Klinik Wong Singh Tasik Puteri - M-Residence

Klinik Wong Singh Tasik Puteri - M-Residence KLINIKWONGSINGHTASIKPUTERI 16 JAM MEDICAL HEALTH

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Marilah sama-sama kit...
11/03/2024

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Marilah sama-sama kita menyambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan hati yang terbuka.

Mac adalah Bulan Kesedaran Myeloma BergandaMyeloma berganda adalah sejenis kanser darah yang berkembang dalam sel plasma...
11/03/2024

Mac adalah Bulan Kesedaran Myeloma Berganda

Myeloma berganda adalah sejenis kanser darah yang berkembang dalam sel plasma dalam sumsum tulang.

Apabila terjadi Myeloma berganda, sel plasma menghasilkan antibodi yang tidak normal; yang dipanggil M protein. Penghasilan antibodi yang tidak normal ini tidak berupaya untuk melawan jangkitan kuman sekaligus merendahkan sistem imunisasi badan dan pesakit senang mendapat jangkitan kuman.

Antara gejala myeloma berganda?

• Sakit tulang, yang sering dirasai di bahagian belakang, pinggul, bahu atau rusuk

• Tulang lemah dan mudah patah (patah)

• Gejala anemia, seperti keletihan (keletihan), sesak nafas, dan rasa lemah

• Jangkitan yang kerap atau jangkitan yang tidak hilang

Gangguan pendarahan adalah sekumpulan keadaan yang berlaku apabila darah tidak dapat membeku dengan betul.Gangguan penda...
11/03/2024

Gangguan pendarahan adalah sekumpulan keadaan yang berlaku apabila darah tidak dapat membeku dengan betul.

Gangguan pendarahan boleh menyebabkap pendarahan abnormal daripada luar dan dalam badan. Sesetengah gangguan boleh meningkatkan jumlah darah yang keluar daripada badan secara mendadak. Gangguan-gangguan yang lain menyebabkan pendarahan berlaku di bawah kulit atau di dalam organ yang penting, seperti otak.

Tips Mudah Untuk Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan1. Minum Lapan Gelas AirWalaupun berpuasa, ia tidak bermakna anda haru...
11/03/2024

Tips Mudah Untuk Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan

1. Minum Lapan Gelas Air

Walaupun berpuasa, ia tidak bermakna anda harus mengurangkan jumlah air yang diminum pada setiap hari. Adalah amat penting untuk anda meminum air yang secukupnya pada bulan puasa ini untuk mengekalkan hidrasi dalam badan. Kami akan memaparkan bagaimana cara untuk meminum air di bulan puasa bagi post yang seterusnya.

2. Dapatkan Rehat dan Tidur Yang Secukupnya

Tidur awal dan mencukupi amat penting untuk anda terus kekal bertenaga sepanjang hari. Oleh itu, anda akan mempunyai tenaga untuk bangun sahur dan melakukan aktiviti biasa pada keesokkan harinya.

3. Kurangkan Garam

Garam adalah antara elemen yang boleh membuatkan badan mengalami masalah kehilangan air dengan cepat atau menjadi dehidrasi semasa berpuasa. Tubuh badan akan menjadi cepat lesu, letih dan tekak akan berasa cepat haus dan dahaga.Anda boleh cuba untuk kurangkan pengambilannya ia juga sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

4. Sibukkan Diri

Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang, penuhkan masa itu dengan pelbagai aktiviti seperti mengemas rumah, berkebun, serta luangkan masa untuk beribadat dan banyak lagi. Jadi masa anda boleh dipenuhi dan secara tidak langsung, anda akan sedar masa berlalu dengan cepat.

Antara faktor masalah tiroid:• Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif)• Hipotiroidisme (kelenjar tiroid kurang ...
05/01/2024

Antara faktor masalah tiroid:

• Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif)
• Hipotiroidisme (kelenjar tiroid kurang aktif)
• Goiter
• Nodul tiroid
• Barah tiroid

Januari adalah Bulan Kesedaran Penyakit Tiroid Ia didedikasi untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat akan faktor ...
03/01/2024

Januari adalah Bulan Kesedaran Penyakit Tiroid

Ia didedikasi untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat akan faktor dan simptom kepada penyakit tiroid.

Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher yang bertanggungjawab di dalam penghasilan hormon tiroid.

Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid.

Hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan.

Careclinics wishing you a Happy New Year! Cheers to another year of growth, opportunities, and endless possibilities.   ...
01/01/2024

Careclinics wishing you a Happy New Year! Cheers to another year of growth, opportunities, and endless possibilities.

#2024

06/12/2023
Ujian saringan HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera menggunakan ‘HIV rapid test test kit’ (keput...
06/12/2023

Ujian saringan HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera menggunakan ‘HIV rapid test test kit’ (keputusan dalam masa 15 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan.

Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan. Kaunseling in penting supaya pesakit memahami tentang HIV/AIDS, mengurangkan risiko jangkitan dan sokongan dpaat diberikan kepada mereka.

Penyakit Alzheimer adalah gangguan otak progresif yang berlaku apabila terdapat pembentukan protein tidak normal dalam o...
23/11/2023

Penyakit Alzheimer adalah gangguan otak progresif yang berlaku apabila terdapat pembentukan protein tidak normal dalam otak sehingga menyebabkan daya ingatan, pemikiran dan kemahiran menaakul seseorang semakin merosot.

Berikut merupakan simptom Alzheimer:

• Perubahan emosi atau tingkahlaku
• Sukar mengingati perkara yang baru sahaja dilakukan
• Masalah percakapan dan menulis
• Menyendiri dan tidak mahu bersosial
• Lemah dalam pertimbangan

Address

No 12 & 13A, Jalan MR 1/6, M Residensi Galleria Rawang, Tmn M-Residensi
Rawang
48020

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Wong Singh Tasik Puteri - M-Residence posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Wong Singh Tasik Puteri - M-Residence:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram