09/03/2026
Pernah rasa cepat letih, lesu atau kurang tenaga ketika berpuasa?
Semasa berpuasa, badan tidak mendapat makanan & minuman untuk beberapa jam.
Jika pemakanan & rehat tidak seimbang, badan boleh menjadi cepat letih.
Antara sebabnya :
• Tidak bersahur atau sahur terlalu sedikit
• Kurang minum air ketika sahur & selepas berbuka
• Makanan terlalu manis atau tinggi gula ketika berbuka
• Tidur tidak mencukupi
Menjaga pemakanan, hidrasi & rehat yang cukup boleh membantu badan kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa.
Jika anda sering rasa terlalu letih atau lemah ketika berpuasa, dapatkan nasihat doktor di Klinik Dr Muiz untuk pemeriksaan kesihatan.
puasasehat tipskesihatan