Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor

Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor VISI
Mewujudkan satu masyarakat universiti yang sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual

INFO SIHAT  SIRI 3/26: KENALI DEMAM TIFOID @ DEMAM KEPIALUSemoga bermanfaat ๐Ÿ˜€
30/04/2026

INFO SIHAT SIRI 3/26: KENALI DEMAM TIFOID @ DEMAM KEPIALU

Semoga bermanfaat ๐Ÿ˜€

Pameran & Pemeriksaan Kesihatan oleh team Unit Kesihatan
16/04/2026

Pameran & Pemeriksaan Kesihatan oleh team Unit Kesihatan

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู & Salam SejahteraYBhg. Datuk / Dato' / Datin / Profesor / Tuan / Pu...
13/04/2026

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Profesor / Tuan / Puan / Saudara / Saudari,

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN@UCS : SAYANGI BUAH PINGGANG ANDA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam ingin menjemput semua warga UCS di kalangan staf dan pelajar untuk menghadiri Program Kempen Kesedaran Kesihatan UCS: Sayangi Buah Pinggang Anda pada 29 April 2026 (Rabu) anjuran Unit Kesihatan bersama National Kidney Foundation Malaysia seperti yang tertera pada poster di bawah :

3. Mohon semua warga UCS yang berminat untuk menyertai program ini agar membuat pendaftaran dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster. Info lanjut berkaitan syarat dan pendaftaran penyertaan juga boleh dirujuk pada pautan dibawah :

https://forms.gle/7e4i2PgUujG8eErq9

4. Penyertaan adalah terhad kepada 120 peserta terawal sahaja, pastikan anda mendaftar segera bagi mengelakkan kekecewaan.

5. Sehubungan itu, bersama-samalah kita menjaga kesihatan buah pinggang melalui langkah pencegahan, kesedaran dan sebagainya agar memiliki buah pinggang yang sihat dan mengurangkan risiko menghidap penyakit buah pinggang terutama bagi mereka yang menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

6. Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

ุงูˆุณู‡ุง , ุชู‚ูˆู‰ , ู…ู„ูŠุง
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

b.p.
Unit Kesihatan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-3258 4131/4135
Faks: 03-3258 4140

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2026
07/04/2026

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2026

๐Ÿฉบ๐ŸŒ Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat global mengenai kepentingan kesihatan serta memperkukuh komitmen ke arah kesejahteraan sejagat.

Kesihatan yang baik merupakan asas kepada kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat. Justeru, amalan gaya hidup sihat, saringan kesihatan berkala serta penjagaan kesihatan mental perlu diberi perhatian secara berterusan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru seluruh rakyat untuk berganding bahu dalam membudayakan kehidupan sihat demi mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Selamat Hari Kesihatan Sedunia!

Selamat Hari Penolong Pegawai Perubatan 2026
10/03/2026

Selamat Hari Penolong Pegawai Perubatan 2026

Selamat Datang dan Selamat Bertugas diucapkan kepada En. Muhamad Arshad Abdull Rahman di Unit Kesihatan UiTM Cawangan Se...
10/03/2026

Selamat Datang dan Selamat Bertugas diucapkan kepada En. Muhamad Arshad Abdull Rahman di Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana.

Staf Unit Kesihatan bersama keluarga menghadiri Majlis Iftar & Ceramah Nuzul Al- Quran pada 9 Mac 2026 bertempat di Sura...
10/03/2026

Staf Unit Kesihatan bersama keluarga menghadiri Majlis Iftar & Ceramah Nuzul Al- Quran pada 9 Mac 2026 bertempat di Surau Ibnu Sina anjuran UHEI & BHEP dengan kerjasama Persatuan Staf HEP (PerSHEP)

Alhamdulillah, sedikit memori sekitar Majlis Berbuka Puasa Warga Unit Kesihatan dan juga Majlis Perpisahan Staf telah be...
05/03/2026

Alhamdulillah, sedikit memori sekitar Majlis Berbuka Puasa Warga Unit Kesihatan dan juga Majlis Perpisahan Staf telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan ukhuwah pada 27 Februari 2026 di Anjung Selera, Fakulti Alam Bina. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim serta membawa keberkatan buat semua warga yang hadir. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Sekalung doa dan setulus ingatan buat Saudara Mohd Hazim atas pertukaran ke UiTM Permatang Pauh. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan yang berpanjangan di tempat baharu. Jasa dan kenangan bersama warga UKES akan sentiasa terpahat di hati.

Selamat Hari Kanser Sedunia 2026
04/02/2026

Selamat Hari Kanser Sedunia 2026

Hari Kanser Sedunia disambut di peringkat global pada 4 Februari setiap tahun.

Sehubungan itu, marilah kita memperteguh iltizam dan solidariti dalam menyantuni golongan yang memerlukan, di samping mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan secara holistik.

Selamat Hari Kanser Sedunia!

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana telah berjaya me...
03/02/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana telah berjaya menerbitkan eBuletin UnI@SIHAT EDISI ke 2 yang merangkumi pelbagai aktiviti dan program kesihatan yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Julai hingga Disember 2025.

Semoga bermanfaat.

e Buletin UnI@SIHAT EDISI 2.pdf
https://online.fliphtml5.com/UNITKESIHATANKPA_KPP/gzpl/

Sekian, terima kasih

Tahniah kepada Team Buraq Power mendapat tempat ke-4, wakil daripada Unit Kesihatan dalam program Amazing Race anjuran U...
03/02/2026

Tahniah kepada Team Buraq Power mendapat tempat ke-4, wakil daripada Unit Kesihatan dalam program Amazing Race anjuran UHEI UCS. Semoga terus cemerlang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI AIDS SEDUNIA 2025Tema Hari AIDS Sedunia 2025 iaitu โ€œMeniti Usia dengan HIVโ€. Tema ini mengingatka...
01/12/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI AIDS SEDUNIA 2025

Tema Hari AIDS Sedunia 2025 iaitu โ€œMeniti Usia dengan HIVโ€. Tema ini mengingatkan kita bahawa individu yang hidup dengan HIV mampu melalui kehidupan yang sihat dan produktif dengan rawatan yang konsisten serta sokongan masyarakat.

Mari bersama memerangi stigma, meningkatkan kesedaran dan memastikan semua mendapat akses kepada maklumat serta rawatan yang diperlukan.

Sekian.

Address

Unit Kesihatan UiTM Cawangan
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60332584131

Website

https://linktr.ee/unitkesihatanuitmselangor

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor:

Share