07/05/2026
Mesyuarat Perawat HQ Spiritual Healing Centre Sesi Mei 2026
(Google Meet)
Berdasarkan perbincangan kes rawatan, semakin ramai individu yang mengalami kepincangan dari sudut kesihatan, kewangan, rumahtangga dan pekerjaan.
Semuanya berpunca daripada kerohanian yang pernah dijejaskan oleh pilihan-pilihan mereka sendiri.
Kerohanian yang seharusnya menjadi tunjang kepada kehidupan yang sejahtera dan selesa menjadi rosak akibat dosa-dosa lampau, gaya hidup, corak fikiran dan emosi serta semestinya ada juga yang melibatkan unsur-unsur kepercayaan dan iman masing-masing.
Di sini kami merungkai setiap isu sehingga ke akar umbi agar pesakit menerima rawatan yang sesuai dengan permasalahan yang dihadapi.
Mungkin kesannya tidaklah sepantas kilat kerana kami bukan pesulap mata, melainkan perawat yang menggunakan unsur Tenaga Kerohanian Tertinggi tanpa unsur syubhah dan khurafat, namun selagi anda berusaha mendapatkan rawatan, selagi itulah akan ada penyelesaiannya walau mungkin dalam bentuk yang tidak dijangka.
Jangan biarkan diri anda dibelenggu masalah tanpa penyelesaian. Segera dapatkan rundingan dan perkhidmatan daripada mana-mana perawat kami yang bernaung di bawah HQ Spiritual Healing Centre.
Hajar Azraai
Pusat Rawatan Al-Ghafur
"Bergerak ke arah keharmonian insan sejati"