Selayang Hospital

Selayang Hospital Disclaimer : This is an official pages for Selayang Hospital. This hospital provides secondary and selected national tertiary care services.

Selayang Hospital is a fully government hospital with 960 inpatient beds and 20 clinical disciplines located in Selayang in the Gombak District, Selangor, Malaysia. Located in Batu Caves, Malaysia.

Sekitar sesi bergambar kenangan Hospital Selayang bersama para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.Dr. A...
30/04/2026

Sekitar sesi bergambar kenangan Hospital Selayang bersama para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.

Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang, bersama Dr. Aida binti Amir, Timbalan Pengarah Perubatan I dan Dr. Siti Fadhilah Agos, Timbalan Pengarah Perubatan III turut meluangkan masa merakam detik bermakna bersama para penerima anugerah sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2025, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Semoga terus komited dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, profesional dan berintegriti.

30/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua 271 kakitangan Hospital Selayang yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen, dedikasi dan kecemerlangan berterusan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat yang tinggi. Teruskan melakar kecemerlangan! ๐Ÿ’ซ

Jawatankuasa Penyelidikan Negeri Selangor akan menganjurkan Minggu Penyelidikan Negeri Selangor ke-11, yang dikoordinasi...
29/04/2026

Jawatankuasa Penyelidikan Negeri Selangor akan menganjurkan Minggu Penyelidikan Negeri Selangor ke-11, yang dikoordinasikan oleh CRC Hospital Selayang.

Program berprestij ini bertemakan โ€œEmpowering Health Through Intelligent Researchโ€, selaras dengan aspirasi memperkukuh budaya penyelidikan berimpak tinggi dalam perkhidmatan kesihatan.

๐Ÿ“… Ketetapan program adalah seperti berikut:

๐Ÿ”น 22 Jun 2026
Pre-Conference Workshop: Literature Search Using AI
๐Ÿ”น 23 Jun 2026
Pre-Conference Workshop: Manuscript Formatting & Referencing
๐Ÿ”น 24 Jun 2026
Conference Hari Pertama: Clinical Research, Innovation & AI Integration
๐Ÿ”น 25 Jun 2026
Conference Hari Kedua: Policy, Data & Future Directions

๐Ÿ“ Tempat:
Bilik Seminar & CME Auditorium, Hospital Selayang

Program ini terbuka kepada semua anggota kesihatan merangkumi pelbagai kategori profesional dan kumpulan sokongan termasuk hospital, pejabat kesihatan daerah, pejabat kesihatan pergigian serta institusi berkaitan.
โณ Jangan lepaskan peluang!

Hanya 11 hari sahaja lagi sebelum tarikh akhir penghantaran abstrak.

๐Ÿ“Œ Hantar penyertaan anda sekarang dengan menekan link yang tertera pada poster.

Kursus Kawalan Infeksi HSEL Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 28 April 2026.Penganjuran kursus ini merupakan s...
28/04/2026

Kursus Kawalan Infeksi HSEL Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 28 April 2026.

Penganjuran kursus ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh amalan keselamatan serta kawalan infeksi di fasiliti kesihatan, selaras dengan usaha berterusan ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan.

Kursus ini turut dihadiri oleh Dr. Aida binti Amir, Timbalan Pengarah Perubatan I Hospital Selayang; Penyelaras Utama Kursus iaitu Dr. Alif Adlin bin Mohd Thabit, Ketua Unit Kawalan Infeksi; serta Dr. Farina binti Mohamad, Ketua Penyelaras Unit Kawalan Infeksi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Kawalan Infeksi serta seluruh Ahli Jawatankuasa atas komitmen, kerjasama dan dedikasi tinggi dalam menjayakan kursus ini. ๐Ÿ’๐Ÿ‘๐Ÿ’ช

Hospital Selayang terus melakar kecemerlangan apabila sekali lagi diiktiraf atas pencapaian 3-Star Energy Management Gol...
27/04/2026

Hospital Selayang terus melakar kecemerlangan apabila sekali lagi diiktiraf atas pencapaian 3-Star Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah Asean Energy Management Scheme (AEMAS) dalam majlis yang diadakan di EQ Hotel Kuala Lumpur pada 27 April 2026 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh.

Kali pertama Hospital Selayang dianugerahkan pencapaian 3-Star EMGS ini adalah pada tahun 2024 dan berjaya meneruskan bagi tahun 2026. Penerimaan sijil oleh Hospital Selayang diwakili oleh Puan Nordiyana binti Kamaruddin, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan).

Pencapaian EMGS ini merupakan pengiktirafan serantau bagi usaha mengurus dan mengurangkan penggunaan tenaga serta pelepasan karbon dioksida di rantau ASEAN, serta mengamalkan amalan terbaik dalam pengurusan tenaga. Pencapaian 3-Star EMGS dianugerahkan kepada organisasi yang berjaya mengekalkan/ meningkatkan usaha pengurangan pelepasan karbon dan pengurusan tenaga yang cekap sepertimana yang ditetapkan dlm kriteria 2-Star dengan mengintegrasikan usaha tersebut dengan keperluan standard pengurusan tenaga yang lain.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen Hospital Selayang dalam melaksanakan pengurusan amalan kecekapan tenaga secara keseluruhannya. Syabas diucapkan kepada semua pihak terutamanya Pengurusan Tertinggi, pasukan Kejuruteraan Hospital dan Radicare Sdn. Bhd. serta seluruh warga Hospital Selayang.

Syabas diucapkan.

Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan (Team Building) bagi Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) Hospital Selayang Siri 1 Tahun ...
27/04/2026

Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan (Team Building) bagi Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) Hospital Selayang Siri 1 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 April 2026 (Ahad) di Forest Research Institute Malaysia (FRIM).

Seramai 20 orang PPS telah menyertai kursus ini yang bertujuan memperkukuh semangat kerjasama, komunikasi berkesan serta meningkatkan kecekapan bekerja dalam satu pasukan.

Semoga penganjuran kursus seperti ini dapat terus melahirkan pegawai perubatan yang kompeten, berdaya tahan dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

26/04/2026
21/04/2026

HERBA & HATI : ASLI BOLEH JADI TOKSIK

๐ŸŽ™SEGMEN KOMUNITI SIHAT๐ŸŽ™

โ€œProduk herba kan semula jadi, mestilah selamat!โ€ โ€“ Ini antara tanggapan biasa masyarakat kita. Namun, tahukah anda bahawa istilah โ€˜asliโ€™ atau โ€˜100% semula jadiโ€™ bukan jaminan ia bebas daripada risiko toksik, terutamanya kepada organ hati anda?

Dalam keghairahan mengejar kesihatan melalui herba, ramai yang terlepas pandang tentang kepentingan dos yang betul, kandungan bahan aktif, serta risiko interaksi berbahaya apabila dicampur aduk dengan ubat moden. Lebih membimbangkan, ada produk herba yang dikesan dicampurkan dengan bahan terlarang atau ubat terkawal demi kesan segera!

Adakah anda benar-benar tahu apa yang ada dalam kapsul herba anda? Apakah tanda-tanda awal jika hati anda mula terbeban? Dan bagaimanakah cara pengambilan herba yang paling selamat sebagai terapi komplementari?

Jom dengarkan kupasan mendalam mengenai risiko dan panduan penggunaan herba secara bijak dalamSegmen Komuniti Sihat bersama panel jemputan:

๐Ÿ“Œ Dr Haniza Binti Omar
Pakar Perunding Hepatologi
Hospital Selayang
Kementerian Kesihatan Malaysia

๐Ÿ“Œ Encik Ahmad Naim Bin Zulkapliy
Pegawai Kesihatan Malaysia
Hospital Selayang
Kementerian Kesihatan Malaysia

Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh:
21 April 2026 (Selasa)

Masa:
2:30 Petang

Dengar melalui:
๐Ÿ”–https://radio.kpkt.gov.my
atau
๐Ÿ”–Aplikasi Radio KPKT (muat turun di Google Play)
atau
๐Ÿ”–Aplikasi Radio Garden (muat turun di Apps Store)

Tonton secara langsung menerusi:
๐ŸŽฅ Facebook LIVE Radio KPKT
[๐Ÿ”— https://www.facebook.com/radiokpkt/]

Ikuti kami:
๐Ÿ”– Instagram: radio_kpkt
๐Ÿ”– Facebook: Radio KPKT
๐Ÿ”– TikTok: Radio KPKT





21/04/2026

Address

Hospital Selayang, Lebuh Raya Selayang-Kepong, Batu Caves
Rawang
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Selayang Hospital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Our Story

Selayang Hospital is a fully government hospital with 960 inpatient beds and 20 clinical disciplines located in Selayang in the Gombak District, Selangor, Malaysia. This hospital provides secondary and selected national tertiary care services. Located in Batu Caves, Malaysia.