya milik mereka yang berada.
- Membentuk masyarakat yang lebih sihat melalui pendidikan mengenai gaya hidup sihat dan langkah pencegahan berkesan.

02/12/2025

Jangan biarkan sakit kepala menjadi perkara ‘biasa’. Bila tubuh memberi isyarat berulang, itu maknanya ada sesuatu yang perlu diubah. 💪🏽

Penjagaan awal boleh mengelakkan sakit menjadi lebih kerap dan lebih berat.🩵

30/11/2025

Perubahan untuk kurangkan lemak visceral bukan tentang diet sempurna, tapi tentang konsisten buat pilihan yang lebih baik setiap hari. 💪🏽

Sedikit demi sedikit, badan akan mula rasa lebih ringan, bertenaga dan stabil , perubahan yang datang dari dalam.

29/11/2025

Musim banjir bukan saja tentang kawasan ditenggelami air tetapi juga tentang risiko penyakit yang meningkat selepas air mulai surut. 🥺

Langkah pencegahan kecil boleh mengurangkan banyak bahaya, terutamanya untuk anak kecil dan warga emas. 💪🏽

Keselamatan selepas banjir sama pentingnya dengan keselamatan semasa banjir.🩵

28/11/2025

Banjir mungkin dah surut, tapi risiko kesihatan masih tinggi.

Lepas banjir, tubuh lebih mudah terdedah kepada jangkitan, air tercemar dan serangga pembawa penyakit. 🥺

Inilah masa paling penting untuk pantau simptom, jaga kebersihan dan lindungi diri dan orang sekeliling. Hati-hati ya~

27/11/2025

Di sebalik mesin dialisis, ada pesakit yang sedang berjuang setiap minggu hanya untuk kekal hidup. 🥺

Ia bukan mudah letih, emosi terganggu, dan kehidupan berubah sepenuhnya. Semoga lebih ramai faham bahawa dialisis bukan pengakhiran, tetapi kekuatan yang jarang kita nampak. 💪🏽

26/11/2025

Perubahan kesihatan bukan berlaku dalam sehari tetapi bermula dari satu pilihan kecil yang anda ulang setiap hari. 💪🏽

Tubuh kita sentiasa bagi peluang untuk pulih, asalkan kita bantu ia bekerja dengan lebih tenang dari dalam.

25/11/2025

Setiap kali rokok dinyalakan, tubuh bekerja lebih keras daripada apa yang kita nampak.🥺

Sedikit demi sedikit, ia simpan ‘hutang’ yang akhirnya hanya badan sendiri perlu bayar. Jangan tunggu sampai amaran datang lewat.

24/11/2025

Kadang-kala tubuh kelihatan kuat, tapi dalam diam ia menanggung beban yang kita tak sedar.

Jaga ritma hidup anda. 💪🏽 Sedikit perubahan hari ini pun sudah cukup untuk jauhkan masalah besar esok.

 #104 Crowd Share (November) Setiap 24 hb pada setiap bulan Gathercare akan mengeluarkan komuniti report. Kami akan shar...
24/11/2025

#104 Crowd Share (November)

Setiap 24 hb pada setiap bulan Gathercare akan mengeluarkan komuniti report. Kami akan share crowd share di semua platfom media sosial kami. Bertujuan untuk memastikan kami sentiasa telus dan semua ahli komuniti tahu tentang jumlah keseluruhan yang dikongsi pada bulan tersebut.

Apa yang ada dalam crowd share bulanan?

Jawapannya semua perkara yang anda boleh lihat dalam setiap gambar dibawah. Termasuk jumlah bil perubatan yang akan dikongsi oleh semua ahli komuniti, jumlah pesakit yang dibantu, jumlah komuniti yang akan berkongsi, pembahagian jumlah pada semua had umur dan dokumen tambahan sebagai bukti bil perubatan.

Semua kami share dan buktikan bahawa kami jujur dan telus dan anda tidak perlu risau tentang apa-apa.

Pada bulan November 2025, sebanyak 13 kes telah dikongsikan oleh komuniti Gathercare, pelbagai jenis penyakit yang kami liputi pada bulan ini. Kami sentiasa memastikan bahawa segala perkara adalah telus dan adil kepada semua Carer kami. Semua ahli komuniti Gathercare berhak mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik. Kami berasa gembira kerana dapat membantu ahli komuniti Gathercare dan ingin berterima kasih dengan jasa baik ahli komuniti yang baik hati berkongsi bersama jumlah perubatan.

Pada bulan November ini juga kami telah dapat membantu 13 orang lagi ahli komuniti Gathercare bebas daripada beban kewangan kos rawatan perubatan mereka. Tahniah kepada anda semua yang setia menjadi ahli komuniti Gathercare. Sumbangan anda amat bermakna bagi pesakit-pesakit dalam komuniti ini.

Pecahan Perkongsian bulan NOVEMBER 2025 ini adalah seperti berikut :

Sehingga 24 NOVEMBER 2025, seramai 3393 Pekongsi Aktif, antaranya adalah perokok yang menyumbang 1.2 kali kadar bukan perokok. Pecahan Crowd Share bulan ini adalah seperti di bawah ;

(Jumlah keseluruhan kes - pelarasan bulan lepas = jumlah perkongsian layak)
RM 162,453.33 - RM 18.63 = RM 162,434.70
RM 162,434.70 dibahagikan antara Carers Aktif;

6y.o to 40y.o (Bukan Perokok) 2280 @ RM 39.48 = RM 90,014.40
6y.o to 40y.o (Perokok) 180 @ RM 47.37 = RM 8,526.60
15d to 5y.o (Bukan perokok) 346 @ RM 63.16 = RM 21,853.36
15d to 5y.o (Perokok) 0 @ RM 0.00 = RM 0.00
41y.o to 45y.o (Bukan Perokok) 399 @ RM 63.16 = RM 25,200.84
41y.o to 45y.o (Perokok) 63 @ RM 75.79 = RM 4,774.77
46y.o to 50y.o (Bukan Perokok) 112 @ RM 94.74 = RM 10,610.88
46y.o to 50y.o (Perokok) 13 @ RM 113.68 = RM 1,477.84

Jumlah = RM 162,458.69

Pelarasan bulan ini: RM 162,458.69 - RM 162,434.70 = RM 23.99

Note: Pelarasan RM 23.99 akan ditolak dalam jumlah kes keseluruhan bulan hadapan.

Dalam perkongsian kali ini, jumlah yang dinyatakan di dalam pecahan di atas akan ditolak dari Deposit Perkongsian masing - masing yang disimpan di dalam akaun amanah. Seterusnya, baki Deposit Perkongsian anda kan ditolak sewajarnya. Jika baki Deposit Perkongsian anda jatuh ke paras minimum atau lebih rendah, anda perlu menambah semula Deposit Perkongsian anda ke paras maksimum melalui auto debit transaksi online FIUU.



Yang benar,

Gideon Leong
CEO, Gather Care



23/11/2025

Bila kali terakhir anda periksa paras gula dalam darah? 🩸

Kawal dari awal lebih mudah daripada merawat bila dah terlambat. Langkah kecil hari ini boleh elak komplikasi besar esok.🩵

22/11/2025

Kadang-kadang, tabiat kecil yang kita anggap remeh boleh beri kesan besar pada kesihatan. 🌿

Belajar mandi dengan cara yang betul, supaya badan sihat, minda pun segar.

21/11/2025

Nampak sihat, tapi tiba-tiba rebah? 🚨 Itu bukan kebetulan tetapi gaya hidup harian perlahan-lahan memberi tekanan pada otak dan jantung anda.

Sayangi diri sebelum badan bagi amaran. 💙

Address

I-3A-2, Block I, 2nd Floor, SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong
Puchong
47160

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gathercare Komuniti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Gathercare Komuniti:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Life Engineering

Why Life Engineering? Malaysia’s First medical crowd sharing mobile app enabling a secure repository of medical fund sharing. Together we break up the impossible wall of high medical cost by re-engineering the passage towards quality medical treatments. Let’s give everybody a chance for a better life!