29/07/2024
بِسْمِ ٱللَّهِ. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. ٱلسَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ.
🌹 HAKIKAT ASYA'IRAH DAN MATURIDIAH ...BAH. 5 🌹
Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda :
إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الْوُضُوءِ فَمَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ
Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari Qiamat dengan wajah, tangan, dan kaki yang bercahaya kerana bekas-bekas Whuduk mereka. Kerana, barangsiapa di antara kalian yang mampu memperpanjangkan cahayanya (mengekalkan Whuduk) maka hendaklah dia lakukan.
(23). Whuduk atau bersuci itu ada dua bahagian, yang pertama adalah melaksanakan Sunnah Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan yang kedua adalah melaksanakan Wajib Whuduk.
🔹ada pun perbuatan yang pertama dilakukan saat melaksanakan Sunnah Whuduk adalah membersihkan kedua telapak kanan hingga ke pergelangan manakala perbuatan yang pertama ketika melaksanakan Wajib Whuduk adalah meratakan wajah; dalam Hadith telah dijelaskan tidak ada Whuduk tanpa kalimah بِسْمِ ٱللَّهِ, jadinya kedua-dua Sunnah Whuduk dan Wajib dimulai dengan menyebut بِسْمِ ٱللَّهِ.
🔸telah pun disebut dalam Hadith sesungguhnya Iman itu ada dua bahagian, separuh dari Iman tersebut adalah menyempurnakan Whuduk dan kedua adalah mendirikan Solat Fardhu; makanya nyatalah kalimat لَآ إِلَٰهَ إِلاَّ ٱللَّهُ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ itu meliputi seluruh batang tubuh Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pada Sunnah Whuduk dan nyatalah kalimat لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ sepanjang Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ mendirikan Solat Fardhu dan Solat Sunnah.
💐dalam Hadith telah ditetapkan ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ telah mengharamkan Bumi dari membinasakan seluruh jasad para Nabi dan Rasul yang telah wafat, lalu nyatalah Dzat Sifat dan Af'al itu tidak terpisah buat selamanya pada diri Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan pada diri semua Nabi dan Rasul عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.
Telah berFirman ٱللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّى, Surah ٱلْأَعْرَافِ, ayat 7:172.
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan FirmanNya) :
“Bukankah Aku Tuhan kamu ?” Mereka semua menjawab :
“Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak : “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.
Hadith dibawah adalah penjelasan yang telah diberikan oleh Sayyidina Umar Bin Al-Khattab رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ berkaitan dengan ayat Suci al-Qur'an diatas.
إِنَّ ٱللَّهَ خَلَقَ آدَمَ ثُمَّ مَسَحَ ظَهْرَهُ بِيَمِينِهِ وَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ ذُرِّيَّةً فَقَالَ خَلَقْتُ هَؤُلَاءِ لِلْجَنَّةِ وَبِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ يَعْمَلُونَ ثُمَّ مَسَحَ ظَهْرَهُ فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ ذُرِّيَّةً فَقَالَ خَلَقْتُ هَؤُلَاءِ لِلنَّارِ وَبِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ يَعْمَلُونَ. فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ ٱللَّهِ فَفِيمَ الْعَمَلُ فَقَالَ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ ٱللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا خَلَقَ الْعَبْدَ لِلْجَنَّةِ اسْتَعْمَلَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَمُوتَ عَلَى عَمَلٍ مِنْ أَعْمَالِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُدْخِلَهُ بِهِ الْجَنَّةَ وَإِذَا خَلَقَ الْعَبْدَ لِلنَّارِ اسْتَعْمَلَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى يَمُوتَ عَلَى عَمَلٍ مِنْ أَعْمَالِ أَهْلِ النَّارِ فَيُدْخِلَهُ بِهِ النَّارَ.
“Sesungguhnya ٱللَّهُ menciptakan Adam, kemudian mengusap punggungnya, dan darinya ٱللَّهُ mengeluarkan keturunan Adam seraya berFirman :
Aku ciptakan mereka untuk masuk ke dalam Syurga dan mereka beramal dengan amalan penghuni Syurga.
Kemudian ٱللَّهُ mengusap punggung Adam dan darinya ٱللَّهُ telah mengeluarkan keturunan Adam seraya berFirman :
‘Aku ciptakan mereka untuk masuk ke dalam Neraka dan mereka beramal dengan amalan penghuni Neraka.”
Maka bertanyalah seorang sahabat : Wahai Rasulullaah lalu untuk apa beramal ?”
Maka Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjawab dengan bersabda :
"Sesungguhnya apabila ٱللَّهُ menciptakan seorang hamba untuk masuk ke dalam Syurga, maka akan menjadikannya beramal dengan amalan penghuni Syurga, sehingga ketika dia meninggal berada di atas amalan penghuni Syurga, kemudian memasukkannya ke dalam Syurga.
Dan apabila ٱللَّهُ menciptakan hamba untuk dalam Neraka, maka akan menjadikannya beramal dengan amalan penghuni Neraka, sehingga ketika dia meninggal berada di atas amalan penghuni Neraka, kemudian memasukkannya ke dalam Neraka.”
Telah berfirman ٱللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّى, maksudnya : Aku ciptakan mereka untuk masuk ke dalam Syurga dan mereka beramal dengan amalan penghuni Syurga.”
Hadith dari Sayyidatina Aishah رَضِي ٱللَّهُ عَنْهَا, dia berkata :
أَنَّ رَسُولَ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : قَرَأَ فِى رَكْعَتَىِ الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ.
“Sesungguhnya Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ membaca ketika Solat sunnah Qabliyah Subuh Surah قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ dan Surah قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ".
(24). Semua takdir yang terkait dengan Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, Ibu Khawaa' رَضِي ٱللَّهُ عَنْهَا serta semua anak Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ telah pun ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ tetapkan sebelum ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ mengusap Sulbi Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ lagi; makanya nyatalah hakikat pada Tauhidul Asmak dimana ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ telah menetapkan semua nama Manusia yang akan hidup dimuka Bumi ini; sebagai contoh nama Nabi Yahya عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ bukan diberikan oleh bapanya Nabi Zakaria عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.
🔹ada pun Hadith Sayyidina Umar Bin Al-Khattab رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ diatas telah menjelaskan dua golongan anak Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang hidup diatas muka Bumi ini sampai Hari Qiamat; perkara ini telah pun dijelaskan semasa umat Islam membaca dua Surah Lazim pada raka'at pertama (Surah الْكَافِرُونَ) dan raka'at kedua (Surah ٱلْإِخْلَاصِ).
🔸ada pun hakikat membaca Surah الْكَافِرُونَ pada raka'at pertama itu adalah ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ telah menetapkan anak Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang engkar, lalu nyatalah hakikat Sujud yang menjadi Rukun (nyatanya diri) sa'at umat Islam mendirikan Solat Fardhu dan Solat Sunat; makanya nyatalah maksud Hadith Solat itu menjadi sempadan yang memisahkan antara anak Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang beriman dengan kalimat لَآ إِلَٰهَ إِلاَّ ٱللَّهُ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ dengan anak Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang tidak beriman dengan kalimat Syahadah diatas.
💐pada ayat ke 3 Surah ٱلْإِخْلَاصِ dan sepanjang Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ mendirikan Solat Sunnah Dhuha 4 raka'at atau lebih inilah nyata darjat anak Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dari kalangan bukan Nabi yang berbeza; sebagai contoh darjat semua Sahabat Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ lebih tinggi dari semua Tabi'in dan dari darjat umat Islam yang hidup dalam tiga kurun terbaik yang pertama lebih tinggi berbanding umat Islam yang hidup selepas berakhirnya tiga kurun terbaik yang pertama.
Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda, ٱللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّى berFirman :
لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ كَلَامِي وَاَنَا هُو، مَنْ قَالَهَاَ ﻭَﻣِﻦْﺩَﺧَﻞَ ﺣِﺼْﻨِﻲ، ﺃﻣِﻦَ ﻣِﻦْ ْعِقَابَيْ.
Adapun kalimat لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ adalah ucapanKu, dan Aku adalah ٱللَّهُ, barangsiapa membacanya maka ia masuk bentengKu, dan barangsiapa masuk bentengKu maka ia aman dari siksaKu”.
Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda, telah berFirman ٱللَّهُ تَعَالَى :
قَسَمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ (الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ). قَالَ ٱللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِى عَبْدِى وَإِذَا قَالَ (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ). قَالَ ٱللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِى. وَإِذَا قَالَ (مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ). قَالَ مَجَّدَنِى عَبْدِى – وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَىَّ عَبْدِى – فَإِذَا قَالَ (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ). قَالَ هَذَا بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ (اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ). قَالَ هَذَا لِعَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ.
Aku membahagikan Solat antara aku dan hambaku dua bahagian dan untuk hambaku apa yang dia pinta.
Jika seorang hamba membaca: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, maka ٱللَّهُ تَعَالَى berFirman : hambaKu telah memujiKu, jika seorang hamba membaca الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ, maka ٱللَّهُ تَعَالَى berFirman : hambaKu telah menyanjungKu, dan saat membaca مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ, maka ٱللَّهُ تَعَالَى berFirman : hambaKu telah mengagungkanKu, jika seorang hamba membaca: إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ, maka maka ٱللَّهُ تَعَالَى berFirman : ini batas bahagian antara aku dan hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang dia pinta. Jika seorang hamba membaca
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Maka ٱللَّهُ تَعَالَى berFirman : : ini untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang dia minta.”
(25). Makna dan Lafaz ayat-ayat Suci al-Qur'an esa dengan ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ, Makna Hadith Qudsi esa dengan ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ manakala Lafaznya p**a esa dengan Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan Makna dan Lafaz Hadith Nabawi esa dengan Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
🔹ada pun Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah menetapkan membaca Surah ٱلفَاتِحَةُ itu jadi Rukun semasa mendirikan Solat, justeru Aku itu pun nyata sepanjang Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ membaca Surah ٱلفَاتِحَةُ dan Surah Lazim.
🔸jadinya nyatalah diri Aku itu meliputi batang tubuh Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ sepanjang Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ sepanjang mendirikan Solat dan sepanjang masa berada diluar Solat; hakikat Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ membaca Surah Lazim inilah yang telah dibenarkan oleh para Sahabat yang menjadi Makmum sepanjang Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjadi Imam ketika mendirikan Solat Fardhu.
💐lalu sepanjang Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ membaca ayat-ayat Suci al-Qur'an semasa mendirikan Solat Fardhu nyatalah Sifat yang berdiri dengan Dzat pada diri Aku yang biasa disebut hubungan antara Dzat dengan Sifat yang tidak putus-putus; hakikat inilah namanya Wahyu yang terhimpun didalamnya tiga perkara iaitu percakapan perbuatan dan pengakuan.
Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda :
قَوْلُ النَّبِيِّ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ هَذِهِ الصَّلاَةَ لاَ يَصْلُحُ فِيْهَا شَيْئٌ مِنْ كَلاَمِ النَّاسِ إِنَّمَا هُوَ التَّسْبِيْحُ وَالتَّكْبِيْرُ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ.
Sesungguhnya solat ini tidak boleh ada di dalamnya sesuatu dari perkataan manusia. Sesungguhnya ia adalah tasbih, takbir dan bacaan al-Qur’an.
Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda :
«الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ.
Solat lima waktu, dari (solat) Juma'at ke (solat) Juma'at yang lain dan dari (puasa) Ramadhan ke (puasa) Ramadhan yang lain adalah penghapus dosa-dosa kecil di antara waktu-waktu tersebut selama tidak melakukan dosa besar.
(26). Hadith yang pertama telah menjelaskan hakikat sepanjang umat Islam mukallaf lelaki dan perempuan mendirikan Solat Fardhu lima waktu sehari semalam; nyatalah sepanjang mendirikan dua perkara penting iaitu bacaan ayat-ayat Suci dan Hadith sahaja.
🔹semua Sahabat Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ tidak sampai kepada darjat memahami hakikat ayat-ayat Suci al-Qur'an yang sedang dibaca Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ manakala para bacaan yang datang dari para Sahabat yang telah disucikan dari semua jenis Syirik itu p**a telah dibenarkan oleh Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
🔸meskipun bacaan dan do'a-do'a yang dibacakan oleh para Sahabat itu tidak tidak diajar Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ; makanya nyatalah juga maksud Hadith Nabawi iaitu Makna dan Lafaznya esa dengan Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
💐ada pun maksud Makna dan Lafaz ayat-ayat Suci al-Qur'an itu esa dengan ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ telah dijelaskan tatkala Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ memberitahu para Sahabat, sesungguhnya Kalam ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ jualah yang nyata sepanjang Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ membaca ayat-ayat Suci al-Qur'an samada semasa mendirikan Solat atau pun diluar Solat.
Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda :
” إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسَرَ فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيْضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : انَظَرُوْا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ ؟ فَيُكْمَلُ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الفَرِيْضَةِ ثُمَّ يَكُوْنُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ.
“Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari Qiamat adalah Solatnya. Apabila Solatnya baik, dia akan mendapatkan keberuntungan dan keselamatan.
Apabila Solatnya rosak, dia akan (jadi hamba) menyesal dan (jadi hamba) rugi. Jika ada yang kurang dari Solat wajibnya, ٱللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى memerintahkan (dengan berFirman) :
’Lihatlah apakah pada hamba tersebut memiliki amalan Solat Sunnah ?’ Maka Solat Sunnah tersebut akan menyempurnakan Solat Wajibnya yang kurang. Begitu juga amalan lainnya seperti itu”.
(27). Solat Sunnah ada dinisbahkan kepada Solat yang didirikan Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ; sebagai contoh Solat Sunnah Qabliyah Subuh, Solat Sunnah Dhuha 4 raka'at atau lebih, Solat Qabliyah Dzohor 4 Raka'at, Solat Sunnah Ba'diyah Magrib (2 raka'at) dan Isyak (2 raka'at).
🔹ada pun hakikat perbezaan Solat Fardhu dengan Solat Sunnah disisi ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ itu telah diterangkan oleh Hadith yang menjelaskan darjat Solat Fardhu berbanding dengan Solat Sunnah diatas; tiada seorang Sahabat pun yang mendirikan Solat Fardhu itu setanding darjatnya disisi ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ apabila dibandingkan dengan Solat Fardhu yang didirikan oleh Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
🔸jadinya nyatalah perbezaan antara Dzat dengan Sifat apabila Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjelaskan Solat Sunnah yang telah didirikan oleh para Sahabat Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dapat membantu umat Islam (bukan dari kalangan Sahabat) untuk beroleh Syafa'at Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan seterusnya beroleh Redho ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ.
💐dengan penjelasan Hadith diatas makanya dapatlah umat Islam yang hidup selepas berakhirnya tiga kurun terbaik yang pertama tentang darjat Solat Fardhu yang mereka kerjakan sepanjang hidup (pada usia akhil baligh) dan betapa pentingnya Solat Sunnah yang telah didirikan oleh para Sahabat Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, para Tabi'in dan semua umat Islam yang hidup dalam tiga kurun terbaik yang pertama.
💐💐semasa membaca Tahiyyat Akhir setiap kali mendirikan Solat Sunat dan Solat Sunnah, ucapan ٱلسَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِىُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، ٱلسَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ ٱللَّهُ الصَّالِحِينَ yang diucapkan oleh umat Islam Wajib akan dijawab oleh Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, para Nabi dan Rasul عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan semua umat Islam yang hidup dalam tiga kurun terbaik yang pertama; jadinya selalulah mengucapkan ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ kepada semua Sahabat Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, semua Tabi'in dan semua umat Islam lain yang hidup dalam tiga kurun terbaik yang pertama ketika berdo'a sama-sama berada diluar Solat.
Hadith dari Anas Bin Malik رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ, dia berkata :
أَنَّ رَسُولَ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ حِينَ زَاغَتْ الشَّمْسُ فَصَلَّى الظُّهْرَ فَقَامَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَذَكَرَ السَّاعَةَ فَذَكَرَ أَنَّ فِيهَا أُمُورًا عِظَامًا ثُمَّ قَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَسْأَلَ عَنْ شَيْءٍ فَلْيَسْأَلْ فَلَا تَسْأَلُونِي عَنْ شَيْءٍ إِلَّا أَخْبَرْتُكُمْ مَا دُمْتُ فِي مَقَامِي هَذَا فَأَكْثَرَ النَّاسُ فِي الْبُكَاءِ وَأَكْثَرَ أَنْ يَقُولَ سَلُونِي فَقَامَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ حُذَافَةَ السَّهْمِيُّ فَقَالَ مَنْ أَبِي قَالَ أَبُوكَ حُذَافَةُ ثُمَّ أَكْثَرَ أَنْ يَقُولَ سَلُونِي فَبَرَكَ عُمَرُ عَلَى رُكْبَتَيْهِ فَقَالَ رَضِينَا بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا فَسَكَتَ ثُمَّ قَالَ عُرِضَتْ عَلَيَّ الْجَنَّةُ وَالنَّارُ آنِفًا فِي عُرْضِ هَذَا الْحَائِطِ فَلَمْ أَرَ كَالْخَيْرِ وَالشَّرِّ.
Bahawasanya Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ keluar rumah untuk melaksanakan Solat Dzohor sebaik sahaja matahari tergelincir.
Kemudian Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ berdiri atas mimbar dan menyebutkan tentang hari Qiamat.
Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah menyebut dengan sabdanya pada saat itu akan berlaku banyak perkara yang besar, kemudian Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda :
“Siapa ingin bertanya tentang sesuatu, maka bertanyalah. Dan tidaklah kalian bertanya kepadaku tentang tentang sesuatu, kecuali aku akan khabarkan kepada kalian selama aku berada di tempatku ini.”
Maka para sahabat pun menangis, dan Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ terus mengulangi (pertanyaanya) : Bertanyalah kepadaku.”
Maka berdirilah ‘Abdullah Bin Hudzafah As Sahmi رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ seraya bertanya : Siapakah ayahku ?”
Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjawab dengan sabdanya : Ayahmu Hudzafah.”
Kemudian Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bertanya lagi dengan sabdanya : Bertanyalah kepadaku.”
Maka berlututlah Sayyidina Umar Bin Al-Khattab رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ ‘Umar lantas berkata : Kami redho ٱللَّهُ sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi kami.”
Barulah Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ diam, kemudian Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda :
“Baru sekejap diperlihatkan kepadaku Syurga dan Neraka di dinding ini, aku tidak pernah lihat kebaikan dan keburukan sebagaimana yang aku lihat itu.”
Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda :
مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ الْمُؤَذِّنَ
Siapa yang mengucapkan setelah mendengar Azan :
أَشْهَدُ أَنْ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاٱللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا. غُفِرَ لَهُ ذَنْبُهُ.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan melainkan ٱللَّهُ, tidak ada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya, aku redho ٱللَّهُ sebagai Tuhanku dan Muhammad dan sebagai rasulku dan Islam sebagai agamaku.
"Maka dosanya akan diampuni"
(28). Dalam sebuah Hadith ada dijelaskan seluruh batang tubuh Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah pun ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ saluti dengan rahmatNya manakala dalam Hadith lain p**a Sayyidina Umar Bin Al-Khattab رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ telah bersaksi sesungguhnya dia lebih mengasihi diri Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ lebih dari dirinya sendiri.
🔹manakala Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ sendiri telah memperbanyakkan umatnya bahawasanya kesempurnaan Iman itu hanya dapat dikecapi saat umatnya mencintai Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ melebihi dari semua Manusia yang hidup diatas muka Bumi ini.
🔸dan Sayyidina Umar Bin Al-Khattab رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ sendiri telah pun bersaksi dengan 3 perkara semasa dia masih lagi dalam keadaan Air dan Tanah : bahawasanya dia redho ٱللَّهُ ٱللَّهِ ٱللَّهَ itu Tuhan dan dia Redho مُحَمَّدٍ itu Rasul dan dia Redho Islam itu Agamanya.
💐pada Hadith yang menjelaskan rupa batang tubuh Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, adalah Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ terlebih dahulu mengucapkan Salam saat bertemu dengan para Sahabat Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ; kelihatan pada syari'atnya yang mengucapkan ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمُ atau ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ atau ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ itu adalah umat Baginda Nabi Muhammad رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, tapi pada hakikatnya tidak ‼️