07/06/2022
Assalamualaikum sahabat semua.
Alhamdulillah selesai pakej urutan 1 jam dan pakej bekam separuh badan petang semalam di Fasa 3 Puncak Alam.
Patient mengalami masalah sengal2 badan, bisa2 badan, kerap sakit kepala, dan sakit pinggang. Tiada apa apa masalah penyakit kronik. Sekadar untuk melegakan sakit badan dan mencegah dari penyakit.
Urutan dilakukan pada seluruh tubuh dan kepala dan muka selama kurang lebih 1 jam dengan tujuan melancarkan perjalanan darah, mengurangkan ketegangan dan melegakan otot dan sendi, membetulkan saraf di bahagian kepala, tengkuk, badan dan kaki.
Pakej bekam 13 point di sekitar leher dan pinggul dibuat. Untuk patient ni, saya bekam kan pada 9 point asas, 2 di bahagian sendi badan ke tangan dan 2 lagi di bahagian belikat. Saya hadiahkan patient 2 lg cup bekam di bahagian atas pinggang untuk melegakan sakit di pinggang nya.
Alhamdulillah, positif feedback diterima selepas selesai dari rawatan.
Wan,
Tukang Urut & JuruBekam Anda