03/03/2024
Assalamualaikum dan Salam Ahad,
Harini saya nak menjawab beberapa persoalan yang selalu ditanya kepada saya mengenai Sri Tanjung. Semoga degan soalan dan jawapan ini dapat membantu tuan/puan dalam memahami perkhidmatan apa yang Sri Tanjung sediakan. βΊοΈβΊοΈ
π€¨: Sri Tanjung ini berbayar ker?
π: Ya, Sri Tanjung ini berbayar. Kami pusat jagaan swasta. Yuran jagaan adalah berpatutan dan bergantung dengan kondisi semasa residen.
π€¨: Pusat jagaan inii untuk wanita sahaja ke? Lelaki tak ambil ke?
π: Ya, pusat jagaan kami hanya menerima residen wanita muslim sahaja. Ini kerana untuk menjaga aurat residen lain memandangkan penjaga kami juga wanita.
π€¨:Kalau saya hantar mak saya, pampers kena bekalkan ke?
π: Tidak perlu, pampers tidak perlu dibekalkan kerana yuran jagaan termasuk dengan pampers sekali. Cuma ada beberapa keperluan lain pihak waris perlu bekalkan.
π€¨:Mak saya tak boleh nak mandi sendiri, kaki pun lemah. Boleh terima ke?
π: Ya, kami boleh terima. Penjaga akan ditugaskan untuk menjaga aktiviti harian pesakit termasuk makan,mandi dan tidur.
π€¨: Kalau mak saya tinggal disana, boleh ke kami datang melawat?
π: Ya boleh, Sri Tanjung memang menggalakkan waris untuk datang melawat residen. Lebih kerap lebih bagus tetapi dengan temujanji.
π€¨:Untuk urusan hospital nanti siapa akan uruskan?
π:Waris. Pihak waris yang akan uruskan temujanji susulan residen. Waris cuma perlu maklumkan kepada kami bila temujanji tersebut. Nanti kami akan siapkan residen pada waktu tersebut.
π€¨: Mak saya ada penyakit TB boleh ke terima?
π:Maaf, kami tidak menerima sebarang penyakit yang berjangkit atau residen yang aggresif. Jika penyakit tersebut sudah sembuh, kami perlukan surat akuan daripada doktor, kemudian kami akan menilai semula keadaan semasa residen untuk kami terima atau tidak.
π€¨:Mak saya tak banyak makan. Macam mana ya?
π:Jangan risau, Sri Tanjung memberikan 3 makanan utama iaitu Sarapan, Tengahari dan Malam. Ada juga waktu makanan ringan pada jam 10am dan juga 3pm. Jadi, insya Allah mak tuan/puan akan mendapat nutrisi yang mencukupi untuk sehari tersebut.
π€¨:Sebelum saya nak hantar mak saya. Boleh saya pergi melawat pusat jagaan dulu?
π:Mestilah boleh. Hanya dengan temujanji melalui 018-209 8986 (En Azmi) setiap hari 9am-11am sahaja. DIgalakkan untuk datang melawat terlebih dahulu nanti kami akan bawa tuan/puan untuk house tour.
Berikut adalah diantara persoalan yang saya sering dapat. Tapi jika ada lagi soalan lain, Tuan/Puan boleh hubungi saya di 018-209 8986 untuk memudahkan pertanyaan.