28/07/2024
Ada Satu Bentuk Pemikiran Pelik Di UPNM?
SEBELUM kisah sadis Zulfarhan Osman panas kembali sejak kelmarin, sudah wujud persepi dan mungkin kebenaran bahawa buli adalah sesuatu yang normal di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Portal Malaysia Gazette pada 5 Jun 2017 pernah menyiarkan sebuah laporan memetik seorang bekas pensyarah di universiti itu yang menceritakan mengapa buli agak sinonim dengan UPNM.
Berikut laporan yang disiarkan portal berkenaan pada tarikh tersebut:
KUALA LUMPUR – Kes penderaan di kalangan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bukan suatu yang luar biasa cuma ia tidak didedahkan, dedah sumber kepada MalaysiaGazette, cuma berbeza kali ini ia melibatkan kematian dalam keadaan yang kejam.
Sumber yang juga bekas pensyarah universiti tersebut berkata, kes buli atau raging sememangnya sudah menjadi budaya tentera yang diwarisi semasa zaman era British dan ia kemudiaan diteruskan sehinggalah hari ini.
“Ini sudah menjadi budaya tentera, budaya buli dan raging yang dibawa oleh British diwarisi sehingga hari ini dalam tentera kita.
“Budaya ini kononnya untuk mengajar setiap anggota tentera itu menjadi seorang yang menurut perintah dan taat kepada ketua mereka atau orang yang lebih lama dalam perkhidmatan,” terang sumber.
Dalam kes penderaan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, ia merupakan kesan daripada budaya tentera yang masih diwarisi dan ia kini diterapkan p**a dalam universiti yang melatih bakal-bakal tentera ini, kata sumber.
“Cumanya perkara ini disembunyikan dan tidak didedahkan,” katanya.
Menceritakan pengalaman peribadi, sumber mendakwa, salah seorang pelajarnya pada 2014 menjadi OKU (Orang Kurang Upaya) akibat penderaan yang dialaminya semasa dalam universiti tersebut.
"Seorang pelajar saya, budak cerdik memiliki CGPA yang tinggi hampir 3.8, berlaku begini dia sudah tidak boleh belajar apabila saraf otaknya tidak berfungsi,” ujarnya.
Menurutnya lagi, kebanyakan kes ini tidak dilapor dan didedah kerana pelajar sudah diasuh supaya taat kepada perintah dan tidak menceritakan apa yang berlaku walaupun kepada ibu bapa mereka sendiri.
“Budak-budak ini sudah diberitahu supaya jangan bercerita itulah budayanya, sampai ibu bapa sendiri pun budak-budak ini takut nak beritahu,” katanya lagi.
Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam kelmarin dengan kesan lebam dan melecur pada badan.
Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis mereman 36 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette
Selamat untuk kita andaikan apa yang dikatakan pensyarah yang tidak dinamakan ini sebagai benar sepenuhnya.
Maka kita dapat memahami bahawa buli adalah sesuatu yang mungkin dianggap sebagai perlu dihadapi pelajar kerana mereka berada di sebuah universiti yang melahirkan bakal pegawai tentera.
Berjiwa kental dan patuh arahan seharusnya dilihat satu sifat wajib pelajar di sana.
Walaupun penulis sendiri tidak pernah belajar di sana, namun melihat kepada kenyataan pensyarah itu dan menggunakan lojik, maka kita dapat merumuskan ada satu bentuk pemikiran yang menjalar dari tentera ke UPNM iaitu buli membentuk jiwa yang kental.
Mungkin pemahaman di sana...."Kau jangan pondan sangat bro, kau tu askar".
Tapi ini semua sebenarnya alasan untuk sekump**an manusia yang merasakan diri tu macho dan hebat bila dapat buli anak orang.
Hakikatnya askar yang hebat dan kental dibentuk dari jiwa pahlawan yang wujud secara semula jadi...tak perlu hendak dibuli untuk "melahirkan" jiwa seperti itu.
Kalau memang jenis darah pahlawan, bila tiba masanya, sifat kepahlawanan itu akan muncul dengan sendirinya..
Apa pun, sejak beberapa tahun ini, sudah tidak kedengaran sangat isu buli di UPNM.
Sama ada kes-kes itu berjaya dikawal dan dikurangkan, atau UPNM sudah lebih cekap memastikan ia tidak lagi bocor ke pengetahuan awam.
Apa pun,