05/02/2026
Lawatan Penyeliaan Pegawai Kesihatan Daerah
Klinik Kesihatan Rantau Panjang telah menerima lawatan penyeliaan oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Najihah Mahfuzah, sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi lawatan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang dijadualkan pada 16 Februari 2026.
Lawatan penyeliaan ini bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan fasiliti kesihatan dari aspek perkhidmatan klinikal, pengurusan, sumber manusia serta kemudahan sokongan. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan memastikan pematuhan terhadap dasar, standard dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sepanjang lawatan, pelbagai aspek operasi klinik telah diteliti serta pandangan, nasihat dan teguran membina telah dikemukakan bagi tujuan penambahbaikan berterusan dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.
Pihak Klinik Kesihatan Rantau Panjang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan bimbingan yang diberikan, dan akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya bagi memastikan persediaan yang rapi serta kelancaran lawatan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia kelak