
30/09/2025
KEKAL SIHAT FIZIKAL DAN MINDA
NAK SIHAT lakukan pelbagai aktiviti dan pendekatan yang membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental, termasuk bersenam secara berkala, mendapatkan tidur yang cukup, menguruskan tekanan melalui senaman dan relaksasi, serta mengamalkan pemakanan seimbang.
LANGKAH SIHAT mulai dengan anda membina gaya hidup yang sihat dan mengurangkan risiko penyakit.
Contohnya mulai hari ini dengan...
# Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal sederhana, seperti jalan laju, senam aerobik, atau berbasikal, 5-6 hari seminggu.
# Latihan Fleksibiliti dan Kekuatan dengan buat regangan, bangkit tubi, tekan tubi, dan senaman kaki 2-3 kali seminggu untuk meningkatkan fleksibiliti, kekuatan otot, dan ketahanan.
# Sangat digalakkan banyakkan buat pergerakkan seperti berdiri dan bergerak secara berkala, elakkan duduk atau berbaring terlalu lama.
# Pilih menggunakan tangga daripada lif dan berjalan kaki ke tempat yang berhampiran untuk meningkatkan aktiviti harian.
Jom sihat