08/07/2025
💚💚💚💚
PETUA DULU-DULU UNTUK GANGLION CYST
Namun petua ini adalah rawatan sokongan sahaja, bukan pengganti rawatan perubatan moden. boleh cuba dan ikhtiar cara ni semua
dgn izin Allah.
✨Rawatan tradisional untuk benjolan lembut di pergelangan tangan atau kaki
🌿1. Daun Kapal Terbang (Jarak Pagar) Tuam
Panas
📌Cara:
Ambil 3-5 helai daun kapal terbang, layurkan
atas api.
Sapukan sedikit minyak kelapa atau minyak
zaitun pada daun.
Tuamkan atas benjolan cyst 10-15 minit.
Ulang 2 kali sehari, pagi & malam.
Ulang 2 kali sehari, pagi & malam.
✅Khasiat:
Bantu cairkan cecair dalam benjolan &
kurangkan radang.
🌿2. Daun Kunyit Tumbuk + Sedikit Kapur
📌Cara:
Tumbuk daun kunyit segar dan campur
dengan sedikit kapur makan.
Tampal pada tempat bengkak & balut
dengan kain bersih semalaman.
Ulang setiap malam selama seminggu.
✅Khasiat:
Sifat anti-radang kunyit bantu mengecutkan
bengkak secara perlahan.
🌿3. Minyak Bawang Putih Panas (Urut Ringan)
📌Cara:
Panaskan minyak kelapa dengan bawang
putih yang diketuk.
Bila suam, sapu pada benjolan dan urut
perlahan 5-10 minit.
Lakukan 1-2 kali sehari.
✅Khasiat:
Kurangkan ketegangan otot sekeliling &
bantu lancarkan darah.
🌿4. Air Garam Suam Rendaman Tangan/
Kaki
📌Cara:
Larutkan 2 sudu garam kasar dalam
semangkuk air suam.
Rendam tangan atau kaki (bahagian ada
cyst) selama 15-20 minit.
Ulang setiap malam.
✅ Khasiat:
Kurangkan radang & ketegarngan otot, bantu
bengkak lebih cepat surut.
‼️PERINGATAN PENTING:
1. Jika cyst makin membesar, sakit
berdenyut, atau mengganggu pergerakan,
segera rujuk doktor.
2. Jangan pecahkan cyst sendiri - risiko
jangkitan.
3. Petua ini selamat digunakan, tapi hanya
berkesan untuk cyst kecil dan ringan.
📌Pesan orang lama:
"Kalau bengkak air ni, kita jangan biar
keras... tuam dia, urut dia, bagi dia jalan
perlahan-lahan."