SP Pharmacy

SP Pharmacy Extending our hands to our neighbours. We CARE beyond prescriptions.

Penyakit 3 + 1 bahaya!Guys, 4 NCD (penyakit tidak berjangkit) utama yang kita kena tahu dan lebih setengah juta dewasa M...
26/08/2025

Penyakit 3 + 1 bahaya!

Guys, 4 NCD (penyakit tidak berjangkit) utama yang kita kena tahu dan lebih setengah juta dewasa Malaysia menghidapinya: Kencing Manis, Darah Tinggi, Kolestrol Tinggi dan Obesiti. Patuhi rawatan dan amalkan budaya hidup sihat!

Jangan bagi NCD menang! 😉


Jenis-jenis kanser yang utama dalam kalangan kanak-kanak 👧🏻Ibu bapa perlu memantau tahap kesihatan anak-anak supaya inte...
25/08/2025

Jenis-jenis kanser yang utama dalam kalangan kanak-kanak 👧🏻

Ibu bapa perlu memantau tahap kesihatan anak-anak supaya intervensi dan rawatan awal dapat diberikan.

Melalui rawatan awal, kanak-kanak yang mengalami penyakit kanser boleh dirawat dan membesar seperti kanak-kanak sihat yang lain.


Apa itu migrain?Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’ yang akan ...
23/08/2025

Apa itu migrain?

Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’ yang akan menyerang secara berulang.

Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda. Ikuti tip untuk hilangkan migrain bagi membantu ada mengawal dan mencegah diri anda dari diserang migrain.


Terdapat 7 Key Message di dalam MDGV yang menekankan kepentingan amalan pemakanan sihat, dimana Key Message 7 adalah;🔍Gu...
21/08/2025

Terdapat 7 Key Message di dalam MDGV yang menekankan kepentingan amalan pemakanan sihat, dimana Key Message 7 adalah;

🔍Guna maklumat pada label secara berkesan 📝

Manfaatkan Label Dengan Bijak! Fahami maklumat yang terdapat pada label produk adalah langkah penting untuk membuat pilihan yang bijak. Dengan memahami label dengan betul, kita boleh membuat keputusan yang lebih baik tentang produk yang kita guna, memberi perhatian kepada kesihatan diri dan keluarga.

Oleh itu, sama-sama jadikan amalan membaca label untuk gaya hidup yang lebih sihat dan berkesan.


Kalau kita pergi kedai jarang sekali kita nampak orang pesan air barli kan? Rasanya semua belum betul-betul kenal apa fu...
20/08/2025

Kalau kita pergi kedai jarang sekali kita nampak orang pesan air barli kan? Rasanya semua belum betul-betul kenal apa fungsi dan peranan barli ni dalam pemakanan kita.

Kalau kita dah tahu, saya jamin anda semua akan pastikan satu paket barli ada di dapur rumah masing-masing. Buat sendiri je di rumah, kandungan gula pun kita boleh kawal.

Barli adalah salah satu biji-bijian tertua di dunia yang sering dianggap remeh, padahal memiliki banyak kelebihan yang mungkin tidak disadari banyak orang.


10,000 langkah sehari boleh kurangkan risiko penyakit kronik 🫡Jom‼️ Jadikan “Berjalan 10,000 Langkah 🚶🏻🚶🏻‍♀️” setiap har...
18/08/2025

10,000 langkah sehari boleh kurangkan risiko penyakit kronik 🫡

Jom‼️ Jadikan “Berjalan 10,000 Langkah 🚶🏻🚶🏻‍♀️” setiap hari sebagai budaya hidup sihat anda disamping dapat mengurangkan risiko penyakit kronik

Jangan berlengah lagi, kita mulakan SEKARANG!


Kolostrum ni bukan sekadar susu awal, tapi ibarat vaksin pertama semula jadi untuk bayi.Ia bantu lindungi bayi dari jang...
16/08/2025

Kolostrum ni bukan sekadar susu awal, tapi ibarat vaksin pertama semula jadi untuk bayi.

Ia bantu lindungi bayi dari jangkitan sebab kaya dengan antibodi (terutama IgA) yang lawan virus & bakteria.

Selain tu, kolostrum juga:
✔️ Bantu usus bayi matang & serap nutrien dengan lebih baik
✔️ Galak pertumbuhan bakteria baik dalam usus
✔️ Bertindak macam julap semula jadi yang akan bantu bayi keluarkan najis pertama (mekonium) & kurangkan risiko kuning
✔️ Kaya dengan protein, vitamin (A, E, K) & mineral penting untuk bayi baru lahir

Pendek kata, kolostrum adalah hadiah awal paling berharga dari ibu untuk bayi 💛


Apa Itu Kolostrum???Kolostrum ialah susu awal yang keluar sebaik sahaja ibu bersalin.Walaupun keluar sikit je, ia sangat...
16/08/2025

Apa Itu Kolostrum???

Kolostrum ialah susu awal yang keluar sebaik sahaja ibu bersalin.

Walaupun keluar sikit je, ia sangat berkhasiat dan cukup untuk perut bayi yang masih kecil.

Kolostrum ni pekat, kekuningan dan kaya dengan nutrien penting.

Ia bantu kuatkan antibodi bayi, lindungi dari jangkitan, serta beri tenaga dengan protein & lemak yang sesuai untuk bayi baru lahir.


BETUL KE SOS CILI TINGGI GULA⁉️Tahukah anda senarai ramuan disusun mengikut berat bahan dalam susunan menurun?Sebagai co...
15/08/2025

BETUL KE SOS CILI TINGGI GULA⁉️

Tahukah anda senarai ramuan disusun mengikut berat bahan dalam susunan menurun?

Sebagai contoh, jika GULA terletak pada kedudukan yang pertama dalam senarai ramuan, ini bermakna bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut adalah GULA.

Oleh itu, hadkan pengambilan produk makanan dimana pada label tersebut gula disenaraikan di hadapan sekali atau antara yang terawal.



Tahukah anda?Makanan macam sosej, nuget, jajan, dan makanan segera ni senang je nak dapat dan sedap dimakan tapi kalau m...
14/08/2025

Tahukah anda?
Makanan macam sosej, nuget, jajan, dan makanan segera ni senang je nak dapat dan sedap dimakan tapi kalau makan terlalu kerap, boleh bagi kesan buruk pada kesihatan.

Kenapa?
Sebab makanan ni biasanya tinggi gula, garam dan lemak tersembunyi. Kalau selalu sangat ambil, boleh naikkan risiko berat badan berlebihan, kencing manis, darah tinggi dan juga sakit jantung.

Jadi, cuba kurangkan makanan yang diproses dan lebihkan makanan segar dalam hidangan harian kita. Ayam segar lebih baik dari sosej, dan buah lebih baik dari jajan!

🥦 Kurangkan yang Proses, Lebih Sihat, Jom Pilih Makanan Asli!

🍳 Masak Sendiri Lebih Yakin, Lebih Sihat!

🍎 Snek pun boleh sihat. Pilih buah, bukan jajan!



Melangkau waktu makan boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak dan remaja yang sedang mengalami tumbesaran yang pesat. K...
13/08/2025

Melangkau waktu makan boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak dan remaja yang sedang mengalami tumbesaran yang pesat. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut dan keletihan.

Selain itu, gangguan hormon boleh meningkatkan risiko obesiti akibat makan berlebihan. Akibatnya, prestasi akademik dan perkembangan kognitif turut terjejas.
Oleh itu, pastikan anak-anak makan mengikut waktu untuk pertumbuhan yang sihat.



Address

Rawang Mutiara
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00

Telephone

+60360937753

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SP Pharmacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to SP Pharmacy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram