Fahrenheit Vision SDN BHD

Fahrenheit Vision SDN BHD Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fahrenheit Vision SDN BHD, Optometrist, NO 20-1 Jalan PUNCAK ALAM 13, PUSAT PERDAGANGAN ALAM JAYA, Puncak Alam.

PERADUAN LIKE,SHARE & TAGSemperna hari kemerdekaan yg ke-60,anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada kami,jom ...
06/09/2017

PERADUAN LIKE,SHARE & TAG

Semperna hari kemerdekaan yg ke-60,
anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada kami,
jom ramai-ramai sertai peraduan ini.

3 Pemenang yang paling banyak SHARE POST ini akan memenangi hadiah :

1) Sunglasses berjenama Rayban (kaca mata hitam)
2) sepasang kaca mata (single vision)
3) contact lens (kanta lengkap)

Penyertaan ini terbuka kepada semua golongan.

Syarat penyertaan :
1) Like page ''Fahrenheit Vision SDN BHD ''
2)Turn on notification SEE FIRST.
3) Share post ini dan letakkan caption , dengan syarat PUBLIC
kan post anda.
4) Tag rakan anda diruang komen(seramai mana yang boleh)

PEMENANG YANG BERTUAH AKAN DIUMUMKAN PADA BILA-BILA MASA.

Okay selamat mencuba! kita tengok siapa paling sabar & bertuah tu ya 😍😍😍😍😍😍

Kaca mata adalah lensa nipis yang dicipta untuk membantu golongan yang menghadapi masalah penglihatan seperti silau, rab...
05/01/2017

Kaca mata adalah lensa nipis yang dicipta untuk membantu golongan yang menghadapi masalah penglihatan seperti silau, rabun dekan dan rabun jauh. Namun kini peranannya bukan sekadar alat bantu penglihatan malah menjadi pelengkap gaya dan peralatan hiburan seperti kaca mata tiga dimensi (3D). Jadi kali ini kami kongsikan beberapa tips penjagaan kaca mata.
1.Gunakan bekas yang sesuai dengan saiz kaca mata anda. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. Selepas menggunakan kaca mata, bungkus dalam kain pembersih lensa sebelum menyimpannya di dalam bekas. Ia akan mengelakkan lensa calar.
2. Lawat premis kami untuk servis kaca mata anda. Lakukan pemeriksaan pakar optik sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan kaca mata berada dalam keadaan yang baik.
3. Kaca mata tidak berbingkai lebih mudah patah berbanding kaca mata berbingkai keluli. Jangan cuba memperbaiki kaca mata anda bagi mengelakkan kerosakan pada lensa atau bingkai sebaliknya jemput lah ke premis kami.
4. Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga atau bingkai tiba-tiba terjatuh. Lensa juga mungkin akan jatuh daripada bingkai.
5. Usah mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar. Gunakan kain lembut (microfiber), jangan sesekali menggunakan tisu, baju atau tudung,
6. Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan pencuci lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.
7. Elakkan membuka kaca mata dengan menggunakan sebelah tangan. Ia mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Sebaliknya, gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa.
8. Ketika membersihkan lensa, pegang bingkainya dengan cermat. Gunakan tisu lensa atau kain yang sesuai agar lensa tidak rosak.
9. Jangan meletak kaca mata atas permukaan yang kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia tercalar.
10. Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.
11. Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap.
12. Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak.
Sumber: www.karangkraf.com
Sumber Gambar: Mr Google

Sila datang ke premis kami di Fahrenheit Puncak Alam
Terima kasih.

TANDA-TANDA MASALAH PERLIHATAN BAGI KANAK-KANAKRabun adalah punca yang paling biasa masalah penglihatan di kalangan kana...
14/11/2016

TANDA-TANDA MASALAH PERLIHATAN BAGI KANAK-KANAK

Rabun adalah punca yang paling biasa masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak sekolah. Ibu bapa, serta guru-guru perlu tahu 10 tanda-tanda bahawa penglihatan kanak-kanak memerlukan bantuan:

1. Duduk terlalu dekat dengan tv atau memegang buku terlalu dekat
2. Hilang fokus semasa membaca atau menggunakan jari untuk membimbing matanya apabila membaca
3. Juling atau menyengetkan kepala untuk melihat lebih baik
4. Menggosok mata yang kerap
5. Sensitif kepada cahaya dan mata kerap berair.
6. Menutup sebelah mata untuk membaca, menonton tv atau melihat lebih baik
7. Cenderung mengelak aktiviti yang memerlukan penglihatan dekat, seperti membaca atau kerja rumah, atau penglihatan jarak jauh, seperti mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi yang lain
8. Mengadu sakit kepala atau mata letih
9. Mengelakkan menggunakan komputer , kerana ia "menyakitkan matanya"
10. Menerima gred yang lebih rendah daripada biasa

Buat janji temu dengan kami di Fahrenheit Puncak Alam​ sekiranya anak anda mempamerkan tanda berikut.Kemungkinan anak anda mempunyai myopia (rabun jauh), hyperopia (rabun jauh) atau astigmatisme . Ini rabun biasa mudah dibantu dengan cermin mata atau kanta lekap .

Sumber: www.allaboutvision.com

Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.Katarak a...
08/11/2016

Untuk pengetahuan sahaja.
Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.

Katarak atau bular ialah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat atau tidak dirawat. Masalah katarak berlainan dengan masalah mata Glaukoma.

Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti berikut :-
- Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya.
Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak.
- Orang dewasa yang berusia 60 tahun keatas.
Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut.
- Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi
Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.

Tanda-tanda Katarak ialah :-
-Penglihatan semakin kabur.
-Sukar membaca kerana penglihatan tidak jelas.
-Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan tidak terang.
-Selaput putih pada anak mata.
-Merasa silau terhadap cahaya matahari.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa doktor atau boleh berkunjung ke premis kami di Fahrenheit Puncak Alam untuk pemeriksaan mata percuma.

Tolong like page kami di Fahrenheit Vision SDN BHD

Apa jadi pada spek kita kalau tinggalkan dia dalam kereta yang 'panas'?Kantanya akan  'Mengembang' yang akan sebabkan re...
08/11/2016

Apa jadi pada spek kita kalau tinggalkan dia dalam kereta yang 'panas'?

Kantanya akan 'Mengembang' yang akan sebabkan rekahan halus pada satu lapisan yang dinamakan HARDCOAT.

Nampak seperti ada calar halus yang panjang.

Silau dan rasa letih memandang dengan spek yang dah rosak akibat suhu keterlaluan ini.

Kanta seperti 'kembung' dan mula terkeluar dari badan spek.

Frame p**a, salutan bahan plastik pada badan asal spek (besi) akan mula tunjukkan seperti nak tertanggal. Terutama pada bahagian sendi kaki spek. Sebab bila kena panas, plastik dan besi tidak mengembang pada darjah yang sama.

Tulisan, logo atau hiasan pada spek (terutama frame plastik) akan mula tertanggal.

Jika spek dari plastik, jika kerap di 'panaskan', warnanya akan mula berubah kepudaran akibat dari proses 'oksidasi'.

Bahan spek semakin keras, susah nak di adjust di masa akan datang (terutama frame plastik).

Kepada sesiapa yang ada masalah ini sila lah berkunjung ke premis kami di Fahrenheit Puncak Alam

tolong like page kami di Fahrenheit Vision SDN BHD.

Terima kasih...

MAXVUE Hydrosoft™ is designed for you!MAXVUE Hydrosoft™ is made from our unique and patented Hydrogel material developed...
08/11/2016

MAXVUE Hydrosoft™ is designed for you!
MAXVUE Hydrosoft™ is made from our unique and patented Hydrogel material developed through years of researches and clinical trials.

Comfort is ensured with MAXVUE Hydrosoft™ because of its soft, high bio-stability and high oxygen permeability which, is excellent for extend wear.

Start your day with MAXVUE Hydrosoft™!

Please visit us at Fahrenheit Vision Puncak Alam.[ Fahrenheit Puncak Alam ]

Address

NO 20-1 Jalan PUNCAK ALAM 13, PUSAT PERDAGANGAN ALAM JAYA
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 10:00 - 21:00
Tuesday 10:00 - 21:00
Wednesday 10:00 - 21:00
Thursday 10:00 - 21:00
Friday 10:00 - 21:00
Saturday 10:00 - 21:00
Sunday 10:00 - 21:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fahrenheit Vision SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category