Nutritionistkkm

Nutritionistkkm Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1 Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya
(1)

Peneraju utama pemakanan negara ke arah pembangunan generasi yang sihat.

- Menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat.
- Mempromosikan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
- Mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan berlebihan zat makanan.
- Merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai program pemakanan dalam empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, pemulihan dan advokasi pemakanan.

Nak makan di restoran tanpa risau kalori berlebihan? ๐Ÿค”Kuncinya adalah pilihan yang lebih bijak.Pilih hidangan dan minuma...
22/04/2026

Nak makan di restoran tanpa risau kalori berlebihan? ๐Ÿค”

Kuncinya adalah pilihan yang lebih bijak.

Pilih hidangan dan minuman yang lebih rendah kalori seperti:
โœ”๏ธ Capati berbanding roti canai
โœ”๏ธ Air kosong berbanding teh tarik

Perubahan kecil dalam pilihan harian mampu memberi kesan besar kepada kesihatan anda ๐Ÿ’ช

Jom kawal kalori, kekal sihat walaupun makan di luar!

21/04/2026

๐ŸŒธ MENU SIHAT IBU BERPANTANG, KUNCI PEMULIHAN OPTIMUM! ๐ŸŒธ

Tahukah anda, pemakanan seimbang selepas bersalin sangat penting untuk membantu proses pemulihan dan menyokong penghasilan susu ibu? ๐Ÿคฑ๐Ÿ’ช

โœจ Menu sihat ibu berpantang:
โœ”๏ธ Membekalkan tenaga dan nutrien mencukupi
โœ”๏ธ Kaya dengan protein untuk penyembuhan tisu
โœ”๏ธ Tinggi zat besi untuk mencegah anemia
โœ”๏ธ Mengandungi serat untuk melancarkan penghadaman

๐Ÿฅ— Contoh amalan pemakanan harian:
๐Ÿฝ๏ธ Sarapan: Bubur ayam, salad buah & susu
๐Ÿ› Makan tengah hari: Nasi putih, ikan tenggiri bakar, sup lobak putih & buah oren
๐Ÿ— Makan malam: Nasi putih, ayam kampung masak stim, sayur tumis brokoli & buah betik
๐Ÿฅฃ Snek: Overnight oat

๐Ÿ“Œ Jangan lupa amalkan tip penting:
๐Ÿ’ง Banyakkan minum air kosong
๐Ÿฅฉ Pilih makanan tinggi zat besi & protein
โ˜• Kurangkan pengambilan kafein
โš–๏ธ Amalkan pemakanan seimbang setiap hari
๐Ÿ’ก Pemakanan yang baik membantu ibu kekal sihat, bertenaga dan menyokong tumbesaran bayi secara optimum

Jom jaga pemakanan semasa berpantang untuk kesihatan ibu dan bayi! ๐Ÿ’œ





21/04/2026
๐ŸŒพ Apa itu "Bijirin Penuh" dan kenapa ia lebih sihat?Bijirin penuh adalah bijirin yang mengandungi seluruh isirong (bran,...
20/04/2026

๐ŸŒพ Apa itu "Bijirin Penuh" dan kenapa ia lebih sihat?

Bijirin penuh adalah bijirin yang mengandungi seluruh isirong (bran, germa, endosperma). Bijirin penuh mengekalkan kebaikan asalnya berbanding bijirin yang telah diproses. Ia terdiri daripada 3 bahagian utama yang padat dengan khasiat:

๐Ÿ›ก๏ธ Bran (Kulit Luar): Kaya dengan serat, vitamin B dan mineral
โšก Endosperma (Tengah): Sumber tenaga utama yang membekalkan karbohidrat.
๐ŸŒฑ Germa: Mengandungi antioksidan, vitamin E, vitamin B dan lemak tidak tepu.

Kebaikan Utama Makanan Yang Berasaskan Bijirin Penuh:
โœ… Lebih tinggi nutrien & serat
โœ… Merendahkan paras kolesterol darah
โœ… Menyokong kesihatan usus
โœ…Mengurangkan risiko obesiti

Mula buat pilihan yang bijak hari ini. Tukar karbohidrat ringkas anda kepada kebaikan bijirin penuh! โœจ

18/04/2026

Memujuk anak makan memerlukan kesabaran, kreativiti, dan konsistensi.

Memang realiti ramai ibu bapa rasa tertekan bila anak susah makan.

Tapi cuba ubah pendekatan sikitโ€”jangan jadikan waktu makan sebagai โ€œmedan perangโ€.



16/04/2026

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ? ๐Ÿค”

Berat badan naik selepas Hari Raya adalah perkara yang biasa dan sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

Namun, penting untuk difahami bahawa kenaikan ini bukan semata-mata lemak badan.

๐Ÿ’ก Dalam tempoh singkat, pertambahan berat biasanya dipengaruhi oleh:
โœ”๏ธ Pengekalan air โ€“ pengambilan makanan tinggi garam (contoh: rendang, kuah, lauk berempah) boleh menyebabkan badan menyimpan lebih air
โœ”๏ธ Simpanan glycogen โ€“ pengambilan karbohidrat yang meningkat akan disimpan dalam otot dan hati bersama air, lalu meningkatkan berat badan sementara

Selain itu, perubahan gaya hidup selepas Ramadan juga memainkan peranan:

๐Ÿฝ๏ธ Kekerapan makan meningkat
Daripada corak makan teratur (sahur & berbuka), kepada makan sepanjang hari termasuk snacking

๐Ÿงƒ Pengambilan minuman manis
Minuman seperti air sirap, bandung dan teh tarik menyumbang kalori tambahan tanpa memberi rasa kenyang yang signifikan

๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ Aktiviti fizikal berkurang
Perubahan rutin harian dan keletihan selepas musim perayaan boleh mengurangkan tahap aktiviti fizikal

๐Ÿ’ค Corak tidur tidak konsisten
Tidur lewat atau tidak mencukupi boleh mempengaruhi hormon lapar dan kenyang

๐Ÿ“Š Gabungan faktor-faktor ini boleh menyebabkan:
โžก๏ธ peningkatan pengambilan kalori
โžก๏ธ penurunan penggunaan tenaga
โžก๏ธ seterusnya menyumbang kepada kenaikan berat badan

โœ… Oleh itu, langkah yang disarankan adalah:

Kembali kepada corak makan yang lebih teratur
Mengamalkan konsep suku-suku-separuh
Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula
Meningkatkan aktiviti fizikal secara berperingkat
Mengamalkan tidur yang mencukupi

๐ŸŽฏ Kesimp**annya:
Kenaikan berat selepas Hari Raya adalah normal dan boleh dikawal.
Perubahan kecil tetapi konsisten dalam gaya hidup mampu membantu mengembalikan berat badan ke tahap asal.

15/04/2026

โš ๏ธ BAHAYA TABIAT MAKAN LEWAT MALAM
Tahukah anda? Trend pengambilan makanan secara berlebihan selepas waktu makan malam semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut statistik terbaru NHMS 2024:
2 daripada 5 orang REMAJA & 1 daripada 3 orang DEWASA mengamalkan makan malam berserta makan lewat malam secara berlebihan sekurang kurangnya sekali seminggu
Tabiat ini memberikan kesan negatif kepada kesihatan diri.
Tips Ringkas:
โœ… Makan malam sebelum jam 8 malam.
โœ… Jika lapar, pilih buah atau air kosong.
โœ… Tidur awal untuk elak rasa ingin mengunyah.
Kesihatan anda, tanggungjawab anda!

Kredit: PSP Segamat

13/04/2026

๐Ÿ“ŒSempena Sambutan Bulan Pemakanan Tahun 2026 bertemakan โ€œJangan Tangguh Lagi - Amalkan Pemakanan Sihat, Kekal Aktif Hari Iniโ€,

Cawangan Pemakanan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menganjurkan:

๐ŸŽ CABARAN MAKAN BUAH 2 SAJIAN BUAH SEHARI (Tempoh: 12/4/2026-19/4/2026)

Langkah cabaran:
โœ” Makan 2 sajian buah sehari
โœ” Ambil 2 keping gambar buah yang dimakan pada * waktu berbeza dalam sehari (boleh โ€˜selfieโ€™, berkump**an atau gambar buah) ๐Ÿ“ธ
โœ” Muat naik gambar melalui kod QR yang disediakan. Pautan borang ada di ruangan komen ya.

๐ŸŽ Semua peserta akan terima e-sijil penyertaan. Boleh claim MyPerformance.

Jom mula hari ini! Jangan tunggu esok ๐Ÿ˜„

RAHSIA CAPAI SEKURANG-KURANGNYA 3 SAJIAN SAYUR SETIAP HARITahukah anda? Pengambilan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sa...
13/04/2026

RAHSIA CAPAI SEKURANG-KURANGNYA 3 SAJIAN SAYUR SETIAP HARI

Tahukah anda? Pengambilan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran setiap hari penting untuk kesihatan optimum ๐Ÿฅฆ

Amalkan langkah mudah ini:
โœ”๏ธ Tambahkan sayur dalam masakan
โœ”๏ธ Ambil pelbagai sayur sebagai snek
โœ”๏ธ Sediakan jus sayur-sayuran seperti jus timun tanpa menambah gula atau perisa

Mulakan dengan perubahan kecil untuk hasil yang besar ๐ŸŒฑ

Jom tambah sayur dalam setiap hidangan anda hari ini!

12/04/2026

Anda pengamal diet vegetarian yg sihat & seimbang?๐ŸŒฑ๐Ÿฅ—

Pastikan pinggan harian anda mengikut konsep Pinggan Sihat Malaysia Versi Vegetarian.

Separuh pinggan perlu diisi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, manakala suku pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi perang, roti bijirin penuh atau ubi-ubian. Suku pinggan lagi p**a perlu diisi dengan sumber protein berasaskan tumbuhan seperti tempe, tauhu, kekacang dan biji-bijian.

Apabila pengambilan makanan lebih seimbang:
โœจ Tubuh mendapat tenaga yang mencukupi
โœจ Keperluan protein, vitamin dan mineral dapat dipenuhi
โœจ Risiko kekurangan nutrien dapat dikurangkan
Antara sumber makanan yang boleh dipilih:
โœ”๏ธ Sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan kangkung
โœ”๏ธ Buah-buahan seperti mangga, tembikai dan pisang
โœ”๏ธ Legum dan kekacang seperti tempe, tauhu, kacang kuda dan kacang hitam
โœ”๏ธ Karbohidrat sihat seperti nasi perang, oat dan keledek

๐Ÿ’ก Tip untuk anda:
Kenali jenis vegetarian anda sama ada vegan, lakto, ovo atau lakto-ovo supaya lebih mudah memilih makanan yang sesuai dan seimbang setiap hari.

๐ŸŒธ Pemakanan sihat bermula dengan pilihan yang bijak.

Jom amalkan Pinggan Sihat Malaysia Versi Vegetarian untuk kesihatan yang lebih baik.






Bukan semua risiko kesihatan boleh nampak pada angka berat badan sahaja ๐Ÿ‘€Lilitan pinggang pun penting tau!Selain BMI, uk...
10/04/2026

Bukan semua risiko kesihatan boleh nampak pada angka berat badan sahaja ๐Ÿ‘€

Lilitan pinggang pun penting tau!
Selain BMI, ukuran lilit pinggang boleh jadi โ€œsignal awalโ€ untuk kesihatan kita.

โš ๏ธ Bila lilitan pinggang melebihi paras disarankan, ini tanda lemak berlebihan di bahagian abdomen โ€” yang boleh ganggu organ dalaman dan tingkatkan risiko penyakit jantung.

Jangan tunggu sakit baru nak ambil tahu ๐Ÿ’”
Jom ukur, pantau dan jaga kesihatan dari sekarang!




Cara masak pun kena betul supaya kita tak rugi! โœจTahukah anda, cara memasak menggunakan garam beriodin boleh mempengaruh...
09/04/2026

Cara masak pun kena betul supaya kita tak rugi! โœจ

Tahukah anda, cara memasak menggunakan garam beriodin boleh mempengaruhi kandungan iodin dalam makanan? Jom ikut tip mudah ini supaya khasiat iodin kekal maksimum ๐Ÿ’ช

๐Ÿณ Cara memasak menggunakan garam beriodin:
1๏ธโƒฃ Masak lauk kegemaran anda seperti biasa - tumis, masukkan bahan seperti sayur, ayam atau ikan.
2๏ธโƒฃ Tambahkan garam beriodin SELEPAS api dimatikan - ini bantu kurangkan kehilangan iodin.
3๏ธโƒฃ Tutup masakan dalam kuali atau bekas makanan untuk mengelakkan iodin meruap keluar.

๐Ÿ’ก Ingat! Iodin penting untuk fungsi hormon tiroid, perkembangan otak dan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Jadi, bukan sekadar sedapโ€ฆ tapi pastikan juga khasiat terjaga! ๐Ÿ˜‰






Address

Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan, Presint 1
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388924503

Website

https://t.me/NutritionistKKMRasmi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nutritionistkkm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nutritionistkkm:

Share