13/03/2024
Tips Mudah Untuk Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan
1. Minum Lapan Gelas Air
Walaupun berpuasa, ia tidak bermakna anda harus mengurangkan jumlah air yang diminum pada setiap hari. Adalah amat penting untuk anda meminum air yang secukupnya pada bulan puasa ini untuk mengekalkan hidrasi dalam badan. Kami akan memaparkan bagaimana cara untuk meminum air di bulan puasa bagi post yang seterusnya.
2. Dapatkan Rehat dan Tidur Yang Secukupnya
Tidur awal dan mencukupi amat penting untuk anda terus kekal bertenaga sepanjang hari. Oleh itu, anda akan mempunyai tenaga untuk bangun sahur dan melakukan aktiviti biasa pada keesokkan harinya.
3. Kurangkan Garam
Garam adalah antara elemen yang boleh membuatkan badan mengalami masalah kehilangan air dengan cepat atau menjadi dehidrasi semasa berpuasa. Tubuh badan akan menjadi cepat lesu, letih dan tekak akan berasa cepat haus dan dahaga.Anda boleh cuba untuk kurangkan pengambilannya ia juga sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
4. Sibukkan Diri
Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang, penuhkan masa itu dengan pelbagai aktiviti seperti mengemas rumah, berkebun, serta luangkan masa untuk beribadat dan banyak lagi. Jadi masa anda boleh dipenuhi dan secara tidak langsung, anda akan sedar masa berlalu dengan cepat.