29/06/2024
8 PERKARA BOLEH MENYEBABKAN CERMIN MATA ANDA CEPAT ROSAK‼️
1- LETAK ATAS KEPALA:-
- Bila kita buat macam ni, bentuknya berubah menjadi 'LONGGAR'.
- Kaki bingkai akan cepat terkangkang.
2- TINGGAL DALAM KERETA:-
- Dibiarkan pada 'panas' terik cahaya matahari.
- Banyak kes berlaku bila pemilik buat cermin mata baca sahaja & ada yang cuma pakai untuk 'drive' malam.
- Ia akan merosakkan 'lapisan dalam' cermin.
- Akan ada calar halus yang mengganggu pandangan.
3- MEMBIARKAN KOTORAN:-
- Biarkan kotoran 'terlalu lama' berada pada cermin mata.
- Kalau kita jenis buat kerja yang lasak, contohnya 'makenik', perlu terus basuh cermin mata dengan air dan sabun.
- Kotoran berminyak boleh merosakkan lapisan antisilau kanta cermin mata tersebut.
4.'ADJUST' SPECT SENDIRI:-
- Di kedai Optometris, terdapat beberapa alat khas untuk adjust cermin mata dengan selamat.
- Peralatan dari kedai 'hardware' tidak semua boleh digunakan.
- Lebih buruk lagi, boleh menyebabkan cermin mata anda rosak dan tak boleh di 'adjust' lagi.
5- BERIBADAH:-
- Masa solat berjemaah,letak cermin mata di lantai (bawah sedikit dari tempat sujud).
- 'Time' orang nak lalu, tak perasan, renyuk habis spek kita dipijaknya.Hati kita pun remuk. Hehehe..🤭
- :- Sangkut cermin mata anda dekat 'colar' belakang atau pakai cermin mata di belakang tengkuk kita. (Pelanggan yang berkongsi tip ni.) 😉
6- MINYAK RAMBUT/MINYAK WANGI:-
- Pakai cermin mata semasa memakai minyak rambut atau minyak wangi.
- Boleh merosakkan bingkai dan permukaan kanta.
- Sebaiknya Tanggalkanlah dulu ya. 🤓👍
7- LAMBAT BAIKI:-
- Bila pakai dah rasa macam tak selesa, jangan tunggu lama-lama.
- Kalau frame plastik,sampai satu masa badannya dah 'keras'.Kalau adjust time ni, boleh patah.
- Parah lagi bila spek longgar, boleh terjatuh ke tempat yang tak sepatutnya, contohnya LUBANG TANDAS‼️😵
8- LAP CERMIN MATA DENGAN SEBARANG KAIN:-
- Baju, tudung dan tisu selalunya jadi pilihan utama.
- Kanta cermin mata akan cepat calar‼️Hati kena kental sikit kalau dah terbiasa.
- Beli kain mikrofiber banyak sikit. Lap hanya dengan kain mikrofiber sahaja.
- Standby dalam kereta, rumah, ofis dan tempat-tempat lain yang dirasakan sesuai..
WALK-IN :-
MY I optometrist/Kedai Cermin Mata Rawang
📍NO.21 JALAN BANDAR RAWANG 2,
BANDAR BARU RAWANG,
48000 RAWANG,
SELANGOR.
🌹 https://goo.gl/maps/z6mrRm4RciST3Jze8 🌹
°
OPERATION TIME :-
📅 ISNIN - SABTU
⏳ 10:00 am - 09:00 pm
📅 AHAD - Tutup
°
📞03 6091 8724 (Office)
☎️019 238 1860 (En.Emi)
📱 014 841 4393 (WhatsApp Only)
*
-JANGAN LUPA SUPPORT KAMI DI TIKTOK😉 -
https://www.tiktok.com/?is_from_webapp=1