Rawatan Sihir Saka Terapi AlKautsar

Rawatan Sihir Saka Terapi AlKautsar "Wangian Penawar Sihir". Membantu meningkatkan aura dan keyakinan diri serta ikhtiar penawar SIHIR

Sesi rawatan malam ni. Ada masalah gatal gatal satu tubuh. Punca tak tahu. Kita ikhtiar moga moga Allah sembuh
31/05/2024

Sesi rawatan malam ni. Ada masalah gatal gatal satu tubuh. Punca tak tahu. Kita ikhtiar moga moga Allah sembuh

Singgah Subuh di Masjid Kampung Hulu, Melaka dan bertemu dengan Bilal Us awawi
30/05/2024

Singgah Subuh di Masjid Kampung Hulu, Melaka dan bertemu dengan Bilal Us awawi

Bismillahirohmnairrohim...Terapi Alkautsar- Alhamdulillah lama tak menulis di muka buku ni. Tetiba rajin p**a petang nak...
19/05/2024

Bismillahirohmnairrohim...

Terapi Alkautsar- Alhamdulillah lama tak menulis di muka buku ni. Tetiba rajin p**a petang nak menulis sedikit khabar gembira salah seorang pesakit yang telah datang semasa 10 akhir Ramadan 1445 H.

Pasangan suami isteri ini baru berkahwin pada November 2023 yang lalu dan telah berbulan madu di salah satu kawasan pelancongan yang amat cantik. Masalah bermula apabila mereka kembali balik ke Malaysia dan tidak dapat "bersama" banyak kali. Bila terapi dimulakan isternya menggigil seluruh tubuhnya dan beberapa ikatan dibuka dan gangguan dihapuskan.

Bila sesi untuk suaminya saya menggunakan teknik meraga sukama dan suaminya dapat melihat gangguan pada dirinya, isterinya dan juga di rumah. Gangguan seperti patung-patung di kawasan sensitif dan gangguan di kemaluan suami isteri juga berjaya dihapuskan. Antara punca tidak dapat hamil ada;ah disebabkan gangguan tersebut telah memakan benih pasangan suami isteri tersebut.

Minggu lepas pesakit telah berkongsi berita gembira dan update isterinya telah hamil seminggu selepas raya.

Teringat kata arwah guru saya di kemaman, terengganu " Kita berikhtiar Allah yang iznkan. Al Fatihah kepada arwah Guru.

Bismillahirrohmanirrohim...20 Ogos 2023 Rawatan Sihir Saka Terapi AlKautsar- Malam semalam saya didatangi satu keluarga ...
21/08/2023

Bismillahirrohmanirrohim...
20 Ogos 2023 Rawatan Sihir Saka Terapi AlKautsar- Malam semalam saya didatangi satu keluarga untuk dapatkan terapi. Kisahnya bermula pada bulan Jun lalu dimana ada seorang wanita minta bantuan untuk mengatasi masalah sakit kepala selama sepuluh tahun dan semakin sakit dalam sebulan dua lepas sehingga berada di wad hospital pakar hampir satu bulan. Bermacam-macam test dilakukan tetapi doktor pakar tidak dapat mencari puncanya.

Malamnya wanita ini mohon keluar sekejap dari hospital untuk buat terapi dengan saya. Bila terapi dimulakan wanita ini terasa bahang seluruh badan dan ternampak kelibat patung semasa proses terapi. Pembersihan dan pembakaran dilakukan dan pesakit merasa tubuhnya menjadi ringan. Alhamdulillah dah hilang sakit kepala dan takder masalah sakit kepala.

Seterusnya wanita ini selang dua minggu membawa adik perempuannya yang mengalami masalah depresi dan memakan pil untuk bagi mengurangkan masalah depresi. Bila terapi dilakukan badannya juga merasa sangat panas dan terasa bebanan keluar dari tubuhnya semasa proses penarikan dilakukan. Semasa proses ini juga wanita ini nampak 2 kelibat wanita yang hodoh berada di dalam kepalanya dan 2 lagi di kawasan perut. Bila proses terapi selesai wanita ini merasa tubuh menjadi ringan.

Malam tadi satu keluarga ini datang ke rumah saya untuk bantuan pembersihan rumah. Kaedah meraga sukma dilakukan dan nampak 4 kelibat wanita tua berjubah putih di hadapan rumah, seekor hantu raya di kawasan tandas tingkat 1, seekor hantu raya di tingkat dua dan seekor langsuir di kawasan dapur. Semua ini ditangkap, dikafankan dan ditanam.

Alhamdulillah proses berjalan lancar.

18/06/2023

Rawatan Sihir Saka Terapi AlKautsar akan berada di Kota Kinabalu dari 18 sehingga 22 Jun 2023. Sekiranya memerlukan terapi bagi rawatan gangguan sihir dan jin boleh hubungi 0192260790.

Pembersihan gangguan jin di pejabat Putrajaya
08/02/2023

Pembersihan gangguan jin di pejabat Putrajaya

Pembersihan rumah di Cheras
10/12/2022

Pembersihan rumah di Cheras

InsyaAllah Pak Ustadz akan berada di Langkawi pada 13 - 17 November 2022. Yang berhajat untuk mendapatkan rawatan masala...
13/11/2022

InsyaAllah Pak Ustadz akan berada di Langkawi pada 13 - 17 November 2022. Yang berhajat untuk mendapatkan rawatan masalah gangguan ghaib dari Rawatan Sihir Saka Terapi AlKautsar boleh hubungi saya di talian 0192260790.

27/09/2022

InsyaAllah saya akan berada di Port Dickson pada 27-28 September 2022 (Selasa dan Rabu) . Yamg memerlukan pekhidmatan terapi bagi gangguan sihir boleh whatshap saya di no 0192260790.

Antara warisan keluarga
27/08/2022

Antara warisan keluarga

InsyaAllah akan berada di Kuching dari 11-14 Ogos 2022 dan di Miri 15- 17 Ogos 2022. Yang ingin mendapatkan rawatan gang...
09/08/2022

InsyaAllah akan berada di Kuching dari 11-14 Ogos 2022 dan di Miri 15- 17 Ogos 2022. Yang ingin mendapatkan rawatan gangguan sihir boleh PM saya.

Kisah Rawatan 31 Julai 2022Kisah ini rentetan dari kisah wanita yang datang dari kisah sebelum ini. Pesakit kerap merasa...
31/07/2022

Kisah Rawatan 31 Julai 2022

Kisah ini rentetan dari kisah wanita yang datang dari kisah sebelum ini. Pesakit kerap merasa sesak nafas dan telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan pihak hospital masih tidak menjumpai puncanya.

Wanita ini telah datang dan nampak perubahan yang banyak. Sudah boleh tidur dan makan nasi. Walaubagaimanapun masih ada seperti angin yang tak lepas dari ulu hatinya.

Terapi dimulakan wanita itu merasakan seperti satu beban batu yang berat diletakkan di perutnya. Proses pembuangan dilakukan dan wanita itu merasakan perutnya yang keras sebelum ini telah menjadi lembut dan sakit sakit diperutnya juga telah hilang.

Wanita ini saya minta untuk melakukan minum air kelapa selama tujuh hari pembersihan diri.

Address

Putrajaya

Opening Hours

Monday 21:00 - 00:00
Tuesday 21:00 - 00:00
Wednesday 21:00 - 00:00
Thursday 21:00 - 00:00
Friday 21:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 00:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Sihir Saka Terapi AlKautsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rawatan Sihir Saka Terapi AlKautsar:

Share