Dr Sofea

Dr Sofea Doktor Pakar
Hospital Al-Sultan Abdullah UITM

09/02/2023

Antara sebab terjadinya tinnitus yang biasa:

-Terdedah kepada bunyi bising- sama ada untuk waktu sangat sekejap (letupan, tembakan senjata api), sementara (menghadiri konsert, bilik yang bisisng) atau jangkamasa yang lama dan berulang (bekerja menggunakan alatan jentera seperti bertukang, membina jalanraya dan sebagainya)

-Usia yang lanjut. Semakin tua seseorang itu, semakin banyak kerosakan pada sel sel pendengaran. Semakin banyak kerosakan, maka tinnitus akan menjadi semakin teruk.

-Sumbatan tahi telinga (impacted ear wax)

-Kecederaan kepala dan telinga, biasanya dari kemalangan jalan raya dan industri.

-Darah tinggi dan arteriosklerosis

-Ubat- pelbagai jenis ubat boleh meyebabkan tinnitus. Anda perlu merujuk kepada doktor atau informasi produk yang disertakan bersama bungkusan ubat.

-Ketumbuhan di bahagian otak terutamanya saraf pendengaran atau ketumbuhan di hidung.

-Jangkitan telinga- sama ada telinga dalam, tengah atau luar

Ada beberapa lagi punca tinnitus, tetapi ia jarang berlaku dan tidak tersenarai di sini.

09/02/2023

13 Punca Utama Anda Boleh Dapat Kencing Manis

1. Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi

Memang tidak dapat dinafi pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi. Semua makanan ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia dipanggil “fast-releasing”. Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.

2. Pengambilan “refined carbs” yang banyak

Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang banyak. Proses untuk mendapatkan “Refined carbs” telah mengurangkan mineral seperti kromium.

3. Tidak beraktivivti

Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan dan kencing manis.

4. Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup

Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat digunakan di dalam badan.

5. Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggan dan perut)

Gula yang berlebihan dalam darah “dibuang” oleh insulin ke dalam hati, yang kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggan anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.

6. Merokok

Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes

7. Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi

Individu yang kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis.

8. Tidak mengambil ikan dalam pemakanan

Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 dalam tubuh. Ini kerana minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita daripada penyakit ini.

9. Tidak mengambil supplemen

Ramai yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To Diabetes, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis.

10. Pengambilan ubat-ubatan

Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”. Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru. Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis.

11. Sejarah keluarga

Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk menghidapnya adalah tinggi. Jika ibu anda mempunyai diabetes type 2, anda mempunyai 40 % peluang untuk mempunyai kencing manis dan jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes, risiko anda adalah 80 %. Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh berbalik, Maksudnya, boleh kembali normal semula.

12. Umur

Tidak dapat dinafi, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat kencing manis. Ini kerana orang muda pun ada yang dapat kencing manis.

13. Kerintangan insulin

Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis. Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”. Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.

Kesimpulannya, hidup dengan cara hidup yang sihat. “Life is too short to waste time in this suffer disease.”

09/02/2023

Punca & Pencetus Vertigo

Migrain
Ubat-ubatan tertentu
Strok
Arrhythmia
Diabetes
Kecederaan kepala
Rehat tidur yang berpanjangan
Kayap
Pembedahan telinga
Penumbuk perilymphatic
Hiperventilasi
Tekanan darah rendah
Ataxia
Sifilis
Otosklerosis
Penyakit otak
Sklerosis berganda (MS)
Neuroma akustik
Kehamilan (selalunya)

09/02/2023

Apa itu Vertigo?

Vertigo adalah sensasi palsu yang membuat anda atau persekitaran anda kelihatan berputar. Walaupun intensiti berbeza-beza, ia adalah keadaan yang boleh menghalang seseorang dalam aktiviti harian mereka. Ia adalah perasaan yang biasanya bertambah buruk apabila orang itu menggerakkan kepala mereka. Ia biasanya digambarkan sebagai pening atau mantra pening.

Terutamanya, terdapat dua jenis vertigo (Marks, 2021):

vertigo periferi: Jenis vertigo ini disebabkan oleh masalah di kawasan telinga dalam atau saraf vestibular (sambungan antara telinga dalam ke otak). Ini adalah jenis vertigo yang paling biasa.
vertigo pusat: Jenis vertigo ini berlaku apabila terdapat gangguan di otak. Ini biasanya berlaku di bahagian cerebellum.

09/02/2023

Apa itu Tinnitus?
Tinnitus sering digambarkan sebagai sensasi bunyi pendengaran (iaitu berdengung, mendesis, deringan, atau lain-lain) walaupun tiada rangsangan bunyi luaran. Bunyi-bunyi ini boleh didengar sama ada secara berterusan atau tidak teratur. Keterukan tinnitus terletak pada skala: ada yang mungkin memilikinya sebagai keadaan sementara, atau kronik yang berterusan.

Menurut statistik yang disusun oleh Persatuan Tinnitus Amerika (ATA), anggaran hampir 15% orang awam Amerika - berjumlah lebih daripada 50 juta orang - mengalami tinnitus. Selain itu, tinnitus boleh berlaku di semua peringkat umur.

Address

Hospital UITM
Puncak Alam
42300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Sofea posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share