11/02/2026
Kuliah Maghrib Masjid Bukit Rahman Putra Sg Buloh Selangor bersama Tuan Guru Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Perlindungan Astana Budi, Astana Budi @ Manarah, Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, Rawang.
Astana Budi @ Manarah, Lorong Beringin, Batu 17 Kuang
Rawang
48050
Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perlindungan Astana Budi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Pusat Perlindungan “ASTANA BUDI” adalah merupakan hasil cetusan ilham dan idea serta diasaskan oleh Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi. Beliau merupakan Yang DiPertua, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) juga Pengasas serta Pakar Pusat Rawatan Islam MANARAH (PRIM) pada tanggal Khamis, 23 Julai, 2009 bersamaan 01hb Syaaban, 1430H di Dewan BUDI disokong dan disepakati oleh semua ahli BUDI.
Pusat Perlindungan “ASTANA BUDI” adalah bernaung di bawah NGO Islam ialah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) (0701-06-SEL) yang aktif berdakwah kepada seluruh masyarakat Islam, khususnya di Selangor dan umumnya di seluruh Malaysia. Berbekalkan kewibawaan kepimpinan dan ahli BUDI yang mantap dan berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan perkembangan Islam, BUDI istiqamah dalam menjana kebaikan dan manfaat kepada umat Islam melalui visi dan misinya tersendiri.
Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi tersebutlah Yang DiPertua BUDI terdorong untuk melibatkan diri bersama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) untuk menyediakan sebuah pusat bertujuan bagi melindungi, merawat dan penjagaan pesakit-pesakit HIV lelaki yang beragama Islam. Pesakit-pesakit HIV lelaki yang sebelumnya berada di bawah perlindungan pusat-pusat kelolaan pihak Gereja KristianCetusan Idea dan ilham Yang DiPertua BUDI tersebut telah mendorong dan menaikkan semangat ahli-ahli persatuan untuk bekerjasama dan mengembeling tenaga, buah fikiran dan wang ringgit untuk menjayakan hasrat murni tersebut menjadi kenyataan.
Alhamdulillah, setakat hari ini pihak kami telah berupaya menyiapkan infrastruktur dan pelbagai kemudahan asas yang amat membanggakan dalam masa yang amat singkat. Pihak Persatuan BUDI amat menghargai bimbingan Lembaga Penasihat sebagai badan induk yang membuat polisi dan dasar serta memantauan ke atas Astana BUDI tersebut. Pihak BUDI juga amat menghargai bantuan yang diberikan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas kerjasama yang erat dan bersungguh-sungguh dalam membantu pihak kami agar dapat melaksanakan impian murni ini. Ruang Dapur