22/04/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Dalam usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan warga Institut Kanser Negara (IKN), Program Jom Baca Peringkat IKN 2026 telah berjaya dianjurkan pada 21 April 2026 (Selasa) bertempat di Perpustakaan IKN, Aras 4, Institut Kanser Negara, Putrajaya.
Program sehari ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan berinformasi, antaranya:
โจ Bengkel Teknik Bacaan Pantas oleh Timbalan Ketua Pustakawan USIM, Encik Yazid bin Ahmad @ Abd Rahman
โจ Program Jom Baca 10 Minit yang diketuai oleh Pengarah IKN
โจ Sesi Resensi Buku bersama penulis Dr. Alizi bin Alias bagi buku โJangan Ganggu Lepas Waktu Kerja Boleh?โ
โจ Kuiz Interaktif Kahoot โ Jom Baca
โจ Pameran dan Jualan Buku oleh Karangkraf Sdn. Bhd. dan Iman Publication
Seramai 80 orang peserta dalam kalangan warga IKN dan Hospital Putrajaya (HPj) telah menyertai program ini yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Pelaksanaan Program Jom Baca 10 Minit ini turut menjadi tanda sokongan terhadap Kempen Membaca Kebangsaan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia.
Kemuncak program ialah Majlis Perasmian Program Jom Baca Peringkat IKN 2026 yang telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nur Aslina binti Bahakodin, Pengarah Institut Kanser Negara. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pengurusan, YBrs. Encik Amiruzie bin Ramli.
Penganjuran program ini bukan sahaja memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan IKN, malah menjadi platform penting dalam menggalakkan amalan membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga.
๐ Bersama kita membudayakan amalan membaca demi melahirkan masyarakat berilmu dan berdaya saing.