Shasha's Health and Beauty

Shasha's Health and Beauty Menjual pakaian dan barangan yang cantik dan murah. H/P: 012-3794525
Email: nshafez@gmail.com

KELEBIHAN ALFAFAJangan tak tahu A L F A L F A Shaklee ini banyak bonus extravaganza! Alfalfa Shaklee ni ada banyak fungs...
10/02/2017

KELEBIHAN ALFAFA

Jangan tak tahu A L F A L F A Shaklee ini banyak bonus extravaganza! Alfalfa Shaklee ni ada banyak fungsi lain selain
M I L K B O O S T E R.

Bagus sangat diamalkan wanita terutama yang dah berkahwin. Yang bujang pun boleh, L E L A K I pun boleh amalkan (customer saya yang lelaki ramai consume Alfalfa nih 😉)

K E B A I K A N Alfalfa Shaklee

Alfafa Shaklee ni hasil ciptaan Dr. Forest C. Shaklee sendiri pada tahun 1950an lama dah. Siap ada kajian, ujian untuk buktikan keberkesanan dan keselamatannya.

🌹Bagi yang dah berkahwin, nak suami makin sayangkan? In shaa Allah Alfalfa boleh bantu.
🌹Nak atasi masalah KEPUTIHAN ambil Alfalfa
🌹Nak rasa macam PENGANTIN BARU ambil Alfalfa
🌹Nak bantu B A N Y A K S U S U ambil Alfalfa
🌹Nak B E R P A N T A N G ambil Alfalfa
🌹Nak D E T O K S ambil Alfalfa
🌹Nak S L I M ambil Alfalfa
🌹Nak kurangkan B A U badan ambil Alfalfa
🌹Nak nyahkan R E S D U N G ambil Alfalfa
🌹Nak L A W A S & hilangkan
S E M B E L I T pun ambil Alfalfa

Banyaknye kelebihan Alfalfa si Raja Tumbuhan ni, banyak lagi fungsinya dengan harga yang mampu beli & khasiat yang baik, memang tak rugi ambil Alfalfa

Pilihan ditangan anda sama ada nak pilih 330biji atau 700biji

Jadi ape tunggu lagi borong je promo BUY 1 FREE 1 tu.

Dapat 2 botol dengan harga 1 botol!

Jimat ke jimat? Jimat kannnn

Whatsup 0123794525
Whatsup 0123794525

**perhatian!!pesakit SLE, darah tinggi JANGAN amik alfalfa..

22/01/2017

Wahhh..cantik betul packaging baru ni!!

Kepada yang masih mengamalkan Jus Sengat Dara nantikan penampilan baru yang lebih seksi . Tiada lagi tiruan, ini betul2 asli!

Dapatkan yang asli dan harga baru dari kami.

Whatsup 0123794525
Whatsup 0123794525

01/11/2016
19/09/2016

10 Bahasa Dosa Yang Merosakkan Jiwa Anak.
Penyebab Anak Degil dan Bermasalah.

Zaman sekarang sangat mencabar untuk anak-anak kita membesar. Persekitaran mereka dipenuhi bermacam pengaruh buruk, sama ada daripada orang sekeliling, media TV, internet dan bahan bacaan. Masalah sosial dan salah laku dalam masyarakat juga makin bertambah melarat.

Kadang-kadang saya rasa kesian pada anak-anak, kerana terpaksa melalui suasana sebegini mencabar, bukan saja pada jati diri dan survival, tapi juga pada moral dan akhlak, serta akidah.

Nak tak nak kita sebagai ibu bapa kena persiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) untuk mendidik anak-anak sebaik mungkin.

“Aku dulu pun selalu kena marah, kena rotan juga. Tapi elok je jadi orang sampai sekarang.”

Memang ramai yang berfikiran begini. Tapi anda mungkin tidak tahu berapa ramai yang menyimpan dendam, rasa terkilan, dan trauma hingga dewasa kerana pengalaman dibesarkan yang tidak indah. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Anda “OK”, tak bermakna orang lain pun begitu juga.

Satu hal yang sering menjadi penyebab anak degil dan bermasalah tapi dianggap remeh adalah soal komunikasi yang kurang berkesan. Kadang-kadang kita menunjukkan perhatian dan kasih sayang dengan bahasa yang salah hingga anak-anak jadi terluka dan menjauhkan diri. Bahasa sebegini juga akan menjadikan anak-anak degil tak mahu mendengar cakap, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri.

Hakikatnya, dengan memilih perkataan yang baik dan sesuai pada tempat dan masanya, boleh memberikan impak yang sangat besar kepada pertumbuhan emosi anak. Sebab itu kena hati-hati, jangan sampai membunuh jiwa anak hingga menjadikan mereka rendah diri, takut, rasa tidak disayangi dan rasa tidak berguna.

Sama ada sedar atau pun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “Bahasa Dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

10 “Bahasa Dosa” penyebab anak degil dan bermasalah yang wajib dielakkan ketika bercakap dengan anak.
Perkongsian oleh Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.

Kredit kepada Oja Samid
www.celiknutrisi.my

Hari Ini
Jeli Minda No. #1
Bantu Aktifkan Minda Anak-Anak Kita..
Ubah Tabiat Mereka Sekarang..
Anak Pasti S**a...

Web Rasmi:
http://AnakGenius.com





Resepi bagi ibu2 yang sedang berpantang...
09/09/2016

Resepi bagi ibu2 yang sedang berpantang...

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

*Selepas baca boleh SHARE :)

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika s**a boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut s**a)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika s**a boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika s**a boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE

21/08/2016
02/08/2016

Selamat minggu penyusuan kepada ibu2 sedunia.

sesuai untuk ibu menyusu. Susu ibu meriah, hati pun senang.

24/07/2016

Minum jus sengat dara tak ada masalah dengan baby kuning, susu badan pun bertambah....

Selain itu, kencing manis, darah tinggi pun selamat diamalkan...

Hubungi whatsup/call 012.3794525
Harga sebotol rm41.90 (tak termasuk pos)


12/04/2016
Jom kita amalkan doa2 dan zikir2 untuk para ibu saat kita mengandung sehingga melahirkan anak.
04/04/2016

Jom kita amalkan doa2 dan zikir2 untuk para ibu saat kita mengandung sehingga melahirkan anak.

02/04/2016

JOM LIKE,TAG & SHARE suami kesayangan anda :) :)

04/02/2016

Demikian catatan tentang Me Time daripada pakar motivasi Dr. Rozita Shaary yang menarik perhatian VK untuk dikongsi. Inilah dilema yang dirasakan oleh ramai ibu bekerjaya. Tubuh sudah penat namun tak sampai hati untuk berehat dari rutin harian.

Address

Putrajaya
62510

Telephone

0123794525

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shasha's Health and Beauty posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Shasha's Health and Beauty:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram