Klinik Kesihatan Putatan

Klinik Kesihatan Putatan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Kesihatan Putatan, Medical and health, Putatan.

Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Primer dan Kesihatan Ibu dan Anak kepada penduduk kawasan Putatan
Perkhidmatan yang disediakan :-
Jabatan Pesakit Luar
Kesihatan Ibu dan Anak
NCD
Dietetik
Pemakanan
Rehabilitasi
Xray
Makmal
TB

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙  Maaf Zahir dan Batin daripada seluruh warga kerja Klinik Kesihatan Putatan.  Semoga ...
20/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Maaf Zahir dan Batin daripada seluruh warga kerja Klinik Kesihatan Putatan.

Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan silaturahim bersama keluarga tercinta. Raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran, nikmati juadah dengan seimbang, dan sentiasa utamakan kesihatan.

Dalam kegembiraan pulang beraya, jangan lupa untuk berhati-hati di jalan raya dan jaga keselamatan diri serta orang tersayang.

Selamat Hari Raya, daripada kami untuk anda semua 💚
Ikhlas dari Warga Kerja Klinik Kesihatan Putatan

🌍 HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA 2026Sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 12 Mac 2026, Unit NCD Kl...
13/03/2026

🌍 HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA 2026

Sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 12 Mac 2026, Unit NCD Klinik Kesihatan Putatan ingin meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang.

Buah pinggang memainkan peranan penting dalam menapis sisa toksik serta mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan kita setiap hari.

Namun begitu, penyakit buah pinggang sering digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana kebanyakan pesakit tidak menyedari gejala pada peringkat awal sehingga penyakit menjadi lebih serius.

✨ 8 Peraturan Emas Kesihatan Buah Pinggang

💪 Kekal aktif dan bersenam secara berkala
🩸 Kawal paras gula dalam darah
❤️ Pantau tekanan darah
🥗 Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
💧 Minum air secukupnya
🚭 Elakkan merokok
💊 Elakkan pengambilan ubat tanpa nasihat doktor
🩺 Lakukan saringan kesihatan secara berkala

📢 Ceramah Am Kesihatan

Sempena sambutan ini juga, satu ceramah am berkaitan kesihatan buah pinggang telah disampaikan di Zon OPD Klinik Kesihatan Putatan oleh Dr Sharon, wakil doktor dari Unit NCD.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang.

💙 Sayangi buah pinggang anda hari ini untuk masa depan yang lebih sihat.
Cegah sebelum terlambat.

Unit NCD
Klinik Kesihatan Putatan





Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan 2026 kepada seluruh warga Pembantu Perubatan di Malaysia. Terima kasih atas de...
10/03/2026

Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan 2026 kepada seluruh warga Pembantu Perubatan di Malaysia. Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan pengorbanan anda dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat. Peranan anda sebagai barisan hadapan dalam sistem penjagaan kesihatan amat penting, sama ada di klinik, hospital mahupun di lapangan. Semoga sambutan tahun ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa profesion ini selaras dengan aspirasi memodenkan perkhidmatan dan meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan. 

Teruskan berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat berpasukan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan sistem kesihatan negara.

✨ Program Ziarah Ramadan 3.0 Tahun 2026 – Kesihatan Bersama Komuniti ✨Alhamdulillah, Program Ziarah Ramadan yang telah d...
09/03/2026

✨ Program Ziarah Ramadan 3.0 Tahun 2026 – Kesihatan Bersama Komuniti ✨

Alhamdulillah, Program Ziarah Ramadan yang telah diadakan pada 7 Mac 2026 yang lalu telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama pelbagai pihak.

Program ini merupakan satu inisiatif bagi menziarahi serta menyantuni komuniti yang memerlukan, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara petugas kesihatan dan masyarakat setempat bersempena bulan yang penuh keberkatan ini.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang sama ada dari segi wang ringgit, masa dan tenaga dalam menjayakan program ini. Hasil sumbangan berjumlah sebanyak RM2502.11 telah diterima dengan 52 pek sumbangan telah diedarkan kepada penerima. Tanpa sokongan dan keprihatinan semua, usaha murni ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Semoga segala sumbangan dan pengorbanan yang diberikan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda serta diberkati oleh Allah SWT.

Terima kasih juga kepada semua sukarelawan dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Kelab Sukan Dan Rekriasi (KESIPU)
Klinik Kesihatan Putatan




Terima kasih Dr Zanaridah Bt Mat Nawi, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Putatan atas segala bakti dan sumbangan...
06/03/2026

Terima kasih Dr Zanaridah Bt Mat Nawi, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Putatan atas segala bakti dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang berada di KK Putatan selama 3.5 tahun.

Kehadiran dan komitmen Dr Zana amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga klinik.

Kami mendoakan agar Dr Zana sentiasa dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, dan terus berjaya di tempat baharu. Semoga segala pengalaman dan kenangan di KK Putatan akan sentiasa menjadi sesuatu yang bermakna dan sentiasa dalam ingatan ❤️

Terima kasih sekali lagi, dan semoga kita berjumpa lagi di lain masa.. 🌷

Salam Ramadan Al-Mubarak 🌙🤲Semoga bulan yang penuh keberkatan ini memberi kita kekuatan dan kesabaran dalam menjalankan ...
18/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak 🌙🤲

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini memberi kita kekuatan dan kesabaran dalam menjalankan tugas serta beribadah dengan penuh keikhlasan. 💼✨
Semoga setiap usaha kita menjadi amal yang diberkati dan setiap penat lelah diganjari pahala.

Selamat menunaikan ibadah puasa..

Bersempena dengan Program Outreach Saringan Kesihatan yang lalu. Tahniah diucapkan kepada semua Penolong Pegawai Perubat...
17/02/2026

Bersempena dengan Program Outreach Saringan Kesihatan yang lalu. Tahniah diucapkan kepada semua Penolong Pegawai Perubatan dari KK Putatan yang terlibat menjayakan program ini.

17/02/2026
Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli projek inovasi Perkhidmatan Pra-Kehamilan (PPC) daripada Klinik Kesihatan Putat...
14/02/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli projek inovasi Perkhidmatan Pra-Kehamilan (PPC) daripada Klinik Kesihatan Putatan atas penyertaan dan dedikasi tinggi dalam Konvensyen Kualiti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2026, yang berlangsung baru-baru ini pada 12–13 Februari 2026 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Penyertaan ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi bukti komitmen, usaha berterusan dan semangat inovasi Klinik Kesihatan Putatan dalam memperkukuh kualiti perkhidmatan kesihatan. Melalui pembentangan projek PPC e-Flipchart: Revolusi Kaunseling Perkhidmatan Pra-Kehamilan, pasukan ini membawa aspirasi untuk mengoptimumkan kefahaman pesakit serta menyeragamkan komunikasi klinikal secara lebih sistematik, jelas dan berpusatkan pesakit.

Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan, sekaligus memberi inspirasi kepada seluruh warga kesihatan untuk terus berinovasi demi memperkasa kualiti perkhidmatan khususnya di sektor kesihatan primer agar terus cemerlang.

KK Putatan berbesar hati menerima lawatan daripada YBrs. Dr Hjh. Haryati binti Hamzah, Timbalan Pengarah (Kesihatan Prim...
07/02/2026

KK Putatan berbesar hati menerima lawatan daripada YBrs. Dr Hjh. Haryati binti Hamzah, Timbalan Pengarah (Kesihatan Primer), Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK), KKM pada 6 Februari 2026 bagi meninjau pelaksanaan perkhidmatan dermatologi di peringkat penjagaan kesihatan primer.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas cadangan membina serta sokongan berterusan yang diberikan oleh pihak BPKK.

KK Putatan komited untuk terus memperkukuh dan menambah baik perkhidmatan dermatologi yang berkesan, berkualiti dan berfokuskan keperluan pesakit dan komuniti, selaras dengan aspirasi perkhidmatan kesihatan primer negara.

LAWATAN PENYELIAAN PROGRAM KAWALAN DAN PENCEGAHAN HIV/ STI/HEPATITIS C DI PEJABAT KESIHATAN DAERAH PUTATAN DAN KLINIK KE...
06/02/2026

LAWATAN PENYELIAAN PROGRAM KAWALAN DAN PENCEGAHAN HIV/ STI/HEPATITIS C DI PEJABAT KESIHATAN DAERAH PUTATAN DAN KLINIK KESIHATAN PUTATAN OLEH CAWANGAN HISTEP JKN SABAH

Address

Putatan
88200

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+6088765661

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram