21/04/2026
Versi baharu Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior turut mendapat liputan di RTM, mengetengahkan kepentingan nutrisi yang mencukupi dalam menyokong perkembangan minda kanak-kanak sejak usia awal. Mesej ini selari dengan kempen Serlahkan Potensi Anak Anda, yang mengajak ibu bapa memberi perhatian lebih serius terhadap asas perkembangan anak-anak.
Dalam liputan tersebut, Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed, menekankan kepentingan memastikan keperluan nutrisi anak dipenuhi sejak awal bagi menyokong perkembangan kognitif yang optimum.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, berkongsi mengenai formulasi baharu Mindtropic dan Mindtropic Junior yang dirumus berasaskan sains bagi menyokong fokus, memori serta keupayaan pembelajaran kanak-kanak, selari dengan cabaran gaya hidup masa kini.
Dalam masa yang sama, Eskayvie turut memperkenalkan Owi, ikon baharu yang akan menjadi penghubung kepada dunia kanak-kanak dalam menyampaikan mesej kempen ini. Owi melambangkan potensi setiap anak yang sedang membesar dan menunggu untuk diserlahkan dengan sokongan yang betul sejak usia awal.
Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi, turut menekankan bahawa cabaran pemakanan kanak-kanak hari ini semakin ketara apabila ramai anak-anak menjadi lebih memilih makanan. Justeru, ibu bapa perlu memberi perhatian kepada pemakanan yang lebih seimbang supaya keperluan nutrisi mereka dapat dipenuhi bagi menyokong perkembangan minda dan pembelajaran.
Liputan ini sekali lagi menegaskan kepentingan nutrisi sebagai asas penting dalam membantu anak-anak membesar dengan lebih fokus, lebih yakin dan bersedia untuk menyerlahkan potensi mereka pada masa hadapan.