07/05/2026
ππππ ππππππππππ πππππππ πππππππππ
Saat disahkan hamil, pastinya perasaan gembira sukar digambarkan.
Namun apabila kandungan tidak dapat dipertahankan dan berlaku keguguran, siapa yang tidak bersedih dan kecewa?
Keguguran boleh berlaku pada mana-mana fasa kehamilan, sama ada di awal atau pertengahan, dan ia bukanlah perkara kecil untuk dilalui oleh seorang wanita β dari segi fizikal mahupun emosi.
Hari ini saya ingin kongsikan panduan berpantang selepas keguguran yang sering dipandang remeh, tetapi sangat penting untuk kesihatan wanita.
β£ Punca Keguguran
Keguguran bermaksud kehilangan atau kematian janin sebelum usia kandungan genap 28 minggu di dalam rahim ibu.
Kebiasaannya, keguguran sering dikaitkan dengan:
Janin tidak kuat
Rahim tidak kuat
Masalah janin tidak kuat boleh berlaku akibat kualiti sperma dan o**m yang kurang baik.
Manakala rahim tidak kuat p**a sering berpunca daripada lapisan endometrium yang nipis atau hormon yang tidak seimbang.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, untuk mengurangkan risiko keguguran berulang, beberapa perkara penting perlu diberi perhatian:
Kualiti sperma yang sihat
O**m yang matang
Rahim yang kuat dan sihat
Jadi, keguguran bukanlah berpunca daripada satu pihak sahaja.
β£ Kenapa Perlu Berpantang Selepas Keguguran?
Ada yang beranggapan, βgugur saja, bukan bersalin pun.β
Hakikatnya, ramai tidak sedar betapa pentingnya penjagaan diri selepas keguguran.
Orang-orang lama percaya, berpantang selepas keguguran sama penting β malah ada yang menganggap lebih serius β berbanding berpantang selepas bersalin.
Jika penjagaan diabaikan, ia boleh menyebabkan masalah seperti:
Angin merian
Rengat badan
Keracunan darah
Demam panas dan kancing gigi
β£ Tempoh Berpantang Selepas Keguguran
Tempoh berpantang bergantung kepada usia kandungan:
2 minggu β 12 minggu kandungan β 30 hari
4 bulan β 5 bulan kandungan β 40 hari
Lebih 6 bulan kandungan β 44 hari
Secara tradisional, tempoh berpantang yang disarankan adalah seperti orang bersalin, iaitu 44 hari.
Namun, bagi wanita bekerjaya, tempoh cuti MC hospital kebiasaannya hanya 2 minggu.
Gunakan tempoh tersebut sebaik mungkin untuk berehat dan menjaga diri.
β£ Tips Berpantang Selepas Keguguran
Penjagaan selepas keguguran sama penting dengan berpantang bersalin. Pantang larang perlu dipatuhi sebaiknya.
π½ Pemakanan
Elakkan makanan berangin seperti:
Ubi keladi
Rebung
Sayur keladi
Pucuk paku
Pucuk ubi
Terung
πΈ Penjagaan Rahim
Jika keguguran berlaku pada awal kehamilan, kebiasaannya kandungan akan keluar sendiri.
Namun jika usia kandungan melebihi 10 minggu, keguguran mungkin tidak lengkap dan memerlukan prosedur D&C (Dilation & Curettage).
Rahim yang tidak dibersihkan dengan sempurna boleh menyebabkan:
Jangkitan
Demam panas
Masalah peranakan
π€° Merancang Hamil Semula
Tiada masalah untuk hamil semula selepas keguguran.
Namun doktor biasanya menasihatkan supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 3 bulan bagi memberi masa tubuh pulih sepenuhnya.
π©· Berbengkung & Rawatan Tradisional
Amalan seperti:
Berbengkung
Berurut
Bertungku
Mandi herba
boleh membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan sakit badan, dan memulihkan tenaga.
Disarankan juga memakai stokin dan baju berlengan panjang bagi menjaga kehangatan badan.
πΆββοΈ Aktiviti Harian
Hadkan pergerakan yang terlalu aktif
Elakkan mengangkat barang berat
Beri ruang tubuh untuk benar-benar pulih, terutama dalam sebulan pertama
Kredit by owner.