Klinik Remaja Rembau

Klinik Remaja Rembau Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja

15/02/2023

Garam bukan sahaja digunakan untuk ditabur di keliling rumah, tetapi ada pihak yang mempromosikan garam (garam buluh, garam bukit) sebagai rawatan untuk merawat menyakit.

Seorang pelajar universiti yang berusia 20 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan setelah mengalami muntah berterusan melebihi 10X dan cirit birit untuk 2-3 jam.

Pemeriksaan lanjut mendapati tubuh badannya lemah. Ujian darah mendapati paras garam Sodium terlalu tinggi. Keadaan beliau dikenalpasti sebagai Hypernatraemia

Rupa rupanya , beliau telah mengamalkan pengambilan garam buluh sebanyak 150gram setiap hari selama 10 hari untuk membantu penghadaman dan mengurangkan berat badan.

Dalam kes berlainan, seorang pesakit buah pinggang kronik yang stabil dan dalam pemantaun pakar buah pinggang datang dengan kerosakan buah pinggang akut akibat pengambilan garam buluh yang diambil untuk menyembuhkan masalah buah pinggang.

Garam buluh, garam himalaya, garam kosher dan garam laut adalah sejenis garam dan ia mengandungi kandungan Natrium yang hampir sama. Oleh itu pengambilan harian perlu terhad dan tidak melebihi 1 sudu teh sehari.

Sebenarnya, garam buluh adalah sejenis garam biasa yang di masukkan ke dalam buluh dan dibakar selama 6-8 jam. Ia mungkin lebih bersih dan mengandungi kandungan potasium yang lebih tinggi, namun Ia tetap sejenis garam dan TIDAK mempunyai kesan untuk merawat penyakit kronik.

Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi, yang jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit jantung serta penyakit angin ahmar. Apabila minuman seperti kopi pun ditambah dengan garam buluh , bayangkan berapa banyak garam yang anda ambil setiap hari.

15/02/2023

Baru tahu, rupanya tidak boleh letak ubat gigi! Ubat gigi jika diletakkan di atas kulit yang melecur boleh menyebabkan haba terperangkap di dalam kulit. Ini menyebabkan kesan terbakar menjadi lebih teruk. Tidak cukup dengan itu, kulit boleh dijangkiti kuman dan akan melambatkan proses penyembuhan. Alirkan dengan air paip ke atas luka selama 20 minit. Ianya membantu proses penyembuhan dan mengurangkan kesan komplikasi akibat melecur.

15/02/2023

Produk Karisma Tumeric Booster Cream telah dikesan mengandungi bahan logam bertoksik merkuri.

Jika anda tidak mahu buah pinggang rosak, masalah saraf dan perkembangan otak anak terganggu, sila henti mengambil produk ini.

Penjual juga diminta untuk menghentikan penjualan serta merta.

25/10/2022

Rakyat Malaysia digalakkan untuk terus mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat

👍 Kawal pengambilan gula dengan mengikuti tip seperti dikongsikan.

❤️ Makan secara sederhana dan teruskan gaya hidup sihat.

PROGRAM MESRA REMAJA BERSAMA PELAJAR KVDLM'' REMAJA SIHAT, TONGGAK NEGARA'4 NOVEMBER 2020DI MAKMAL ICT, KOLEJ VOKASIONAL...
06/11/2020

PROGRAM MESRA REMAJA BERSAMA PELAJAR KVDLM
'' REMAJA SIHAT, TONGGAK NEGARA'

4 NOVEMBER 2020

DI MAKMAL ICT, KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA.

DIRASMIKAN OLEH PUAN HAJAH MINAH BINTI AHMAD (PENGARAH KVDLM).

PENGISIAN CERAMAH ONLINE GOOGLE MEET MELIPUTI TOPIK KESIHATAN
- Penyakit Fizikal
- Pemakanan Sihat untuk Remaja
- Remaja dan Tingkahlaku berisiko
- Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja
- Kesihatan Mental dan Kematangan Emosi Remaja

- Pertandingan Kuiz Kesihatan yang dimenangi Adik Siti Nur Fatihah Husna, Kelas 2SVM Landskap.

ANJURAN PKMR KK PEDAS DAN KK REMBAU.
DENGAN KERJASAMA UNIT KLINIK BERGERAK, UNIT KESIHATAN SEKOLAH.
DAN GURU-GURU KV DLM.

Tahniah dan ribuan terima kasih atas kejayaan program tersebut.
Maaf di atas segala kekurangan sepanjang program dijalankan.

Kursus HEADSS dan pengenalan PKMR.11-12 Mac 2020JKN Negeri Sembilan
12/03/2020

Kursus HEADSS dan pengenalan PKMR.
11-12 Mac 2020
JKN Negeri Sembilan

Address

Jalan Batu Hampar
Rembau
71300

Opening Hours

Tuesday 14:00 - 17:00
Thursday 14:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Remaja Rembau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Remaja Rembau:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram