02/04/2026
Masih ramai yang mempunyai salah faham tentang autism.
Ada yang percaya ia berpunca daripada cara didikan atau menganggap individu autism tidak mampu berkembang seperti orang lain.
Hakikatnya, autism adalah perbezaan perkembangan neurologi yang mempengaruhi cara seseorang berkomunikasi, belajar dan berinteraksi.
Sempena World Autism Awareness Day yang disambut setiap tahun pada 2 April, marilah bersama meningkatkan kesedaran dan memahami fakta sebenar tentang autism.
Apabila masyarakat memahami perkara yang betul, lebih banyak sokongan dan penerimaan dapat diberikan kepada individu autism dalam komuniti kita.