KEMPEN.makan MADU tulen.PENAWAR bagi manusia

KEMPEN.makan MADU tulen.PENAWAR bagi manusia Home-based small business.Specializing in Wild Forest Black Honey.Purely-natural.Lab-Tested.Zero-Suc

19/10/2023
03/02/2023

Assalamualaikum.maaf krn ganggu

Peringatan utk diriku...yg menzalimi diri sendiri...

Assalamualaikum...Batuk belum lega?Cubalah...
24/05/2022

Assalamualaikum...
Batuk belum lega?
Cubalah...

SUMBER ALAMI untuk BANTU atau ATASI MASALAH BATUK

Memandangkan sekarang ini agak panas, ramai antara kita mungkin mengalami masalah batuk. Disertakan disini sumber alami untuk bantu atasi masalah batuk

1. Minum Air Serbuk Halia.
Apabila halia dikeringkan dan dikisar jadi halia serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol. Bahan shogaol boleh bertindak sebagai ubat batuk.

2. Makan Nanas
Nanas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.

3. Minum Madu Asli
Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.

4. Minum Yoghurt atau Madu Kelulut
Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.

5. Minum Air Limau Nipis bersama Madu
Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus. Caranya adalah dengan tambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.

6.Hidu Bawang Merah
Bawang Merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.

7. Minum Air Kunyit
Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air dan diminum.

8. Minum Air Kayu Manis
Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis

9. Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam

Ph.D KMN
Principal Scientist

Assalamualaikum.maaf krn gangguBerniagalah dan ikut apa yg diajarkan oleh rasulullah SAW
01/04/2022

Assalamualaikum.maaf krn ganggu

Berniagalah dan ikut apa yg diajarkan oleh rasulullah SAW

Pesanan Rasulullah Buat Peniaga Ramadan
=============
1. Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Para peniaga bazar Ramadan pasti sudah bersedia dengan persiapan mereka. Menarik untuk diingatkan disini beberapa pesanan dari Bagina Nabi kepada para perniaga dan pembeli dalam bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

2. Rasulullah ﷺ mendidik para peniaga Muslim agar bersikap jujur dan amanah. Baginda mengingatkan bahawa peniaga yang berjaya adalah peniaga yang bertaqwa. Sabda Rasulullah:

إِنَّ التُجَّارَ يُبعَثُونَ يَومَ القِيَامَةِ فُجَّارًا ، إِلَّا مَن اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ

“Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan “Fujjar” (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertaqwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.” (HR al-Tirmizi)

2. Para sahabat tertanya-tanya, kenapa para peniaga dibangkitkan dalam keadaan pelaku dosa? Lalu Rasulullah ﷺ menjawab:

وَلِكِنَّهُم يُحَدِّثُونَ فَيَكذِبُونَ

“Tetapi (sebahagian) mereka ini apabila berkata-kata, mereka menipu.” (HR Ahmad)

3. Rasulullah ﷺ turut mengingatkan bahawa sekiranya mereka bersikap jujur, rezeki mereka akan dipermudahkan. Sabda Rasulullah:

الأمَانَةُ تَجْلِبُ الرِزْقَ وَ الخِيَانَةُ تَجْلِبُ الفَقْرَ

“Sifat amanah akan menjemput rezeki manakala sifat khianat (menipu) akan membawa kefakiran. (Musnad Firdaus al-Dailami)

4. Begitu juga dengan pembeli seharusnya menyemak dahulu harga, berbincang dengan peniaga sebelum melakukan transaksi dan menegur kepada mereka sekiranya tidak berpuas hati terhadap sesuatu. Sabda Rasulullah ﷺ:

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا سَمْحًا إذا باعَ، وإذا اشْتَرَى

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang lelaki yang ketika dia berniaga dia bertimbang-rasa dan ketika dia membeli (sebagai seorang pembeli), dia juga bertimbang-rasa. (HR al-Bukhari)

5. Pembeli juga diingatkan jangan terlalu ghairah membeli sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran. Ini kerana Allah menyifatkan orang yang membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah:

إِنَّ ٱلْمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخْوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِ ۖ وَكَانَ ٱلشَّيْطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورًا

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu p**a adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

6. Dapatkan buku 40 Hadis Tentang Puasa dan Ramadan sebagai bimbingan dan tazkirah sepanjang bulan Ramadan ini di shopee:

https://shopee.com.my/BUKU-40-HADIS-TENTANG-PUASA-DAN-RAMADAN-OLEH-PROF-MADYA-DR-AHMAD-SANUSI-BIN-AZMI-i.510934549.13283431704?sp_atk=5be9640e-47e9-4b7d-ac31-6e53400182fa&fbclid=IwAR2VGGN7tmVAzvlHBk7eKEuA7uiWk16aEJ8tvAZ8w45VttM0KIC2lMbPiJo

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Assalamualaikum.maaf krn gangguMadu Riau Gold.baru terima semalam.rasa sedap fresh.AlhamdulillahBaru nak uji keaslian di...
12/08/2021

Assalamualaikum.maaf krn ganggu

Madu Riau Gold.baru terima semalam.rasa sedap fresh.Alhamdulillah

Baru nak uji keaslian di makmal Genom.Harap2 keputusan baik dan boleh beri manfaat pada manusia.Doa2kan

Utk madu lebah hutan (produk lain), boleh order sini:
https://shopee.com.my/maduelfalah01

Assalamualaikum.syukur ada sahabat yg sudi membantu perniagaan kita di waktu zaman pandemik begini.Alhamdulillah
09/08/2021

Assalamualaikum.syukur ada sahabat yg sudi membantu perniagaan kita di waktu zaman pandemik begini.Alhamdulillah

30/06/2021

Assalamualaikum.maaf krn ganggu.

Simpan sini dulu.utk inspirasi hari akan datang.Inshaa-Allah

Doa2kan.

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3616-bayan-linnas-siri-ke-205-pertanian-di-dalam-islam
Surah Fatir, Verse 29:
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,

via iQuran

Address

Jalan P8C
Putrajaya

Opening Hours

Monday 07:30 - 11:00
Tuesday 07:30 - 11:00
Wednesday 07:30 - 11:00
Thursday 07:30 - 11:00
Friday 07:30 - 09:30
15:30 - 18:30

Telephone

+601121112818

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMPEN.makan MADU tulen.PENAWAR bagi manusia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to KEMPEN.makan MADU tulen.PENAWAR bagi manusia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram