27/03/2023
Repost dari Dr Imelda Balchin
Pakar Obstetric &Gynecology
"Doktor, kenapa selepas suntikan depo provera untuk family planning merancang keluarga, saya tak dapat period?”
Saya sebenarnya terkejut sebab ramai sangat netizen tanya saya soalan ini.
Ceritanya macam ni. Apa semua jenis hormon merancang keluarga buat ialah:
1) Menipiskan dinding rahim supaya kehamilan tak boleh berlaku
2) Membuat lendir cervical mucus yang tebal di pangkal rahim seperti GAM yang tidak membenarkan sperma lelaki masuk ke dalam rahim.
3) Sekiranya DOS nya TINGGI dan bergantung kepada jenis hormon, ia juga menghentikan ovulasi dan merehatkan ovari buat sementara waktu.
Untuk pil progesterone, intrauterine system alat di dalam rahim berhormon seperti Mirena dan susuk implanon, di dalam setiap 5 wanita yang menggunakannya:
A) Satu dalam lima wanita tak dapat period,
B)Satu dalam lima wanita kadang-kadang ada bulan yang dapat period dan ada bulan yang tak dapat period.
C)Tiga dalam lima wanita dapat period setiap bulan.
Tetapi tak payah bimbang sebab bila dinding rahim nipis, tiada darah yang berkumpul kat dalam tu dan tak ada apa yang perlu keluar. Hormon progesterone tu bukan saja mencegah kehamilan, ia juga melindungi rahim dari kanser dinding rahim.
Suntikan depo provera p**a mengandungi hormon berdos tinggi supaya bertahan dalam badan untuk 12 minggu. Maka hanya perlu suntikan 4 kali setahun. Dalam setiap 10 orang yang gunakan kaedah ini:
A) Satu dalam 10 wanita tak dapat period pada 3 bulan pertama menggunakannya.
B)Lima dalam 10 wanita tak dapat period selepas 12 bulan menggunakannya.
C) Lapan dalam 10 wanita tak dapat period selepas 2 tahun menggunakannya.
Sebabnya lebih ramai wanita tak dapat period dengan kaedah suntikan ialah dosnya lebih tinggi dan kebanyakan ovari berehat, iaitu tiada ovulasi. Ini ialah kaedah yang sangat bagus untuk wanita yang memang ada kekurangan darah merah seperti Thalassaemia supaya tidak dapat period yang boleh memberi lebih masalah kekurangan darah.
Untuk susuk implanon p**a, ini mengandungi dos hormon paling rendah sekali. Walaupun boleh bertahan 3 tahun, ia hanya slow-release sedikit saja setiap 24 jam. Tetapi disebabkan jenis hormon etonogestrel sangat berkesan, maka ini ialah kaedah merancang keluarga yang paling berkesan sekali. Dapat dos Hormon paling rendah tetapi ia paling berkesan. Tetapi, kos ia juga paling mahal sekali.
Untuk alat dalam rahim Mirena Intrauterine System p**a, dos hormon masuk direct kepada dinding rahim. Maka ini bukan saja kaedah merancang keluarga yang berkesan, tetapi ia juga digunakan untuk merawat wanita yang ada masalah haid yang banyak. Ia paling baik untuk perlindungan rahim dari kanser dinding rahim dan boleh digunakan untuk merawat wanita yang ada masalah dinding rahim tebal (iaitu endometrial hyperplasia) yang ada risiko tinggi untuk mendapat kanser dinding rahim.
Jadi, tak payah lah bimbang jika tak dapat period atau period yang hanya sedikit bila anda menggunakan kaedah merancang keluarga yang berhormon.
Satu lagi maklumat yang anda perlu tahu ialah kaedah suntikan mempunyai dos hormon paling tinggi maka anda mesti membenarkan lebih masa selepas berhenti sebelum period kembali seperti normal. Ada yang mengambil masa 3 bulan atau 6 bulan atau 12 bulan selepas berhenti suntikan sebelum period kembali seperti normal. Untuk kaedah yang lain, kesuburan akan kembali selepas berhenti menggunakannya tetapi untuk kaedah suntikan mungkin perlu berikan lebih masa bergantung kepada metabolisma badan anda.
Hanya kaedah pil perancang dua hormon combined oral contraceptive pil saja kebanyakan wanita dapat pendarahan setiap bulan seperti period, tetapi doktor pakar gynae tak panggil ini period, ini sebenarnya ialah withdrawal bleeding sebab berhenti makan pil 7 hari sebulan untuk membenarkan pendarahan, tetapi ovari masih berehat dan tiada ovulasi jika anda hanya berhenti tidak lebih dari 7 hari.
IUCD p**a ialah alat dalam rahim yang tiada hormon tetapi ada tembaga copper yang menyebabkan sperma tidak boleh berfungsi. Dapat period setiap bulan, tetapi mungkin periodnya lebih banyak dan lebih sakit dari kebiasaannya, maka kurang sesuai untuk wanita yang memang selalu dapat period pain atau senggugut.
Untuk membantu anda membuat keputusan kaedah mana nak pakai, anda harus buat penilaian kesihatan dengan doktor dulu dan anda perlu tahu maklumat ini:
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan ingin hamil, dalam jangkamasa 1 tahun, 85 akan hamil.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan merancang 'sendiri-sendiri' (natural method), dalam jangkamasa 1 tahun, 25 akan hamil.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan merancang menggunakan condom lelaki, dalam 1 tahun, 18 akan hamil.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan pil perancang keluarga, dalam 1 tahun, 9 akan hamil.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan suntikan depo provera setiap 3 bulan untuk merancang keluarga, dalam 1 tahun, 6 akan hamil.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan alat dalam rahim IUCD, dalam 1 tahun, 0.8 akan hamil. Iaitu 8 dalam 1000 pasangan dalam setahun.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan alat dalam rahim berhormon (levonorgestrel intrauterine system), dalam 1 tahun, 0.2 akan hamil. Iaitu 2 dalam 1000 pasangan dalam setahun.
Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan susuk implant, dalam 1 tahun, 0.05 akan hamil. Iaitu 5 dalam 10,000 pasangan dalam setahun.
Tambah satu lagi, jangan terkejut:
Kalau buat BTL, 4 dalam 1000 wanita yang ikat BTL pun boleh hamil.
Harap maklumat ini bermanfaat untuk anda. Jangan minta konsultansi pendapat perubatan di laman saya untuk masalah individu anda naaaaa, saya dah beri maklumat yang am dan sekarang saya nak pi basuh baju lipat kain sapu lantai buang habuk. Jika anda ada masalah individu, sila jumpa doktor di klinik naaaaa.
Terimakasih.
Dr Imelda Balchin
Pakar Obstetrics & Gynaecology