14/01/2026
𝘽𝙐𝙆𝘼𝙉 𝙎𝙄𝙃𝙄𝙍 𝘿𝘼𝙉 𝘽𝙐𝙆𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙍𝘽𝙐𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙇𝙐𝘼𝙍𝙂𝘼 𝙏𝙀𝙍𝘿𝙀𝙆𝘼𝙏
Maklumbalas pesakit :
“Abang saya takde rasa nak muntah, takde nak marah, orang sekeliling macam dah ok dengan dia (kalau tak dulu staf-staf dia macam tak mesra dgn dia, macam takut dengan dia), rasa tenang, lapang sekarang”
***
Hari ini, seorang pesakit dari Kuala Lumpur hadir ke Ikhtiar Pengubatan Kerohanian Presint 18, Putrajaya. Seperti biasa, setiap pesakit yang datang akan saya ajak berborak santai terlebih dahulu sebagai ruang untuk mengenali, menenangkan hati, dan membuka bicara sebelum rawatan dimulakan.
Namun, baru sahaja saya ingin memperkenalkan diri, pesakit tiba-tiba kelihatan gelisah dan menahan rasa tidak selesa. Tiba-tiba beliau berkata, “Saya rasa nak muntah…”
Tanpa berlengah, saya hulurkan bekas. Beliau pun terus muntah beberapa kali. Menurutnya, ini kali pertama perkara sebegini terjadi sebelum ini, tidak pernah pun mengalami keadaan seperti itu ketika berjumpa perawat lain.
Setelah keadaan kembali reda, barulah saya teruskan perbualan dan menerangkan serba sedikit tentang kaedah rawatan yang akan dijalankan.
Antara perkara yang dikongsikan oleh pesakit ialah perasaan tertekan dengan beban masalah hidup, sampai pernah terlintas untuk melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri.
Selepas rawatan dan pemeriksaan dijalankan, saya jelaskan kepada beliau bahawa andaian beliau dan keluarga tentang gangguan sihir sebenarnya tidak benar. Hasil penilaian menunjukkan, gangguan yang dialami bukan disebabkan oleh sihir atau perbuatan keluarga terdekat, tetapi berpunca daripada gangguan jin dan zat jahat yang menumpang kelemahan diri akibat tekanan emosi dan ketidakseimbangan rohani.
Di penghujung sesi, pesakit mula kelihatan tenang. Dengan nada perlahan beliau berkata,
“Saya rasa ringan sangat… tenang… hilang semua yang berserabut dalam kepala.”
Alhamdulillah, wajahnya tampak lebih cerah dan matanya tidak lagi redup seperti awal tadi. Saya menasihati beliau agar terus memperkukuh hubungan dengan Allah SWT, memperbanyakkan zikir, dan meneladani akhlak Rasulullah SAW sebagai penawar hati.
Sesungguhnya, setiap ujian ada rahmat di sebaliknya, dan ketenangan itu milik mereka yang kembali kepada Tuhan dengan sepenuh hati.
***
✨ Surah Al-Ahzaab (33:21)
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا ٢١
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
237
**anjin