Kospen WOW

Kospen WOW KOSPEN WOW (Wellness Of Worker)

Hari ini hari istimewa...Hari apa?Hari ni Hari Obesiti Sedunia - 4 Mac 2026 🌍Kadang-kadang kan...Kita rasa berat badan n...
04/03/2026

Hari ini hari istimewa...

Hari apa?

Hari ni Hari Obesiti Sedunia - 4 Mac 2026 🌍

Kadang-kadang kan...
Kita rasa berat badan naik tu perkara biasa…
Tapi sebenarnya ia boleh beri kesan besar pada kesihatan kita
Kalau dari awal kita tidak berjaga-jaga

Kita bukannya apa...
Kita cuma nak jadi 'versi lebih baik' daripada semalam sahaja ✨

Buat 'sikit', untuk elak dapat penyakit

Sikit yang macam mana tu?

Kurang manis 'sikit'
Kurang masin 'sikit'
Kurang lemak 'sikit'
Lebihkan gerak 'sikit'
Sayang diri lebih 'sikit'

Yang paling penting apa?

Teruskan Istiqamah !

Small steps, big impact

Ada berani? Jom!!!

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA






Salam Ramadan ke-11Dah bersiap-siap nak ke bazar Ramadan ke tu?Yaaaa…. betul… Bazar Ramadan sememangnya syurga makanan…T...
01/03/2026

Salam Ramadan ke-11

Dah bersiap-siap nak ke bazar Ramadan ke tu?
Yaaaa…. betul… Bazar Ramadan sememangnya syurga makanan…

Tapi perlu diingat yaaa…
Makanan yang menyelerakan belum tentu baik untuk kesihatan

Jangan mudah tergoda
Belilah secara besederhana
Berbelanja ikut keperluan
Elakkan pembaziran

Meh sini nak bagi 4 tips berbelanja di Bazar Ramadan

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA






Salam Ramadan semua! 🌙✨Lama sungguh kita tak bersua,Tiba-tiba dah masuk Ramadan!Siapa kata Ramadan kena lesu?Jom kekal b...
21/02/2026

Salam Ramadan semua! 🌙✨

Lama sungguh kita tak bersua,
Tiba-tiba dah masuk Ramadan!

Siapa kata Ramadan kena lesu?
Jom kekal bertenaga supaya ibadah pun makin padu 💪

Nah...... saya kongsikan 3 petua mudah untuk kekal cergas sepanjang hari berpuasa
Mudah sangat-sangat...
Jom!!!!

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA






Tahniah diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak atas kejayaan menjayakan Program Pengurusan Berat Badan, Tr...
26/01/2026

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak atas kejayaan menjayakan Program Pengurusan Berat Badan, Trim and Fit (TAF), iaitu Skop 5 di bawah KOSPEN WOW bagi tahun 2025.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta serta pemenang atas komitmen dan usaha berterusan dalam menurunkan berat badan, sekali gus mengurangkan faktor risiko penyakit tidak berjangkit serta meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri.

Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan oleh PKD Hulu Perak bagi memberi manfaat kepada lebih ramai anggota kesihatan dan menyokong pembudayaan gaya hidup sihat di tempat kerja.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








Tahniah diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak atas kerjasama dan sokongan dalam membantu JKR Hulu Perak m...
26/01/2026

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak atas kerjasama dan sokongan dalam membantu JKR Hulu Perak menjayakan Program Kesedaran Kesihatan, yang merupakan salah satu Skop 1 di bawah KOSPEN WOW iaitu Saringan Kesihatan.

Pelaksanaan program ini amat penting bagi mengenal pasti faktor risiko kesihatan dalam kalangan warga kerja serta sebagai langkah pencegahan awal terhadap penyakit tidak berjangkit melalui pelaksanaan program intervensi yang bersesuaian, khususnya bagi individu yang dikenal pasti mempunyai faktor risiko yang tinggi.

Diharapkan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak dapat terus melaksanakan program seumpama ini di agensi atau syarikat yang memerlukan sokongan serta khidmat nasihat kesihatan, demi memperkukuh pembudayaan tempat kerja yang sihat dan produktif.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








Tahniah diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar atas kejayaan menjayakan Program Pengurusan Berat Bad...
26/01/2026

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar atas kejayaan menjayakan Program Pengurusan Berat Badan yang telah dilaksanakan selama lapan bulan.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta serta pemenang yang telah menunjukkan komitmen dan disiplin tinggi dalam menurunkan berat badan ke tahap yang lebih ideal melalui penyertaan program secara konsisten. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi penampilan fizikal, malah menyumbang kepada pembentukan tubuh badan yang lebih sihat, bertenaga dan berdaya tahan dalam melaksanakan aktiviti harian, di samping mengurangkan faktor risiko penyakit tidak berjangkit.

Semoga program dan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada tahun ini dan pada masa hadapan agar lebih ramai anggota kesihatan dapat memperoleh manfaat kesihatan yang berpanjangan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








26/01/2026

Memulakan tahun 2026 dengan langkah proaktif ke arah tempat kerja yang lebih sihat melalui pelaksanaan KOSPEN WOW, selaras dengan usaha pencegahan awal dan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.

Jom mulakan hari-hari anda dengan lebih sihat, bertenaga & bersemangat.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








Hari ini hari terakhir cuti sekolah…Cuti sakan nohh… sampai sunyi betul KLEsok dah kembali ke rutin harian bekerjaDikhab...
21/09/2025

Hari ini hari terakhir cuti sekolah…
Cuti sakan nohh… sampai sunyi betul KL
Esok dah kembali ke rutin harian bekerja

Dikhabarkan trafik sesak di sana di sini
Badan terasa lemau? Otot tegang?
Itu tandanya badan kita perlukan sedikit “reset”.
Apa lagi!!!
Jom cuba Kaedah Relaksasi Otot yang mudah sangat, tak sampai 5 minit pun! 🧘‍♂️💆‍♀️

👉 Kaedah Relaksasi Otot ini ialah teknik ringkas yang boleh diamalkan di pejabat, di rumah atau bahkan dalam perjalanan balik kerja.

Manfaatnya?
💆‍♀️ Hilangkan ketegangan otot
🧘‍♂️ Redakan stres
💪 Pulihkan tenaga dengan cepat
🌬️ Bantu fokus semula untuk tugasan harian

Dengan hanya beberapa minit, badan akan rasa lebih ringan, kepala lebih lapang, dan mood pun kembali ceria! ✨

Jom mulakan hari-hari anda dengan lebih sihat, bertenaga & bersemangat

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








Awak.. haaa awak la siapa lagi 'Bila saya cakap pasal rokok, awak kata Ramadan adalah permulaan...'Yaaaa... Permulaan un...
13/09/2025

Awak.. haaa awak la siapa lagi

'Bila saya cakap pasal rokok, awak kata Ramadan adalah permulaan...'

Yaaaa... Permulaan untuk berhenti... Tapi sekarang apa dah jadi?

Saya nak sampaikan sesuatu yang bermakna Tentang Rokok, Paru-Paru dan Kita

Rokok kecil di jari, nampak biasa
Asapnya masuk, paru-paru jadi mangsa
Putih yang suci perlahan jadi kelam
Nafas segar berubah tengik dan tumpat di dalam

Sekali rasa mungkin lega
Dalam diam racun bermaharajalela
Paru-paru merintih tanpa suara
Setiap sedutan potong usia

Paru-paru berbisik, “Tolong Berhenti”
Setiap sedutan mencuri detik hidup ini
Sayangilah nafas yang Tuhan beri
Jangan gadai hidup dengan asap sendiri

Hentikan rokok, hargai diri
Kerana hidup ini bukan untuk dibakar pergi
Kita sering lupa, nafas itu nyawa
Tanpa paru-paru sihat, segalanya tiada makna
Ingatlah…
Sihat itu kita… Sihat itu kamu dan saya

Nekad untuk berhenti, bukan mudah, tapi untuk sihat, ia pasti jadi

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








Hari ini.... Kisah tentang ikan...Ada satu ☝🏻 teka-teki“Dalam banyak-banyak ikan… ikan apa yang sakit?” 🤔Ikan buntal? Sa...
05/09/2025

Hari ini.... Kisah tentang ikan...

Ada satu ☝🏻 teka-teki

“Dalam banyak-banyak ikan… ikan apa yang sakit?” 🤔

Ikan buntal? Salah!
Jawapannya: "Eeeeeee-kan kita kawan jer… Sakit kannn?" 😢🎣

Bercakap pasal ikan...

Ikan - manfaatnya yang luar biasa untuk kesihatan!

Antara ikan berlemak yang kaya dengan asid lemak Omega-3:
🐟 Ikan sardin
🐟 Ikan kembung
🐟 Ikan salmon
🐟 Ikan tuna
🐟 Ikan herring
🐟 Ikan mackerel
🐟 Ikan tongkol
🐟 Ikan tenggiri

Jom tingkatkan pengambilan ikan dalam menu harian anda – iaitu 1 sajian setiap hari. Sedap, sihat, dan penuh khasiat! 🥢✨

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








Yaaaa…. Esok kita Merdeka 🇲🇾Apakah sebenarnya makna “Merdeka”??Merdeka itu bebas penjajahMenghirup udara tanpa resahDi t...
30/08/2025

Yaaaa…. Esok kita Merdeka 🇲🇾

Apakah sebenarnya makna “Merdeka”??

Merdeka itu bebas penjajah
Menghirup udara tanpa resah
Di tanah air yang merdeka
Rakyatnya sihat jiwa dan raga

Sesungguhnya
Kemerdekaan bukan sekadar bendera
Tetapi jasad yang sihat terjaga
Kesihatan itu kunci utama
Untuk membina negara tercinta
Dan juga benteng bangsa merdeka

Ayuh kita jaga diri
Makan sihat dan terus berbakti
Bersenam dan mental terjaga
Agar merdeka ini kekal selamanya

Merdeka gaya baharu:
✅ Saring Awal, ketahui status kesihatan anda
✅ Kurangkan gula dalam minuman
✅ Aktifkan diri dengan senaman
✅ Tidur yang cukup agar tenaga berkekalan

Tubuh sihat dan jiwa yang kuat
Barulah Merdeka terasa nikmat

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-68 🇲🇾

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENGANJURAN CEMERLANG BENGKEL PENGUKUHAN SKOP HIDUP YANG AKTIF KOSPEN KOMUNITI DAN WOW PERINGKAT...
25/08/2025

TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENGANJURAN CEMERLANG BENGKEL PENGUKUHAN SKOP HIDUP YANG AKTIF KOSPEN KOMUNITI DAN WOW PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Alhamdulillah, dengan jayanya telah berlangsung Bengkel Pengukuhan Skop Hidup yang Aktif KOSPEN Komuniti dan WOW Peringkat Kebangsaan 2025 pada 18 hingga 21 Ogos 2025 bertempat di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Setia Alam.

Bengkel intensif selama empat hari ini telah menghimpunkan seramai 40 orang pegawai penyelaras KOSPEN Komuniti dan WOW dari Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah dari seluruh Malaysia. Mereka, yang merupakan tulang belakang program KOSPEN di negeri masing-masing, kini telah dilatih dan diperkasa untuk menggalas tanggungjawab tambahan sebagai jurulatih utama (master trainer) bagi memacu agenda hidup aktif.

Sepanjang bengkel, para peserta telah didedahkan kepada gabungan mantap antara teori dan amali, merangkumi aspek teknikal seperti fasa senaman, pengiraan kadar nadi latihan, sehinggalah kepada kemahiran praktikal seperti pembinaan koreografi senaman dan pemilihan muzik yang bersesuaian.

Tidak lupa juga kepada barisan urus setia dan semua peserta yang telah menunjukkan komitmen serta semangat yang luar biasa. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk merancang dan melaksanakan program-program aktiviti fizikal yang berimpak tinggi di lokaliti masing-masing.

Misi kita untuk membudayakan gaya hidup yang aktif dan memerangi penyakit tidak berjangkit (NCD) di Malaysia kini diperkukuhkan lagi.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA







Address

Putrajaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kospen WOW posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram