PERTUBUHAN KEBAJIKAN EHSAN ASH-SHAKUR (PEKEAS)

PERTUBUHAN KEBAJIKAN EHSAN ASH-SHAKUR (PEKEAS) ROS NO: 0633-07-SEL, JKM Pendaftaran: B/PJB KK 065/2011 MOTOR PEKEAS:

BERILMU, BERDIKARI DAN BERTAQWA

1. Ehsan yang membawa maksud Belas Kasihan atau Manusia.

Logo Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur melambangkan aspirasi pertubuhan untuk mewujudkan sebuah institusi penjagaan dan perlindungan anak-anak dan orang tua yang tidak bernasib baik dan tidak berkemampuan. Pertubuhan ini dilihat sebagai salah satu jalan bagi membantu golongan-golongan yang tidak berkemampuan dan salah satu cara bagi kita untuk menyediakan bekalan hari akhirat dengan membantu membela nasib mereka-mereka menjalani kehidupan yang normal seperti insan-insan yang lain.

2. Dimana Ash-Shakur membawa erti Yang Bersyukur p**a merupakan salah satu daripada 99 nama Allah Yang Maha Esa. Pengertiaan ini membawa erti yang mendalam dan boleh diklasifikasikan sebagai salah satu cara untuk menghargai kurniaan Allah s.w.t iaitu membela nasib golongan ini dan berusaha untuk membentuk golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik menjadi insan yang mampu menerajui tampuk pemerintahan pada masa akan datang. Pertubuhan ini juga berhasrat untuk melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia tapi juga beramal soleh dan bersemangat waja untuk membantu insan lain seperti mereka ini pada masa akan datang.

3. Bagi orang-orang tua yang tidak berkemampuan, Ash-Shakur juga memainkan peranan bagi mensyukuri nikmatnya agar dapat membantu orang tua-tua kita dengan mengadakan program-program bagi mereka mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t beri selama ini. Yang mana masih ada insan yang peka dan bertanggungjawab mengaturkan segala keperluan mereka sehinggalah mereka menghembuskan nafas yang terakhir dengan redha dan penuh kesyukuran kehadrat Allah s.w.t

4. Lambang orang yang berwarna putih ini p**a menyatakan hasrat Pertubuhan untuk mengubah nasib anak-anak dan orang tua-tua yang tidak berkemampuan ini menjadi manusia yang sentiasa berasa dalam keadaan bersih, baik dari segi lahiriah dan batiniah.

5. Rekabentuk dinamik p**a melambangkan cita-cita Pertubuhan untuk melahirkan anak-anak dan orang tua-tua yang berilmu agama yang mantap, Berdikari bersama-sama rakan-rakan taulan membentuk persatuan atau ukuwah di antara satu sama lain, dan Bertaqwa p**a agar mereka bersyukur dan beriman kepada Allah swt setiap masa. Padanan antara warna biru gelap dan jingga sebagai warna utama juga memperlihatkan sifat optimistik Pertubuhan yang meyakini bahawa anak-anak dan orang tua-tua yang tidak bernasib baik ini boleh menjalankan jadual harian mereka dengan lebih berjaya di asuh dengan persekitaran yang sempurna.

Address

NO 37 Jalan Hijau 11/11, Blok 16, Bandar Tasek Puteri
Rawang
48020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERTUBUHAN KEBAJIKAN EHSAN ASH-SHAKUR (PEKEAS) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram