03/10/2024
Seorang Makcik datang ke klinik semalam.. "Nak.. aku mau ubat batuk seja"
"Berapa hari sudah batuk ni makcik... Makan banyak durian sama Rambutan kali makcik..." Actually ni skrip yang biasa digunakan time musim durian dan buah-buahan sekarang ni... Haha..
"Nah... betul la tu nak... lepas makan durian laitu aku start batuk-batuk ni... " Kata si makcik...
Makcik berapa umur sudah makcik?
"Aku 75 tahun sudah nak..."
"Tapi nampak sihat betul lagi makcik.." sa balas si makcik..
"Alhamdulillah..... aku ni kuat bejalan nak... kesana kesini aku bejalan... semua orang aku kenal.."
Cerita punya cerita... Sambil-sambil cek peparu, jantung si makcik... beliau ajak ke rumahnya makan buras.. si makcik ni orang bugis dan menetap di Papar..
Sihat betul.. biarpun sudah berumur 75 tahun... Antara TIPS nya.. Kuat berjalan kaki.. Makan makanan yang sihat.. kurang garam dan kurang manis..
Tuan-tuan... Bila umur kita meningkat, anggota badan kita pun akan meningkat umurnya... maksudnya, Otot akan bertambah lemah jika tidak digunakan sebaiknya.. Tulang belulang akan bertambah rapuh.. fungsi Organ dalaman seperti jantung, buah pinggang, peparu dan lain-lain akan semakin berkurang dan lemah..
Ini adalah proses BIASA.. kita namakan dia sebagai Proses PENUAAN... Cuma, adakah proses ini boleh dilambatkan?
Jawapannya... Boleh.... Umur lebih 60... tapi kekuatan badan macam umur 50 tahun.. Umur 70, fungsi badan macam umur 55 tahun..
Bagaimana mau buat benda ni? Jika kita belum masuk 60 Tahun, dan berumur 35 tahun dan keatas.. FOKUS KEPADA BEBERAPA PERKARA...
1. Jaga otot kaki.. dengan berjalan 2-3KM sehari.. atau naik jalan rata yang sedikit tinggi.. sekurang-kurangnya 1km sehari.. Otot kaki adalah Otot yang paling penting untuk dijaga ketika kita meningkat Usia...
2. Start kurangkan makanan dan minuman yang manis, masin, berminyak dan berlemak.. Sekali sekala InsyaAllah boleh... Time umur macam ni, Tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol biasanya akan datang secara tiba-tiba tanpa kita sedari...
3. Bangun awal pagi, paling bagus sebelum waktu subuh dan elakkan tidur selepas subuh.. Time ni otak kita paling fresh.. keluar dari rumah.. dan hirup udara segar sebelum subuh... Dedahkan kulit kita kepada Cahaya matahari selepas subuh... Benda ni boleh datangkan kesan positif kepada emosi dan perasaan seterusnya akan membuat kita lebih awet muda..
4. Buat yang Overweight atau Obesiti, kurangkan berat badan... Tingkatkan FITNESS dengan buat senaman-senaman ringan dan moderate.. Pengurangan 5-10kg dalam masa setahun akan membuatkan kita kelihatan 5 tahun lebih muda dari umur biasa... Tengok si Khairul Aming bila dia start kurus dan nampak sihat serta lebih muda dari umurnya yang ada sekarang..
5. Untuk menjaga kesihatan mental, buat yang Muslim, Kurangkan dosa dan maksiat... banyakkan amalan kebaikan agar hati selalu tenang dan tenteram.. Solat sama sekali jangan ditinggalkan... Secara umumnya buat semua kawan-kawan, Kawal selia emosi dan perasaan. Sekiranya ada benda dan beban yang menghantui bahu, cuba cari kawan-kawan yang boleh dipercayai untuk minta bantuan...
InsyaAllah kalau kita dapat amalkan Tips diatas, Kita akan lebih sihat.. InsyaAllah umur yang berbaki dapat digunakan dengan lebih bermakna bbuat diri sendiri, keluarga dan mungkin kalau sempat, buat cucu-cuci dan cicit-cicit..
"Nak..... jangan kau tidak datang ke rumah makcik yaaaa.. Makcik tunggu kau di rumah.. Kau telefon makcik... kau bagitau bila mau datang yaa..."
"insyaAllah makcik...." (Sambil senyum nampak gigi) (dalam hati... matilah aku.. Bila lagi aku mau datang ni ke rumah si makcik... nanti dituntut la ni oleh di makcik kalau tidak datang ke rumahnya... Haha..)
InsyaAllah kita akan usahakan buat ziarah mahabbah kepada pesakit-pesakit yang pernah datang ke Klinik kita di masa akan datang...
Apapun... Jum sama-sam kita lebih sihat... Hari ni sa baru start berjalan 4KM... selama 50 minit.. Ok lah tu... Mau jugak merasa menjadi lebih MUDA sebelum masuk umur 40 ni... Hahaha..