Info Ringkas Tentang Kaedah Bekam Sunnah/Bekam Darah
Kaedah Bekam Sunnah
-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.
-Semua umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit klinikal/gangguan jin seminggu sekali sehingga
sembuh.
-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit klinikal termasuk penyakit gangguan jin.
-Jurubekam wajib memakai sarung tangan dan mask untuk langkah keselamatan dan barang-barang 100% disterilkan.
-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.
-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2-3 kali bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.
-Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril/pembasmian kuman.
-Wanita mengandung,wanita sedang haid,orang tua yang uzur,individu yang mengalami penyakit kulit yang serius tidak dianjurkan untuk menjalani bekam darah. Dalil-dalil tuntutan berbekam
1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik
2) Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah
3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari