Indah House

Indah House Mix

15/10/2023

harap hadir kan diri 🤭

ANAKKU, JIKA HARI ITU TIBA Anakku,Suatu hari nanti, engkau akan melihatku tua renta dengan polah yang tidak logis.Anakku...
17/06/2023

ANAKKU, JIKA HARI ITU TIBA

Anakku,
Suatu hari nanti, engkau akan melihatku tua renta dengan polah yang tidak logis.
Anakku,
Jika hari itu datang, aku mohon berikan sebagian waktumu untuk memperhatikanku. berikan p**a sebagian kesabaranmu untuk memahamiku.
Anakku,
Saat tanganku mulai bergetar-getar, sehingga seringkali makananku jatuh ke dadaku, saat aku tidak kuat lagi memakai bajuku sendiri, maka hiasilah sikapmu dengan kesabaran mengurusku.
Anakku,
Ingatlah dahulu ketika aku bertahun-tahun lamanya mengajarimu hal-hal yang tidak bisa kulakukan di hari ini.
Anakku,
Jika aku tidak lagi rapi dan wangi, jangan salahkan aku. Tapi ingatlah di masa kecilmu, bagaimana aku selalu berusaha menjadikanmu rapi dan wangi.
Anakku,
Janganlah mentertawakanku, bila engkau melihat aku tidak tahu atau tidak paham tentang perkembangan zamanmu tapi jadilah engkau sebagai mata dan pikiranku, agar aku bisa menutupi ketertinggalanku.
Anakku,
Aku dahulu yang mendidikmu, aku dahulu yang mengajarimu bagaimana menghadapi hidup ini.. Akulah yang dahulu mengajarimu apa yang harus aku lakukan hari ini, dan apa harusnya tidak aku lakukan hari ini.
Anakku,
Janganlah engkau bosan dengan lemahnya ingatanku, lambatnya kata-kata dan pikiranku saat berbicara denganmu, karena yang membahagiakanku saat berbicara denganmu sekarang ini, adalah kebersamaanku denganmu saja. Bantulah aku untuk mendapatkan keinginanku, karena aku masih tahu apa yang kuinginkan.
Anakku,
Saat kedua kakiku tidak patuh lagi untuk membawaku ke tempat yang kuinginkan, jadilah engkau sebagai seorang yang penyayang.. ingatlah bahwa aku dahulu menuntunmu berkali-kali agar engkau mampu berjalan.. maka janganlah engkau malu untuk menuntunku saat ini, karena nanti juga engkau akan mencari orang untuk menuntunmu.
Anakku,
Ingatlah, di umurku ini aku tidaklah menginginkan kehidupan sepertimu.. tapi sederhananya, aku hanya menunggu kematian.. maka temanilah aku jangan engkau campakkan aku.
Anakku,
Saat engkau ingat kesalahan-kesalahanku, ingatlah bahwa tidak ada yang kuinginkan darinya kecuali kebaikan untukmu.. maka, sesuatu yang paling baik yang engkau lakukan untukku saat ini adalah memaafkanku, menutupi aibku.. semoga Allah memaafkanmu dan menutupi aibmu.
Anakku,
Sungguh tawa dan senyumanmu masih terus membuatku bahagia seperti dahulu.. oleh karena itu, janganlah halangi aku untuk menemanimu.
Aku dahulu bersamamu saat engkau dilahirkan maka, hendaklah engkau bersamaku saat aku mendekati kematian.

Ya Robb, ampunilah aku dan kedua orang tuaku. Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka telah mendidikku (dengan kasih sayang) saat aku kecil.
Diterjemahkan oleh,
Ustadz DR. Musyaffa’ Ad Dariny MA, حفظه الله تعالى

Nigella Lawson iaitu seorang cef selebriti terkenal dalam satu wawancara beliau berpendapat bahawa:"Daun pandan adalah t...
15/02/2023

Nigella Lawson iaitu seorang cef selebriti terkenal dalam satu wawancara beliau berpendapat bahawa:
"Daun pandan adalah trend terbaru. Dianggap 'the new matcha'. Selepas teh hijau dan avocado".
Makin femes daun pandan terutama di negara AS.
Kalau kita mungkin pandang sebelah mata jer daun pandan.
Tumbuh pun meliar belakang rumah. Nak tak nak guna masa nak buat onde onde atau nasi lemak.
Kalau tak biar saja.
Selepas baca artikel ni.
Confirm nak mula jaga elok elok dah pokok daun pandan.
ARTIKEL PENUH:
https://neuroversiti.com/khasiat-daun-pandan/

Petua orang kampungKenal tak pokok ni..Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.Selain ke...
10/01/2023

Petua orang kampung

Kenal tak pokok ni..

Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa s**a cuba boleh je dan tak s**a abaikan.

Antaranya :

*Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan s**atan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

*Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.

*Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

*Merawat gaot*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.

*Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.

*Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

*Menurunkan Kolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

*Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.

*Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

*Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

*Makanan tidak cepat basi*

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

*Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

*Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

*Pewangi alami*

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

*Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

*Pewarna asli*

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

*Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam

*Mengecutkan rahim*

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

*Wallahualam*

Kita ni hidup untuk menunggu mati.Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hib...
13/07/2022

Kita ni hidup untuk menunggu mati.
Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang.
Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat.
Begitulah kita.
Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (takhta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat.
Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis😭
Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan mengatakan Allah tak adil.
Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah 😔
Muhasabah.

Kredit: Dr.Amirul Amin

02/07/2022
01/07/2022

Dlm bahagia kita suami isteri, ada hari tak bercakap jugak
Ada hari tak bertegur sapa, ada hari masam muka, ada hari tgok muka pun meluat xkira...tapi tetap bahagia sbb bahagia tu bukan hari2 gembira, hari2 ketawa, hari2 riang ria...
Ada hari yg kita tak berlaga angin, org utara kata...ada hari yg ada konflik, ada hari yg tak sama pandangan, ada hari yg berbeza pendapat...ada perkara yg buat kita suami isteri jd mcm tu...
Pastu bila dah baik balik, bercakap pun mcm biasa dah...xde masam muka, mulut muncung, dah bertegur sapa mcm xde apa2...suami masuk tandas pun dah rindu bila time tgh baik ni...
Lumrahnya kehidupan suami isteri ni begitulah...Itu bagi kita dan kita still tafsirkan situasi dan keadaan tu sebagai BAHAGIA...
Jgn limitkan atau kecilkan skop bahagia tu mestilah xbleh bergaduh langsung, xbleh merajuk, kena bercakap, kena senyum, kena gembira sentiasa...hidup ni bukannya drama yg skripnya dh ada...kadg2 kita xtahu apa yg akan berlaku esok dan hari seterusnya...perangai dan mood pasangan juga kita tak bleh nk jangka...
Ada org kata dia x bahagia, tp dia sendiri xtahu apa yg dia perlu buat utk bahagia...
Bahagia perlu dimulai dgn syukur...kemudian redha...mgkin apa yg kita lalui dan hadapi tu perlu disyukuri terlebih dahulu dan perlu redha utk kita rasa bahagia yg sebenar...
Org lain mgkin melalui hari yg lebih teruk daripada hari kita...✌️😊

Kredit ;

Anak anak wajib tahu 10 hal ini1. Seorang ayah yang sedang tertekan dengan masalah kewangan akan banyak mendiamkan diri2...
26/06/2022

Anak anak wajib tahu 10 hal ini

1. Seorang ayah yang sedang tertekan dengan masalah kewangan akan banyak mendiamkan diri

2. Seorang ibu yang sedang tertekan dengan kepenatan akan banyak beremosi dan memarahi

3. Walau sebanyak mana pun kelemahan dan kekurangan ibu dan ayahmu mereka tetap ibu dan ayah kamu sampai bila bila

4. Ayah dan ibumu tetap seorang manusia. Dia pun pernah dan akan melakukan kesalahan kerana fitrah manusia adalah insan yang penuh kesilapan dan kealpaan

5. Kadangkala ayah dan ibu takkan bagitahu yang mereka cintakan kamu tapi percayalah bahawa pengorbanan dan penat lelah mereka itu lebih bernilai daripada kata kata di mulut semata

6. Tak semua ibu ayah pandai meluahkan kasih sayang mereka pada kamu. Kadang mereka marah, kadang mereka hukum, kadang mereka terlalu mengawal, kadang mereka terlalu memaksa . Itu semua adalah cara mereka tunjuk kasih sayang walaupun kadang-kadang ianya tak sesuai dan menyakitkan.

7. Kebanyakan cara mereka melayan dan mendidikmu datang daripada cara mereka dibesarkan dahulu. Jadi jangan marah mereka secara keterlaluan. Kadang mereka tak sengaja ataupun mereka tak ada contoh yang boleh mereka ikuti

8. Sehebat mana pun ibu ayah kamu, jika mereka meninggal nanti mereka tetap akan perlukan doa daripada kamu juga kerana doa dan perangai kamu di dunia boleh jadi penyelamat mereka di alam sana

9. Ibu dan ayah ada ego yang tersendiri. Jika kamu mahu mencari damai bersama mereka maka mintalah maaf pada mereka dahulu walaupun kamu merasa dirimu tidak bersalah. Boleh jadi suatu hari nanti anak kamu p**a yang akan melakukan hal baik tersebut pada kamu p**a

10. Kadangkala ibu ayah kamu tak bantu kamu kerana mereka sebenarnya sedang melatih kamu untuk berhadapan dengan realiti hidup. Hidup ini keras, hanya yang terlatih daripada awal usia sahaja akan mampu menghadapinya

Oleh : Dr Taufiq Razif

Ambik langkah berjaga jaga smua  👇👇
25/06/2022

Ambik langkah berjaga jaga smua 👇👇

Pilihan di tangan anda Ibu bapa jika ada kemampuan elakkanlah sekolah kerajaan... invest sedikit untuk pendidikan anak² ...
25/06/2022

Pilihan di tangan anda

Ibu bapa jika ada kemampuan elakkanlah sekolah kerajaan... invest sedikit untuk pendidikan anak² ke sekolah rendah swasta integrasi antara akademik + agama. So x yah risau dah nak ulang aling tukar sekolah agama petang sebab once dah integrate duduk je belajar dari pagi sampai petang terus.
Invest kritikal untuk sekolah rendah darjah 1 hingga 6. Masa ini adalah fasa programming subsconscious mind terbaik untuk anak² dgn pasakkan ilmu akademik dan juga agama macam bahasa arab, fiqh, alquran/hadis.
Lepas tu x kisah dah nak masuk sekolah menengah biasa pun sbb asas sudah memadai. Namun jika teruskan sekolah agama menengah pun lagi bagus ikut kemampuan.
Ada sesetengah ibu bapa masukkan anak² ke maahad tahfiz. Itu pun terp**ang. Yang penting umur 12 tahun ke bawah memang fasa kritikal untuk didik asuh anak dengan subjek keagamaan.
Manakala 13 tahun ke atas dah boleh pilih nak ke mana² sekolah yang sesuai jika nak jadi doktor boleh pilih aliran sains jika nak jadi penyanyi social influencer boleh pilih aliran art.
Yang penting pasakkan dulu awal² minda anak² dgn silibus agama.
The rest akan lebih mudah control once dorang akil baligh.
🚀 survivalmalaysia.com

24/06/2022

Guru tu kalo mengajar pasti ada yang salah
Tapi
Yang paling salah adalah murid yang Mencari cari kesalahan guru

Masalah ASID REFLUK dan GERD - Perlu Minum Air Kelapa Muda TANPA GULAMenurut kajian tahun 2007, asid refluk dan penyakit...
24/06/2022

Masalah ASID REFLUK dan GERD - Perlu Minum Air Kelapa Muda TANPA GULA

Menurut kajian tahun 2007, asid refluk dan penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) mungkin disebabkan oleh keradangan dan tekanan oksidatif.

Air kelapa TANPA GULA boleh menjadi satu pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai asid refluk dan GERD

Ini kerana minuman ini kaya potassium. Bahan ini menggalakkan keseimbangan pH dalam badan dan seterusnya mengawal asid refluks.

Potasium juga tinggi dalam kelapa muda berbanding kelapa tua.

Air kelapa muda juga bagus untuk pesakit yang ada masalah jantung

Ph.D KMN Principal Scientist

Address

Puchong
47100

Telephone

+601159835654

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Indah House posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Indah House:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram