Cikgu Metafizik Ohsem

Cikgu Metafizik Ohsem Metafizik Sains Pernomboran Islam

🌱 Metafizik Nombor Bisnes  | onexoxsyndicate.com🔥01158836917RM 10✅ 1GB data internet kelajuan tanpa sekatan✅ 20 minit pa...
14/04/2019

🌱 Metafizik Nombor Bisnes
| onexoxsyndicate.com

🔥01158836917

RM 10
✅ 1GB data internet kelajuan tanpa sekatan
✅ 20 minit panggilan
✅ 0 SMS

RM 39
✅ 8GB data internet kelajuan tanpa sekatan
✅ 50 minit panggilan
✅ 50 SMS

RM 59
✅ 12GB unlimited speed data
✅ Unlimited calls
✅ 100 SMS

RM 89
✅ 20GB unlimited speed data
✅ Unlimited calls
✅ 200 SMS

| t.me/metafizikohsem

🌱 Metafizik Nombor Bisnes  | onexoxsyndicate.com🔥01158817884RM 10✅ 1GB data internet kelajuan tanpa sekatan✅ 20 minit pa...
13/04/2019

🌱 Metafizik Nombor Bisnes
| onexoxsyndicate.com

🔥01158817884

RM 10
✅ 1GB data internet kelajuan tanpa sekatan
✅ 20 minit panggilan
✅ 0 SMS

RM 39
✅ 8GB data internet kelajuan tanpa sekatan
✅ 50 minit panggilan
✅ 50 SMS

RM 59
✅ 12GB unlimited speed data
✅ Unlimited calls
✅ 100 SMS

RM 89
✅ 20GB unlimited speed data
✅ Unlimited calls
✅ 200 SMS

| t.me/metafizikohsem

🌱 Metafizik Nombor Bisnes  | onexoxsyndicate.com🔥01159729740RM 10✅ 1GB data internet kelajuan tanpa sekatan✅ 20 minit pa...
13/04/2019

🌱 Metafizik Nombor Bisnes
| onexoxsyndicate.com

🔥01159729740

RM 10
✅ 1GB data internet kelajuan tanpa sekatan
✅ 20 minit panggilan
✅ 0 SMS

RM 39
✅ 8GB data internet kelajuan tanpa sekatan
✅ 50 minit panggilan
✅ 50 SMS

RM 59
✅ 12GB unlimited speed
✅ Unlimited calls
✅ 100 SMS

RM 89
✅ 20GB data internet kelajuan tanpa sekatan
✅ Unlimited calls
✅ 200 SMS

| t.me/metafizikohsem

Di dalam istilah konspirasi, manusia terbahagi kepada tiga bahagian.PertamaManusia yang mengetahui kebenaran sebenar dar...
02/06/2018

Di dalam istilah konspirasi, manusia terbahagi kepada tiga bahagian.

Pertama
Manusia yang mengetahui kebenaran sebenar dari The Source (Allah Azza wa Jalla) dan patuh dengan bimbingan dan panduan dari-Nya.

Kedua
Manusia yang mengetahui kebenaran bersumberkan pengetahuan The Watcher (Iblis 'Izzazil' Laknatullah) dan mereka cuba untuk menentang The Source.

Ketiga
Manusia yang menjadi zombie. Mereka manusia dungu yang makan untuk hidup, hidup untuk makan. Mereka bagaikan haiwan ternakan sahaja. Golongan Elit dari kasta Yahudi mempunyai istilah khas untuk manusia seperti ini. Mereka yang hanya hidup di dunia tanpa mengkaji apa yang berlaku di sekeliling mereka ini digelar GOYYIM. JIka anda mendapat kesedaran sekarang, cuba keluar ke pekan dan ke tempat-tempat awam sebagai contoh di Mid Valley atau KLCC dan perhatikan gelagat Goyyim-goyyim ini menghabiskan waktu mereka dengan material dan hiburan sahaja. Pada waktu tengahari berpusu-pusulah mereka ke tempat makanan seperti kambing-kambing kerana kelaparan. Selepas itu bertebaranlah mereka mencari hiburan atau bekerja mengumpulkan harta benda tanpa berfikir sebentar mengapa mereka diciptakan.

Para Sekular, Islam Liberal (contoh: Sisters In Islam dan seangkatan dengannya) dan Modenis-Materialis yang saban waktu mencari cara bagaimana untuk melacurkan agama mereka bagi sesuap nasi dan pujian Para Elit ini sebenarnya berada dalam kondisi yang amat malang dan diperangkap secara halus. Idola mereka ialah Amina Wadud yang mengetuai solat Jumaat di gereja. Tujuan hidup mereka ialah dapat menjadi seperti Amina Wadud itu, berjaya menjadi keliru dan melacurkan agama sendiri secara terang-terangan. Buat permulaan, solat Jumaat boleh bercampur lelaki dan perempuan dengan keadaan perempuan boleh membuka rambut mereka dan muazzinnya juga seorang perempuan. Selepas itu yang solat Jumaat boleh dilakukan dalam keadaan perempuannya boleh memakai bikini dan yang lelaki tanpa memakai baju. Minggu depan solat Jumaat dijalankan dengan semua jemaahnya berbogel dan selepas salam mereka boleh berpelukan tanda kasih sayang dan seterusnya melakukan hubungan seks. Inilah tujuan sebenar Islam Liberal, meliberalkan Islam sehingga duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan goyyim-goyyim yang lain, menjadi dungu dan kebingungan.

Rahsia yang mereka tidak ketahui ialah SEBENARNYA PARA ELIT NASRANI DAN YAHUDI MENGKAJI ISLAM DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH dan dalam diam-diam mengakui kebenaran Islam. Namun PENGETAHUAN SAHAJA TIDAK CUKUP. Iman bukan datang kepada orang yang paling banyak ilmunya. Iman adalah anugerah Allah Azza wa Jalla. Iman tidak boleh dibeli dengan ilmu pengetahuan. Orang Yahudi Zindiq yang dikutuk-kutuk orang Melayu itu sebenarnya ada yang lebih fasih membaca Al-Quran dan lebih banyak ilmu agama Islam berbanding dengan orang-orang kita yang kafir-mengkafir dan menjadi sekular. Jika dengan ilmu sahaja boleh mendatangkan iman, maka sudah pasti 90% penduduk dunia adalah orang-orang Islam yang BERIMAN, namun sebenarnya IMAN adalah hidayah Allah Azza wa Jalla yang paling mahal dan tidak semua dapat memilikinya. Amina Wadud menerima pelbagai kelulusan dari University of Michigan, American University in Cairo, Universiti Al-Azhar dan Universiti Kaherah dalam pelbagai jurusan agama seperti bidang Tafsir, Falsafah, Pengajian Al-Quran dan sebagainya tetapi akhirnya output yang keluar darinya ialah setaraf dengan output yang dikeluarkan oleh Ayah Pin dan Rasul Kahar. Amat menyedihkan semua goyyim ini walaupun disekolahkan dengan harapan dapat membimbing umat Islam tetapi akhirnya menjadi goyyim ternakan Para Elit Nasrani dan Yahudi.

Mereka sanggup menari mengikut rentak Para Elit dengan menghina nabi mereka Rasullullah SAW dengan penghinaan yang pelbagai. Mereka menggelar Rasullullah SAW sebagai gila seks, ketua kabilah, janggut tidak terpotong kerana tiada gillette (pisau cukur), s**a berperang, ganas dan 1001 penghinaan padahal seluruh makhluk langit dan bumi memuji-muji Kekasih Tuhan ini. Malaikat Izrail AS yang mampu membesarkan dirinya sehingga mampu memegang bumi ini seperti sebiji telur pun memuji Nabi Muhammad SAW, bagaimana p**a manusia lemah seperti mereka yang jika disumbat hidungnya dengan kapas tebal selama tiga minit akan menggelepar kelemasan boleh menghina-hina Kekasih Tuhan yang mencipta diri mereka dan memberi rezeki kepada mereka?

Sesungguhnya manusia ini sungguh sombong dan bodoh sekali.

Pada peringkat lebih tinggi, di mana para goyyim ini tidak mengetahui atau sengaja buat-buat tidak tahu, Para Elit berusaha memecahkan kod-kod yang terdapat di dalam Al-Quran. Mereka mengkaji susunan ayat, bilangan ayat dan turutan angka surah untuk mendapat gambaran bagi disesuaikan dengan ramalan-ramalan mereka. Mereka amat-amat percayakan Al-Quran namun bagi goyyim-goyyim bodoh sombong ini, Para Elit akan mempromosikan segala kebohongan dan fitnah terhadap kitab ini, mereka berusaha untuk menjauhkan semua goyyim-goyyim ini dari mendapat kebenaran dari Al-Quran.

Para Elit amat percayakan ramalan dari kitab-kitab tua. Dan kitab yang paling mereka hormati sebenarnya ialah Al-Quran kerana mereka tidak dapat tidak mesti mengakui keaslian kitab ini yang tidak pernah bercampur dengan tangan-tangan manusia.

Mereka percaya, takdir kehidupan dapat diketahui melalui cara-cara yang tersendiri.

Pada masa dahulu para jin mampu untuk duduk di titik-titik tertentu di dalam dimensi untuk mencuri berita-berita dari langit, namun selepas kelahiran Rasulullah SAW, mereka tidak dibenarkan lagi untuk mencuri data-data dari langit ini.

“Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).”
(Surah Al Jin: 8-9)

Situasi ini samalah dengan para hacker (penggodam) yang menggunakan perisian seperti Netcat untuk melakukan 'data filtering' di mana mereka akan menganalisis paket-paket data yang 'dicuri' dari trafik dalam sesuatu sistem seperti LAN atau Wireless. Melalui analisis data ini, mereka dapat menyaring kata laluan, URL dan laman web yang dikunjungi mangsa.

Dari Izzazil, Raja para Jin Kafir dan Syaitan, mereka mempelajari sebahagian rahsia-rahsia dari langit ini dan antara yang meraka tahu bahawa para nabi juga mendapat data-data dari langit. Tugas mereka sekarang ialah berada di sebelah Izzazil dan menentang para nabi dan pengikutnya. Mereka mesti berusaha untuk memanggil data-data ini lagi (summon) bagi mengatasi para pengikut ajaran nabi-nabi ini yang digelar mereka 'Prophet' (dari kata 'prophecy')

Manusia yang paling percayakan kiamat akan berlaku ialah para Elit ini. Sebab itu industri Hollywood yang menjadi tempat 'luahan perasaan' mereka banyak menerbitkan filem-filem berkaitan akhir zaman dan kemusnahan besar-besaran bumi. Armageddon, Deep Impact, The Day the Earth Stood Still, The Day After Tomorrow dan Knowing adalah antara 'luahan perasaan' para Elit ini tentang 'The Judgement Day'. Namun goyyim-goyyim di Times Square, Kuala Lumpur masih mencari hiburan untuk memenuhi nafsu hidup mereka yang sementara ini.

Di dalam filem Knowing lakonan Nicholas Cage contohnya, Lucinda Embry, seorang kanak-kanak yang dianugerahkan kemampuan mendengar kata-kata 'angel' telah menulis senarai angka-angka yang banyak mewakili data-data kemalangan dan tragedi tertentu yang berlaku di dunia 50 tahun akan datang (ketika itu tahun 1959).

Terdapat satu adegan di mana satu lukisan yang dikenali sebagai 'Ezekiel's Vision' (di rumah kabin milik Lucinda Embry) dipaparkan dan 'kapal angkasa' yang membawa Caleb dan Abby telah diimaginasikan pembikin filem tersebut berdasarkan visi yang diceritakan di dalam Book of Ezekiel.

1:15 Now as I beheld the living creatures, behold one wheel upon the earth by the living creatures, with his four faces.

1:16 The appearance of the wheels and their work was like unto the colour of a beryl: and they four had one likeness: and their appearance and their work was as it were a wheel in the middle of a wheel.
(King James Version)

Pengkaji seperti Erick Von Daniken p**a mendakwa roda itu adalah pesawat yang digunakan oleh 'angels' itu, sebab itu di dalam filem ini, 'angels' selepas bertukar dari manusia ke bentuk 'bercahaya', mereka telah menaiki satu pesawat beroda yang bercahaya seperti intan berlian.

Sesetengah pendapat pengkaji seperti Erich Von Daniken ini (Zecharia Sitchin, Alex Jones dan sebagainya) agak mengarut tetapi sebahagiannya boleh difikirkan namun ada seorang yang benar-benar mencedok kata-kata yang benar dan digubah menjadi ramalan-ramalan yang sebegitu tepat. Namanya bertambah pop**ar semenjak satu ramalannya tentang Tragedi 911 tepat seperti yang tertulis dalam bukunya!

Dia adalah Nostradamus. Di dalam karyanya The True Centuries, Nostradamus telah menuliskan ramalan-ramalan yang kebanyakan menepati senario selepas zamannya seperti Perang Dunia I dan II, Hi**er, kematian raja-raja serta revolusi termasuk 911 semuanya boleh ditelah dari puisi-puisi kuatrain Nostradamus. Bagaimanakah Nostradamus tahu semua yang akan berlaku? Adakah dia telah mendengar suara-suara 'angel' seperti yang digambarkan dalam filem Knowing?

SEBENARNYA DIA MENDAPAT SEMUA RAMALAN INI DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP YANG DIPANGGILNYA HOLY SCRIPTURES yang sebenarnya adalah manuskrip para ulama Islam dahulukala yang dicuri oleh datuk dan ayahnya. Perlu diingat Nostradamus adalah berketurunan Yahudi dan datuknya adalah Yahudi Bailtul Maqdis yang rapat dengan orang Islam di sana.

Dari manakah Holy Scriptures ini berasal?Adakah ia hasil tulisan para ulama Islam yang mendapat ilham menerusi suara-suara 'angel' seperti yang dialami oleh Lucinda?

TIDAK SAMA SEKALI.

Ia berasal dari kata-kata Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Para goyyim dari kalangan sekular dan modenis Islam pasti bertukar menjadi pesimis bila mendengar nama Rasulullah SAW

DAN RASULLULLAH SAW MENDAPAT WAHYU DARI TUHAN

"Tanya oleh kamu akan daku, demi Allah kamu tidak menanyakan aku tentang segolongan yang keluar memerangi ratusan atau menunjuki ratusan orang kecuali aku ceritakan kepada kamu siapa PENGANJURnya, KETUAnya dan PENCETUS atau PENGGERAKnya, di ANTARA kamu dan MASA terjadinya hari kiamat"
(Ali Bin Abu Talib RA)

Inilah yang tidak mampu dicapai oleh para jin kafir dan syaitan yang menjadi entiti 'channeling' para pendeta The Antichrist.
Jadi perkara pertama yang diarahkan kepada para askar Amerika pada pencerobohan Iraq yang lalu ialah memecah masuk ke dalam muzium-muzium dan perpustakaan di Baghdad untuk mencari beberapa rahsia lagi.

Hakikatnya para Elit percaya kepada semua 'prophecies' ini. Mereka percaya sesungguhnya kata-kata manusia teragung, Nabi Muhammad SAW

Dan para goyyim masih kekal mempersendakan hukum-hukum Allah dan mempersendakan agama.

Para Elit gigih menempah pokok gharqad sebagaimana yang disabdakan Nabi Muhammad SAW yang berbangsa Arab itu.

Sementara para goyyim masih mabuk dengan racun dan pil khayal yang disuapkan para Elit.

Para Elit p**a gigih memerhatikan pergerakan objek-objek samawi...

Sementara para goyyim sedang gigih menghina agama Allah dan mempersendakan janggut nabi...

Sedangkan para Elit mengkaji segala sunnah nabi Muhammad SAW dan sabda-sabdanya...

Inilah perbezaan golongan Elit dan golongan goyyim.

Golongan Elit golongan yang genius dan bijak mengambil peluang. Manakala golongan goyyim rela dijadikan hamba dan dicucuk hidung. Rela dikelirukan dan terkeliru. Apabila disuruh menghina agama sendiri, maka tanpa segan silu terus berganding bahu dan mengerah tulang empat kerat memaki hamun hukum Allah dan ajaran Rasulullah SAW. Golongan goyyim menjadikan golongan Elit idola mereka, mengkagumi kemulian dan harta dunia yang dimiliki golongan Elit, padahal saban hari para Elit ini mentertawakan kebodohan goyyim-goyyim ini yang melacurkan agama sendiri demi sesuap nasi, sedangkan pada masa yang sama golongan Elit mengambil faedah dari sabda-sabda Nabi Muhammad SAW. Golongan Elit amat sayangkan kitab-kitab agama mereka seperti Taurat dan Injil malah Al-Quran juga dan sanggup menerbitkan Al-Quran palsu supaya umat manusia tidak dapat menyelami rahsia Al-Quran. Para Elit tahu di dalam Al-Quran terdapat 1001 rahsia dimensi dan matrix tetapi mereka tidak mampu menggalinya. Hanya orang yang dibersihkan hatinya oleh Allah SWT sahaja mampu menggali rahsia Al-Quran. Namun si goyyim terus memperlekehkan ajaran Al-Quran dan mengatakan hukum Al-Quran ketinggalan zaman sama seperti yang diajarkan oleh Para Elit, namun pada masa yang sama Para Elit mengakui betapa saintifiknya hukum Allah SWT sebagai contoh sebatan di bahagian belakang para penzina yang belum berkahwin akan menghasilkan sel-sel darah putih sebagai antibiotik kepada AIDS dan penyakit kelamin.

Pakar Neurologi Amerika dan Russia mendapati terdapat satu zon di bahagian otak manusia yang tidak aktif dan hanya aktif jika manusia tadi tuduk bersujud ke bumi Apabila aktif, zon tadi akan menghasilkan perubahan biokomia yang baru dan ini menghasilkan kesedaran-kesedaran baru.

Inilah perbezaan golongan Elit dan golongan goyyim. Golongan Elit bijak pandai tetapi akhirnya tertipu. Golongan goyyim juga yang paling malang, sudahlah bodoh sombong, ditipu oleh golongan Elit dan akhirnya tertipu dengan diri sendiri. Dijadikan kuli percuma saja oleh orang lain. Inilah akibat mengabaikan ajaran Islam dan nasihat para nabi.

Inilah perbezaan golongan Elit dan golongan goyyim.

Golongan Elit adalah 'tuan' di muka bumi.

Golongan goyyim adalah hamba, pencacai dan kuli percuma.

Tetapi ada satu golongan yang paling terbaik mengatasi kedua-dua golongan itu.

Iaitu golongan yang disebut di dalam firman Tuhan:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik"
(Surah Ali Imran 110)

Fikirlah bersama

Affirmation tiap pagi jangan ditinggalkan."Saya adalah magnet duit, kemana saya pergi saya tidak pernah kekurangan apa2,...
22/10/2017

Affirmation tiap pagi jangan ditinggalkan.

"Saya adalah magnet duit, kemana saya pergi saya tidak pernah kekurangan apa2, wallet saya sentiasa penuh duit dan melimpah-limpah " 21x

(Jangan percaya buat jerr..)

test selama seminggu dua affirmation jangan putus tgk kalau perasaan ada jerr rezeki masuk ada jerr duit2 syiling akan anda jumpa..

"Let Passion Lead You"




"GOOGLE ADS DAPAT RANK NO 1"Macam-macam "magic" boleh berlaku dalam hidup bila yakin pada "potensi diri">> t.me/metafizi...
12/10/2017

"GOOGLE ADS DAPAT RANK NO 1"

Macam-macam "magic" boleh berlaku dalam hidup bila yakin pada "potensi diri"

>> t.me/metafizikohsem

02/10/2017

" Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai Qalbu (jantung) yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah Qalbu yang di dalam dada."

(QS. Al-Hajj: 46)

Qada’ & QadarSOALAN: Apakah maksud qada' dan qadar, mubram dan muallaq. Dan apakah kaitannya dengan usaha serta ikhtiar ...
26/09/2017

Qada’ & Qadar

SOALAN: Apakah maksud qada' dan qadar, mubram dan muallaq. Dan apakah kaitannya dengan usaha serta ikhtiar yg kita lakukan?

JAWAPAN: Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.

Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.”

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan.”

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.

Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.

| t.me/metafizikohsem

18/09/2017

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

(Asy-Syuura 42:20)

www.surah.my/42 #20

17/09/2017

Jaminan Nabi untuk mereka yang menjauhi dan menjaga tiga perkara ini..

- Ustaz Kamilin Jamilin - Seni Hadith

16/09/2017

Mukjizat Dari Sudut Teori Meta'fizik

Oleh: Ustaz Auni Mohamad

---------

"Allah memberikan hikmah kebijaksanaan. Dan siapa yang diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya"

(Al-Baqarah:269)

---------

Apa itu elmu Metafizik?

Elmu metafizik adalah TEORI NOMBOR, bukan untuk kita percaya bulat-bulat. Ia hanyalah panduan dan ikhtiar untuk kita perbaiki diri dan berusaha memperoleh kehidupan yang lebih baik dari sekarang.

Ia diibaratkan seperti mendapat khidmat konsultan doktor dan rawatan. Kenapa kita sakit kita jumpa doktor dan makan ubat? Kenapa kita tidak tawakal 100% kepada Allah?

Faham, faham?

Satu perkara penting yang sangat perlu untuk kita selesaikan iaitu sikap pesimistik kita dalam mendalami ilmu-ilmu metafizik ini. Setiap kali kita berbahas tentang ilmu-ilmu metafizik/ghaib,maka akan timbul persoalan yang berkaitan dengan agama. Berbagai andaian akan timbul dan berbagai pertanyaan muncul samaada ianya bersalahan atau tidak dengan hukum agama. Adakah ia tergolong dalam shihir? Persoalan demi persoalan timbul dan yang paling ditakuti ialah sama ada ia akan membawa kepada sesat dan syirik.

Metafizik adalah salah satu cabang ilmu sains...sama dengan fizik, bio, maths, chemistry dan sebagainya.... kalau tidak salah belajar bio, maka tidak salah juga belajar metafizik.. kerana ia juga ilmu sains

Apapun yang kita pelajari akan jadi salah kalau ia memesong tauhid. Contohnya Charles Darwin yang mempelopori teori evolusi, menemui keajaiban biology, tapi mengenepikan aspek ketuhanan, bukan salah ilmu biologi, tapi yang salah ialah pemikiran orang yang menolak kuasa Tuhan.

Seperti ilmu bersifat universal, tingggal kita yang mencorakkannya sama ada untuk jadi hitam atau putih....

Mengaktifkan Tenaga Dalam (TD)

Pertama sekali kita perlu SEDAR bahawa diri kita terdiri dart 3 aspek utama

1..fizikal
2..mental
3..spiritual

Ini cukup penting sebab TD yang sempurna di bina melalui penggabungan 3 aspek ini dan untuk menjadi manusia yang sempurna perlu mendaya gunakan secara optimum seluruh potensi 3 aspek diri ini, Jadi pandang ke dalm diri dan sedarlah tentang hal ini.

Fizikal di latih dengan jurus/move tertentu
Mental di latih dengan teknik konsentrasi pernafasan tertentu
Spiritual di latih dengan zikir tertentu

Setiap perguruan TD memunyai teknik tersendiri dalam melatih ketiga-tiga elemen ini bagi membangkitkan TENAGA DALAM

Dalam bidang kerohanian Islam ia telah lama terbukti bahawa tenaga dalaman ini memang wujud dan ia dikaitkakan p**a dengan latihan kesufian yang bersungguh-sungguh. Pihak barat yang hanya bergantung kepada bukti fizikal semata-mata sebab itu mengalami kepayahan menilai sesuatu perkara yang ghaib.

Umat Islam sebenarnya amat beruntung kerana sudah sedia ada pembelajaran untuk meneroka bidang ini, namun selepas terpengaruh dengan sains moden barat yang menolak sesuatu yang berbentuk super natural, akhirnya orang Islam mengabaikannya.

Sebenarnya Ilmu Metafizik adalah Ilmu Islam dan diterokai oleh ahli sufi Islam sejak berabad dahulu. Salah seorang tokoh terkemuka yang mendapat pengiktirafan barat ialah Ibnu Arabi. Pihak barat menceduk ilmu Islam ini dan melabelkannya semula sebagai ciptaan mereka.

Elmu kerohanian Islam jauh lebih hebat dari apa yang dicapai oleh ahli sains barat. Itulah ilmu para Wali Allah yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu barat.

Imam Syafi’i menegaskan, “Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berfikir.” (Mau’idhatul Mu’minin)

Abu Darda’ seorang sahabat yang terkenal pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, dia menjawab, “Tafakur.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” Riwayat ad-Dailani

Rasulullah saw. pernah bersabda, “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah.” (HR Abu Nu’aim)

| t.me/metafizikohsem

Kisah Guru di maki hamun seorang lelakiSeorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang Guru mengeluarkan kecaman dan ...
15/09/2017

Kisah Guru di maki hamun seorang lelaki

Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang Guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, meluapkan kebenciannya kepada Sang Guru.

Sang Guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.

Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yg melihat peristiwa itu lalu bertanya, "mengapa Guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"

Beberapa saat kemudian, maka Sang Guru bertanya kepada si murid,
"Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapa kah pemberian itu?”

"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi” jawab si murid.

"Begitu p**a dengan kata-kata kasar itu”, balas Sang Guru.

"Kerana saya tidak ambil endah dengan kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia bahkan di akhirat; kerana aura negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup”.

Kemudian, Sang Guru meneruskan kata-katanya, "Sama seperti orang yg ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri. Demikian halnya, jika di luar sana ada orang yg marah-marah kepada mu... biarkan sahaja… kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka. Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau hiraukan, bererti engkau menerima sampah itu.”

"Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, Ego dan sebagainya)…

Oleh itu, jadilah kita seorang yang BIJAK bukan SAMPAH”

Sang Guru meneruskan nasihatnya :

"Jika engkau tak mungkin memberi, janganlah mengambil”

"Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, janganlah membenci”

"Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, janganlah membuatnya bersedih”

"Jika engkau tak mampu memuji, janganlah mengeji”

"Jika engkau tak dapat menghargai, janganlah menghina”

"Jika engkau tak s**a bersahabat, janganlah bermusuhan”


Pesanan yg baik...

"Lps tu akk blh setel hutang bank wlaupn dh dpt surat merah. Sbb ade jer punca rezeki akk amalkn metafizik ni"Alhamdulil...
14/09/2017

"Lps tu akk blh setel hutang bank wlaupn dh dpt surat merah. Sbb ade jer punca rezeki akk amalkn metafizik ni"

Alhamdulillah.

12/09/2017

Orang asli afrika dan asia sudah menggunakan teknik menangkap monyet selama beribu-ribu tahun.

Pemburu akan mencari pokok yang mempunyai lubang yang kecil pada batang pokok. Kemudian letakkan buah-buahan atau kacang sebagai umpan di dalam lubang itu.

Monyet datang. Seluk dan capai buah atau kacang menggunakan tangan. Genggaman tangan monyet yang penuh dengan buah tidak dapat ditarik keluar.

Monyet masih tidak mahu melepaskan tangannya. Ia berpusing-pusing. Menolak dan menarik tangannya yang penuh dengan buahan dalam genggaman.

Tidak lama kemudian, orang asli sampai. Mudah sahaja orang asli menangkap monyet yang terperangkap.

Begitulah kehidupan kita. Kita terlalu sayang melepaskan apa yang ada dalam genggaman. Sudah tentu bukan buah seperti monyet tadi.

www.surah.my/7 #69

Address

Putrajaya
62000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Metafizik Ohsem posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share