27/07/2021
Harini kami nak kongsikan pengalaman menarik para penerima vaksin yang tiada side effect teruk selepas menerima dos mereka.
Semasa terima dos pertama, Pn Aliah dapat kesan yang teruk sampai terbaring, sakit badan, mabuk dan pening kepala. Syukur Alhamdulillah, pada dos kedua masalah tu dah dapat diatasi dan beliau boleh buat kerja seperti biasa.
En Khiru p**a rasa seronok dah lengkap dos kedua. Siap berangan nak travel katanya. Paling best, sepanjang menerima 2 dos vaksin, beliau tak ada kesan sampingan yang teruk. Begitu juga Pn Nur Zahian boleh jalani kehidupan seperti biasa selepas menerima vaksin.
Pn Siti pun rasa gembira sebab kedua ibu bapanya yang sudah berusia 70an kekal sihat dan cergas selepas menerima vaksin. Pada mulanya risau juga sebab melibatkan warga emas yang memerlukan perhatian yang lebih. Macamana nak urus kalau keduanya mendapat kesan sampingan yang teruk. Kan?
Kesan sampingan selepas vaksin ini boleh buat kita terbaring lemah dan tak bermaya. Tak boleh buat kerja. Nak makan pun tak lalu. Di musim pandemik ini, sistem imun yang lemah dan teruk sebolehnya kita nak elakkan untuk elak dijangkiti virus atau penyakit lain.
Sebab itulah ramai yang mengambil berat tentang kesan sampingan yang dihadapi. Ia bukan bermakna tidak boleh langsung ada kesan sampingan. Tetapi apa yang diinginkan ialah untuk berada dalam keadaan terkawal dan tidak memudaratkan.
Bagaimana nak tingkatkan sistem imun di musim pandemik ini?
Dapatkan sokongan khasiat Vitamin C, Vitamin D, Buah Camu-Camu & Cendawan Susu Harimau yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh anda dan keluarga. Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz dengan hanya 1 tablet.
Nampaknya varian baru semakin mengganas. Selagi ada nyawa di badan, sama-samalah kita berusaha untuk memastikan kesihatan diri dan keluarga terjaga. Semoga pandemik ini segera berakhir dan kita terus dilindungi daripada wabak ini.