Affiat Bekam

Affiat Bekam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Affiat Bekam, Medical and health, Felda Tersang, Raub.

02/12/2022

Alhamdulillah ramai yang tanya resepi karipap pusing saya. Kali ni saya sertakan sekali dengan resepinya.

Doh minyak ( doh dalam) ⤵️
Segenggam marjerin pelangi (agak2 boleh kepal tepung tak berderai)
2 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
Doh tepung ( doh luar) ⤵️
3 1/2 cawan tepung gandum
1sk garam
2sb gula

Ais sejuk dari dalam peti ais ( kena betul2 sejuk)
1 sb minyak panas

Cara buat ⤵️
1. Satukan bahan untuk buat doh minyak. Kepal2 tepung gandum dan tepung jagung bersama marjerin sehingga tepung tak berderai. Boleh tambah minyak masak untuk elak penggunaan marjerin berlebihan sebab takut karipap terlalu gebu dalam mulut apabila dimakan nanti.
2. Apabila doh dah dikepal bulat rehatkan doh sebentar. Boleh perap dalam fridge selama 5minit.
3. Satukan bhn2 untuk buat doh tepung pulak. Kat sini macam2 versi boleh buat. Tp resepi saya, saya tak pakai apa2 marjerin sebab doh minyak dah ada marjerin. So bila doh tepung kita letak marjerin nanti karipap akn jadi lebih berminyak dan cepat hancur. Cukup sekadar minyak masak sahaja. Gaul2 tepung dgn minyak panas jadi macam serbuk roti.
3. Penggunaan gula untuk bagi karipap kita lebih rangup. Jgn risau dia tak akan rasa manis. InsyaAllah.. 😁
4. Uli sampai jadi doh. Kemudian rehatkan sebentar di dalam fridge selama lbh kurang 5 minit.
Kemudian kita sambung ke part canai lak yer..
1. Ambik doh tepung bulatkan2 kepada bberapa bahagian. Terpulang nak buat berapa bahagian. Begitu jugak dengan doh minyak bulatkan2 bergantung kepada bilangan doh tepung yang kita bulatkan tadi. Sbg cntoh, kalau doh tepung kita bahagiakn kepada 4 bahagian, maka begitu juga dengan doh minyak bulatkan kepada 4 bahagian.
2. Kemudian, ambil doh tepung canaikan dgn penggelek bagi bentuk bulat. Letak doh minyak yg dibulatkan td tu dlm tu dan tutup dgn doh tepung tadi. Bulatkan2 bagi bentuk bulat/bola. Macam kita tutup kuih pau bila dah masukkn inti la senang cerita.. 😂 Buat sampai doh hbis step yang sama ni.
3. Seterusnya, ambil doh dan canaikan bentuk bulat. Canai tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal ye kawan2. Kemudian gulungkan. Ok, doh kita tadi dah jadi bentuk panjang sekarang ni kan..
4. Kita canaikan doh tadi tu arah memanjang bukan melintang ye. Jangan salah paham disini. Canaikan bentuk memanjang. Canai tak terlalu nipis sgt ye. Ok tips kat sini nk cntikkn pusaran karipap pusing, semakin pnjang doh kita canai, makin banyak gulungan kita akan gulung nanti. So semakin cantikla pusaran karipap pusing kita nanti..😊
5. Dah canai memanjang , kita boleh gulung dia dari bawah bawak ke atas. Gulung sampai habis la ye.
6. Kemudian, ptong doh tadi ke beberapa bahagian ikut pada saiz doh yg kita gulung tadi tu. Ptong 3/4 inci setiap doh dah memadai.
7. Ambik doh yang telah dipotong tadi dan gelekkan dengan penggelek. Kat sini dah boleh nampak pusaran karipap pusing kita tu. Boleh buh inti. Nak guna acuan karipap pun boleh. Buat sampai habis step yang sama.
8. Dah siap buh inti, karipap pusing kita sudah siap untuk digoreng!
9. Goreng dengan minyal yang panas dan banyal sampai tenggelam karipap pusing tu dalam minyak. Goreng keperangan.
10. Karipap pusing sudah sedia dinikmati.. 😋😋

02/12/2022
20/05/2021

SERUM YG KAYA DGN VIT C UNTUK MENCERAHKAN KULIT KANDUNGAN AQUA ALOE VERA VIT C TOMATO TEA TREE ORGANIC - Buy Vitamin C Brightening Serum

19/05/2021

For muscle pain relief ❗❗Hot Gel LEGURA Bantu Masalah lenguh sendi dan Frozen Shoulder ‼️ 🔥ALTERNATIF TERBAIKK UNTUK KELUARGA ANDA . . 🔥 *Penggunaan hanya 10saat berkesan* Formulasi khas untuk ✅frozen shoulder ✅sakit pinggang ✅Tiada masa utk berurut ✅ Sakit tengkuk dan sengal²...

=================================PEROKOK TEGAR & YANG MALAS BERSUKAN -TUBUH ANDA BANYAK TOKSIN JAHAT====================...
07/07/2019

=================================
PEROKOK TEGAR & YANG MALAS BERSUKAN
-TUBUH ANDA BANYAK TOKSIN JAHAT
=================================
👉Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin serta darah kotor terkumpul dalam badannya

✔️LAKUKAN PENCEGAHAN AWAL
Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg.

Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu.Pasti memberi impak besar kepada kesihatan tubuh. Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui hasil kajian klinikal, 90% daripada punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada kolon atau usus besar

Toksin adalah bahan kimia atau racun yang boleh merosakkan organ dan sel tubuh. Jika tidak dikeluarkan toksin maka akan terjadilah penyakit-penyakit kritikal.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa bekam dapat menyingkirkan sel-sel darah mati, rosak, cacat dan menyingkirkan toksin(racun) serta angin yang berlebihan dari tubuh badan. Dikatakan 93 jenis penyakit dapat dirawat melalui kaedah bekam
Bekam juga bertindak mencegah serta merawat penyakit kritikal.Detoksifikasi terbaik tanpa kesan sampingan.

Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya cara pengobatan yang paling ideal/baik yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)."
"Anda Boleh Menyediakan Diri Anda Untuk Menjadi Sakit, Atau Anda Memilih Untuk Kekal Baik"
----------------------------------------------
PM segera...Affiat Bekam cover sekitar daerah Batu Pahat Johor.

Manfaat Bekam untuk anda.
07/07/2019

Manfaat Bekam untuk anda.

Gout, tanda tandanya dan cara pencegahannya.Apakah gout?Gout adalah penyakit yang selalu berlaku di kawasan sendi tubuh ...
20/05/2019

Gout, tanda tandanya dan cara pencegahannya.

Apakah gout?

Gout adalah penyakit yang selalu berlaku di kawasan sendi tubuh badan manusia yang menyebabkan kesakitan tiba2 yang melampau, berubah warna kemerah merahan terutama di kawasan ibu kaki.

Tanda2 nya
----------------
✔Sakit di kawasan sendi.
Kebiasaannya sakit tersebut di ibu jari kaki, akan tetapi gout boleh berlaku di jari tangan, siku dan lutut.
✔️Sakit melampau dan warna kemerah merahan di kawasan yang sakit.
Menyebabkan tempat gout bengkak dan berubah warna merah.

Apabila terkena gout, susah nak bergerak seperti biasa. Sakit sangat.

Bagaimana cara pencegahannya.

1. Minum air mineral banyak2
2. Elakkan minuman beralkohol
3. Kurangkan pengambilan daging, ikan dan ayam
4.Jaga berat badan.

Adakah bekam boleh mengubati penyakit GOUT?

Ya, bekam boleh mengubati penyakit gout kerana terdapat kajian perubatan pada tahun 2010 dan telah diterbitkan dalam akhbar perubatan tradisional cina yang mana kajian dibuat pada 34 pesakit gout dan keputusan dibuat dengan berbekam berjaya mengubati penyakit GOUT.

Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Rujukan https://mayocl.in/2UrVZ81

Wasap 0135059746 ( Pn Laila )

Mari berbekam...

Address

Felda Tersang
Raub
27600

Telephone

+60 13-505 9746

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Affiat Bekam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram