30/12/2025
SCIATICA – SAKIT TERASA MACAM URAT KENA TARIK DIBAHAGIAN PINGGANG TURUN KE KAKI
Beberapa minggu lepas, ada brader dari Damansara bertanya
“Don, ada ke produk DSA yang boleh hilangkan sakit kaki? Betis kebas-kebas”
Kak Don pon bagitahu, “Pil RSG lah, ini produk yang terbaik untuk kebas-kebas dan sakit sendi”. (Penerangan sambil-sambil memuji produk keluaran sendiri, gittew).
Brader tu pon cakap lagi,
“ada abg Herry ni, dia memang ambik Pil RSG, dia amalkan pon, tapi sakit kaki dia masih tak hilang, nak p**ak bila dia lepas solat, nak bangun tu dia kata menyucuk-nyucuk dari tulang belakang sampai ke buku lali dia”, urut pon tak hilang.
Kak Don pon diam sejenak, menghayati macam orang pandai. Baru teringat, kak Don ada alami perkara yang sama, sekitar 9 tahun lalu. Apa yang berlaku pada abg Herry ni, pernah berlaku kepada kak Don juga.
Tak silap kak Don, sakit kaki macam ni dipanggil Sciatica pain.
Sakit ni, terasa dari pinggang membawa ke kaki, lenguh sesangat-sangat walaupon duduk, berjalan pon boleh mengengkang. Lenguh p**ak dipeha, betis sampai kebuku lali. Terasa bagai dicucuk-cucuk dan pedih dibahagian dalam kaki.
Pergi berurut pon masih tak surut sakitnya, Sampai menangislah kak Don, sebab sakitnya tak hilang-hilang, rasa mcm tak ada harapan nak sembuh.
Sampailah satu haritu, client kak Don dari Venezuela tanya apa terjadi? “Why you walk like that”, Kak Don pon bagitahu lah apa jadi, sakitnya macamana rasanya. Dia terus kata, Sciatica tu.
So, Sciatica pain ni, kadang terjadi tanpa kita sedari, macam kak Don, ianya terjadi sebab memakai bengkung je pun, nak ramping kan, terkengkang lah aku berjalan selepas itu, ramping pon tak guna sebab sakit”.
Ada orang lain p**a, sebab nak ambik pen jatuh, dia membongkok dan bangun, sekali tap je, perghhhhhh…
Member kak Don, pergi cucuk pungkok sebab alergik pemakanan pon terkena, sebab nurse cucuk dikawasan saraf.
Kak Don pergi ke klinik, ambil injection pon tak jalan, ubat tahan sakit pon tak jalan.
Kak Don tak tahan betul dengan kesakitan tersebut ya, kak Don pon buatlah research sendiri, aku taknak kena bedah ya.
Kak Don, share lah sikit berkenaan sakit yang kak Don sendiri alami. Tak kena mengena pasal nak menjual produk pon.
Sebab, siapa-siapa yang alami sakit Sciatica ni tahu betapa siksanya nak bergerak dan selesa berjalan atau duduk, orang cakap, sedikit nikmat Allah tarik dari pinjaman, camtu.
MACAMANA SAKIT NI BOLEH TERJADI?
Sebab dalam badan kita ada satu urat besar dari pinggang ke kaki, cuba tengok rajah yang cikgu sediakan ittew.
Bila urat besar yang dari belakang pinggang, membawa ke punggung menerus ke kaki, termasuk peha dan betis jadi terhimpit, tertekan atau tertarik, rasa sakit terasa bagai menjalar.
"Aku terkehel hanya di pinggang, kenapa membawa ke kaki?"
Selalu kalau pinggang terkehel ni, makan ubat sakit sendi selalunya cepat settle, tak pun berurut dah okay dah, tapi tidak semestinya dengan Sciatica.
Faktor umur pon ya jugak, berat badan juga memainkan peranan.
Kadang ada suami nak angkat tong gas demi isteri tercinta boleh terkena sakit ini, isteri nak angkat anak dari buaian pon boleh kena, bangun tidur secara mengejut contoh isteri kata “abang…” dia bangun, bukan buka mata tetiba urat terkehel, itu idak ya.
TANDA-TANDA
Tanda-tanda awal kadang kita buat tak heran tapi sangat penting untuk kita ambik tahu.
Pengalaman Kak Don masa kena, immediately rasa sakit, terduduk ya tak tahan sakitnya. Lepas beberapa jam, sakit pinggang sebelah kiri je, sakitnya tembus sampai ke kaki, kerap cramp dibahagian betis.
Ada orang lain p**ak, kaki rasa berat, lemah, adakala batuk dan bersin pon boleh rasa sangat sakit ya.
BOLEH KE SEMBUH?
Untuk kak Don, sis masih mengalamnya, tapi tak seteruk tahun pertama kejadian. Boleh sembuh, insyaAllah. Cuma kita perlu ikhtiar, adakala pergi berubat pun belom tentu sembuh, ianya perlu usaha dari kita sendiri.
Kita perlu cermat mengendalikan badan kita sendiri, cara nak ambil sesuatu dari lantai pon bukan semberono je. Kadang menonggeng melakukan sesuatu pon kena berhati-hati. Kita jaga hak badan.
Kak Don, amalkan senaman regangan, senaman regangan yang bersesuaian, sangat-sangat membantu mengurangkan kesakitan.
Adakalanya kita hayunkan pinggul ke-kiri dan ke-kanan pon boleh membantu untuk kurangkan kesakitan urat saraf yang berkait dengan sciatica ni, cuba tengok dalam rajah senaman regangan yang kak Don kongsikan atau korang boleh je cari maklumat yang lebih dari google atau youtube.
Post ni kak Don kongsikan atas pengalaman dan maklumat jika ia memberikan manfaat.
Disclaimer: Ini bukan tulisan doctor, bukan nak mengajar perubatan. Ini cerita pengalaman sendiri dan perkongsian ilmu umum, general gittew. Badan orang lain-lain. Apa yang terjadi pada kak Don tak semestinya sama dengan orang lain. Kalau sakit makin teruk, jangan degil, pergilah rujuk kepada yang lebih pakar.