28/04/2026
Keloid di telinga biasanya berlaku selepas kulit mengalami luka kecil, contohnya selepas bertindik atau memakai anting-anting.
Bagi sesetengah orang, proses penyembuhan parut menjadi terlalu aktif. Akhirnya tisu parut tumbuh berlebihan dan membentuk benjolan yang makin lama boleh makin besar.
Keloid bukan sekadar isu rupa. Ada pesakit rasa tidak selesa, gatal, sakit bila tersentuh, atau mula rasa kurang yakin bila orang perasan benjolan di telinga.
Apa yang patut dibuat?
1. Jangan picit, korek atau cuba potong sendiri
Ini boleh menyebabkan luka baru, jangkitan, dan keloid berisiko menjadi lebih teruk.
2. Elakkan iritasi berulang
Kurangkan geseran daripada anting-anting, tudung, helmet, atau aksesori yang selalu terkena kawasan tersebut.
3. Dapatkan pemeriksaan doktor
Doktor boleh nilai sama ada benjolan itu sesuai dipantau, dirawat, atau perlukan prosedur tertentu mengikut keadaan pesakit.
Kalau ada benjolan di telinga yang makin membesar, jangan tunggu sampai makin mengganggu.
📍 Klinik Afifi
Klik WhatsApp untuk pertanyaan atau pemeriksaan:
https://wa.me/60179392499