07/02/2024
Sakit rengat ini sebenarnya rasa sakit macam sengugut atau rasa macam contraction. Dulu masa akk bersalin di hospital, kena rengat ni akk panggil nurse, akk kata mcm ada baby lg ni..nurse kata, mana ada baby lg dah ibu...hahaha. Rengat boleh terjadi disebabkan pengecutan peranakan ibu lepas melahirkan. Rahim akan cepat kecut kalau rengat tu kerap.
Ini akan membuatkan saiz rahim kembali normal. Cepat la kempis perut..
Kesakitannya akan berganda-ganda apabila menyusukan baby sampai menggigil-gihil menahan sakit (berdasarkan pengalaman)
Rahim yang lambat mengecut boleh menyebabkan tumpah darah.
Pilihan terbaik adalah makan ubat tahan sakit (pain killer) atas nasihat doktor. Ubat Paracetamol pun berkesan.
Kalau petua tradisional pula,bolehlah bertungku dengan batu panas ke atas rahim lagi2 kalau guna batu sungai, panasnya lama, ia untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses pengecutan. Sebab itulah ada yg bertanya, kenapa selepas bertungku, perut rasa berat dan sakit, itu adalah kerana proses ketulan darah yang tertinggal berkemungkinan akan keluar. Barulah perut rasa lega.
Teknik menarik nafas juga dapat membantu mengawal kesakitan.
Bagi yang bersalin secara pembedahan, perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu, takut nanti rawatan yang tanpa nasihat doktor boleh mengganggu penyembuhan luka dalaman.