RANAU herbs

RANAU herbs Stokis Perubatan Herba dan keperluan harian berasaskan herba. Hubungi 019-8638189 untuk tempahan produk kesihatan hari ini.

14/09/2025
01/06/2025

Secara data klinikal dan kajian sains, solusi terbaik untuk atasi masalah diabetes adalah dengan “tingkatkan kualiti insulin” dan “baiki sistem insulin” dalam badan.

01/02/2025

Soalan popular: Bolehkah berhenti makan ubat Tinggi Darah (Hypertension) kalau sudah mula makan itu ubat?

Jawapan Panjang:

Si Gaman, berumur 50an dengan berat badan 86 kg (BMI = 40) mempunyai tekanan darah 180/110 selama berbulan bulan.

Doktor memulakan Ubat Tinggi Darah dan memberi tunjuk ajar untuk TLC (Therapeutic Lifestyle Changes) - perubahan gaya hidup sihat.

Sementara makan ubat, si Gaman pun berabis jaga makan minum dan berabis exercise dan berabis turunkan berat badan dan berabis makan segala multivitamins dan sumber nutrisi lain.

Selepas setahun makan ubat dan mengamalkan gaya hidup sihat, si Gaman menjadi fit dan slim, selalu berjogging, selalu hiking, selalu naik gunung, tiada merokok, tiada aramaiti (alkohol) ....

Tekanan darah si Gaman menjadi 100/60 sahaja ...

Doktor pun 'terpaksa' MEMBERHENTIKAN ubat darah tinggi si Gaman, kerana tidak diperlukan lagi, bahkan mungkin boleh memudaratkan kerana tekanan darah yg sudah agak rendah.

Jawapan Pendek: BOLEH ..

Jawapan sederhana Pendek: Kalau si Gaman harap makan ubat saja, tiada usaha lain ... kompom TIDAK boleh berhenti makan ubat tinggi darah.

Video TLC Tinggi Darah:
https://www.facebook.com/share/v/15ZmMq8pMj/

https://youtu.be/h3Y314U7Amc

Dr Rizin Kusop

Gambar Hiasan: Si angkol ni pernah tinggi darah 140/90 ketika umur 30an. Dia tidak pernah mkan ubat, dia kasi kampis perut dia saja ... 😅🤣

21/01/2025

PENDARAHAN OTAK

Antara faktor risiko terbesar untuk seseorang terkena pendarahan di dalam otak tanpa apa-apa hentakan pada kepala adalah...

Darah tinggi

Sebab itu darah tinggi dipanggil pembunuh senyap (silent killer). Sebab waktu tekanan darah meningkat lebih dari normal, kita tak rasa apa pun. Tapi ia merosakkan salur darah dan merisikokan salur darah itu pecah. Bila berlaku, masa tu baru ada tanda-tanda. Dan waktu itu, mungkin dah terlambat.

1 dari 3 rakyat Malaysia ada darah tinggi.

Malah, separuh dari mereka ni, tak sedar pun mereka ada darah tinggi.

Cuba pergi check tekanan darah dekat farmasi. Kalay lebih 140/90, besar kemungkinan anda ada darah tinggi lah tu. Jumpa doktor. Buat saringan kerosakan organ lain. Dapatkan rawatan.

5 tips untuk kawal tekanan darah dari saya.

1. Kurangkan penggunaan garam dan perasa tambahan dalam masakan. Tak kisah lah garam bukit ke, Himalaya ke, MSG ke, sos cili, tomato, ikan ke, kurangkan. Ganti dengan rempah ratus.

2. Kurangkan makanan berproses dan makanan segera. Tak kira lah dia tulis pilihan lebih sihat ke apa.

3. Berhenti merokok dan v**e. Nikotin dalam keduanya akan meningkatkan tekanan darah dan merosakkan salur darah.

4. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kalau boleh, cuba capai 10 000 langkah sehari.

5. Kalau anda dah kena makan ubat untuk darah tinggi, mohon patuh. Separuh dari penghidap darah tinggi tak patuh dengan ubat. Mereka hanya menyesal bila organ dah rosak. Jangan jadi seperti ini.

Jaga diri. Jaga kesihatan. Darah tinggi adalah pembunuh senyap.

Kredit: Dr Amirul Amzar
Pakar Perubatan Keluarga
Medical Mythbusters Malaysia, M3

17/01/2025
15/01/2025

Seorang kanak kanak darjah dua tiba tiba cakap:

'Teacher, why cant I see anything?'

Teruskan Membaca: https://penyakit-sifar.blogspot.com/2025/01/murid-darjah-2-hilang-penglihatan.html

Terkejut satu kelas tiba tiba dia jerit macam tu.

Cikgu terus call parents murid ini dan terus murid ini dihantar ke hospital.

Total blindness.

Kehilangan deria penglihatan untuk kedua dua mata.
Setelah diperiksa, dilakukan pelbagai pemeriksaan yang bukan mudah dan bukan mengambil masa sehari dua, result come out Vitamin A Deficiency.

Kekurangan Vitamin A yang teruk.
Terduduklah parentnya.

Sebabnya bila dietitian siasat, anak ini cuma makan processed foods sahaja iaitu : nuggest, sausage dan cookies sejak dari bayi sampailah ke darjah dua.

Bunyi macam hek eleh kau biar betik doktor?
Takkanlah itu je makanan budak tu?
Ya betul.

Kes ini berlaku di negara kita, di ibu kotaraya dan parent murid ini bukanlah berkerja biasa biasa.

Masa kawan saya share kisah ini, saya mulanya rasa marah sebab apa bendalah jadi parents tapi teruk macam ni tapi lama lama bila tengok kehidupan kita yang sentiasa sibuk untuk hidup selesa saya jadi kesian.

Buta ini tidak dapat dipulihkan☹️
Sebagai ibu, jika kita tak dapat masak selalu sebab sibuk, tapi kita cubalah beli makanan yang betul betul makanan yang lengkap.
Nasi ayam pun ok, bihun sup pun ok, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat. Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul betul makanan supaya mereka dapat nutrisi tu.

Vitamin dan supplemen tidak membantu seperti makanan betul. Kita kecil kecil pun mak ayah atok nenek bagi makanan biasa saja kan.

InshaAllah boleh.
Kesian untuk parents murid ini.

Tak mudah untuk mereka terima.

Dan sudah tentu tidak mudah juga untuk murid ini sendiri nak adapt dengan keadaan diri.

Semua benda pasti mengambil masa.

Saya kongsi bukan untuk kecam sesiapa, saya kongsi sebagai ingatan untuk diri saya sebab saya pun tak masak hari hari juga.

Kita cubalah ya include menu sihat dan makan makanan yang betul betul makanan setiap hari.

Makan nasi dengan telur mata dan kicap pun ok janji makanan betul.

Makanan terproses adalah sangat tidak sihat dan tidak ada apa apa nutrisi di dalamnya.

Semakin lama ia boleh bertahan, semakin banyak warnanya, semakin tidak sihatlah ia.

Simptom awal kekurangan vitamin A adalah mata menjadi kering, ada macam bayang atau spot kelabu di mata putih, sukar melihat waktu malam atau di dalam gelap, mata kurang menghasilkan air mata, jika dibiarkan akan lead to kehilangan penglihatan.

Makanan yang tinggi dengan vitamin A adalah sayur bayam, carrot, buah mangga, buah betik, aprikot, ikan, ayam, telur kuning dan sweet potatoes.

Semuanya sedap sedap nyamnyam.

Kita sendiri pun kena pastikan makanan kita sihat dan lengkap juga ya.

Dr Erna Nadia
Terpaling A🫶🏻

04/01/2025
23/06/2024

Saya kongsi tip untuk pokok bidara.

Pokok bidara biasanya ada dua di Malaysia, dikatakan y berduri banyak itu dari tanah arab dan yang berbuah besar seperti pokok saya adalah bidara epal atau vietnam. Pokok bidara y banyak duri tu akan dikawinkan dgn bidara epal.

Bila kawinkan sulur atau dahan pokok bidara duri banyak akan keluar dari celah tanah dekat pangkal pokok atau sekitarnya. Maka wajib buang dahan tersebut, kerana ianya akan jadi dominant dan bidara epal akan mati. Mesti potong yer..

Jika pokok banyak bunga tapi buah x lekat itu bermakna kawasan tuan puan tiada atau kurang serangga pendebungaan seperti lebah, black soldier fly, semut yang baik atau lain2. Jika tiada atau kurang maka buah tidak akan jadi, sebab itu amat penting berkawan dengan lebah atau kelulut. Tanam bunga2 di tepian untuk jemput mereka.

Baja saya pakai hanya tahiayam palet yang siap diproses, tiada baja istimewa dan tuan puan boleh pakai apa2 baja y munasabah kepada pokok. Seperto baja kopi.

Buah mesti dibalut ketika sebesar ibu jari, lalat buah akan hingap dan suntik telur maka buah akan ada lava dan merosakkan buah secara total.

Untuk tidak mahu buah jadi kering, pastikan pokok bersiram setiap hari jika tanam di pasu atau polibeg besar. Jika tanam dekat tanah pastikan tanah adalah sesuai.

Kredit: Maszeli Mohammad Wee

Address

Ranau
89308

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RANAU herbs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to RANAU herbs:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category