Bekam Sunnah Bergerak Sabah

Bekam Sunnah Bergerak Sabah Assalamualaikum?! Sy mnawar rwtn bekam sunnah bgrak area kb,tuaran dan kk.kmi akan bt rumah ke rumah. Kita ikhtiar mgubati pyakit namun Allah penentunya

02/10/2022

KESAN TERAPI BEKAM/HIJAMA YANG DILAKUKAN PADA TARIKH² SUNAH 17, 19 ATAU 21 KALENDAR ISLAM TERHADAP TAHAP KESIHATAN.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa berbekam pada tarikh² sunah mempunyai kesan lebih signifikan kepada parameter² darah atau biokimia tertentu, termasuklah tanda² penting tubuh seperti tekanan darah, kadar nadi, kadar pernafasan, suhu badan, tahap kesakitan dan sebagainya berbanding berbekam pada tarikh² bukan sunah. Bagaimana mekanisme sebenar bekam dan kaitannya dengan fasa lunar sehingga mampu memberi sejumlah kesan lebih ketara belum dapat dijelaskan secara terperinci sehingga saat ini. Namun terdapat teori atau hipotesis yang cuba menjelaskan kemungkinan² yang boleh berlaku selain kajian² saintifik tentang keberkesanan berbekam pada tarikh² sunah terhadap kondisi² atau parameter² darah/biokimia tertentu.

Lieber & Sherin (1972) mendapati bahawa kesan graviti bulan pada setiap fasa mempengaruhi pergerakan cecair tubuh pada bahagian intracellular, extracellular, intravascular & intraluminal di mana berlaku pasang surut biologikal atau pasang surut "paras laut tubuh" yang merujuk kepada pasang-surut cecair dalam tubuh manusia. Ini boleh membawa maksud bahawa ketika bulan penuh iaitu ketika graviti bulan mencapai tahap maksima lebih banyak cecair atau darah termasuk yang mengandungi bahan² punca penyakit (CPS) berada pada rangkaian kapilari berhampiran kulit. Namun pada ketika ini molekul² CPS dipercayai tidak begitu stabil untuk menyusup keluar ke ruang tisu lantaran kesan graviti bulan yang masih kuat. Pada 17, 19 & 21 ketika graviti bulan mula sedikit menurun, molekul² CPS dipercayai lebih stabil dan mudah melepasi pori² kapilari dan berkumpul pada tisu/ interstitial (kesan daripada penyedutan pertama kulit oleh cup bekam) sebelum dipaksa keluar ke permukaan kulit melalui tusukan jarum & penyedutan kali kedua.

Syahrumdani et al 2021, mendapati berbekam pada tarikh² sunah mempunyai kesan lebih ketara pada tekanan darah diastolik iaitu bacaan tekanan darah bawah iaitu tekanan di dalam arteri ketika jantung berehat di antara 2 degupan berbanding berbekam pada tarikh² bukan sunah. Bacaan normal untuk tekanan darah diastolik adalah di bawah 80mmHg. Jadi berbekam pada tarikh² sunah mungkin amat sesuai kepada mereka yang menghidapi Isolated Diastolic Hypertension (tekanan darah tinggi pada bacaan bawah, contoh 120/98 yg selalu berlaku kepada pengidap Diabetes Mellitus atau kesan daripada peningkatan usia).

Kajian yg dilakukan oleh Ali Ramazan Benli & Didem Sunay pada 2017 mendapati kesan terapeutik bekam keatas migraine lebih ketara apabila bekam dilakukan pada separuh kedua bulan iaitu selepas bulan mengambang penuh pada 17, 19 atau 21 kalendar Islam.

Sebenarnya banyak kajian² saintifik bekam yang dilakukan pada tarikh² sunah tidak mengadakan perbandingan tentang kesan² terapeutik terapi bekam yang dilakukan pada tarikh² biasa. Diharap lebih banyak kajian saintifik berskala besar akan dilakukan pada masa² akan datang untuk menyokong atau mengukuhkan dakwaan bahawa bekam darah yang dilakukan pada tarikh² sunah lebih tinggi tahap terapeutiknya berbanding berbekam pada tarikh² bukan sunah.

Ref:

1. Effects of different phases of the lunar month on humans:Ujjwal Chakraborty
Biological rhythm research 45 (3), 383-396, 2014

2. Changing efficacy of wet cupping therapy in migraine with lunar phase: A self-controlled interventional study
Ali Ramazan Benli, Didem Sunay
Medical science monitor: international medical journal of experimental and clinical research 23, 6162, 2017

3. Efficacy of Islamic Wet Cupping Therapy on Vital Sign in Lunar Phase: A Comparative Study Between Sunnah and Non-sunnah Dates.
Syahruramdhani, Nurvita Risdiana, Aris Setyawan. 4th International Conference on Sustainable Innovation 2020–Health Science and Nursing (ICoSIHSN 2020), 538-542, 2021

09/09/2022

BEKAM & PENYEMBUHAN SENDIRI

Bekam bukan seperti ubatan kimia, yang apabila dimakan akan bertindak mengurangkan atau menghilangkan gejala penyakit tetapi tidak menyembuhkannya dalam ertikata sebenar. Bekam sebenarnya lebih kepada membuka jalan kepada berlakunya proses penyembuhan secara semulajadi. Apabila tekanan negatif drp cawan bekam dikenakan kpd permukaan kulit pada titik2 bekam tertentu, ia akan bertindak secara terus kepada kapilari2, pembuluh2 darah, saluran2 limfa dan jaringan saraf yg berada di bawah permukaan kulit berkenaan. Ia dikatakan berupaya memberi kesan sehingga 10 cm drp kawasan tekanan negatif. Kesan drp tekanan negatif ini, sejumlah darah & cecair drp lingkungan jarak tersebut tertarik ke kapilari2 di bwh kulit(dermis) dan sebahagian sel2 darah mati dan agen2 punca penyakit(CPS)melepasi dinding kapilari keluar ke sel2/tisu2 di bwh kulit. Manakala sebahagian sel2 darah mati & CPS akan terus berlegar2 di kapilari2 yg masih berada di bawah tekanan negatif. Setelah 5 hingga 10 minit , sebaik cup dilepaskan permukaan kulit kelihatan merah gelap dan membengkak menunjukkan terdptnya pengump**an 'cecair atau darah kotor' di bwh kulit. Sebaik sayatan atau tusukan dilakukan, 'darah kotor' pun keluar secara perlahan2. Tekanan negatif yg kedua dikenakan lagi sekali utk membantu lebih banyak 'darah kotor' keluar dan dikumpul dalam cawan bekam. Manakala tekanan negatif yg kekadang dikenakan sehingga lebih 5 minit, merangsang p**a hujung2 saraf sensori yg begitu b*k di bwh kulit. Saraf2 ini mempunyai hubungan dgn organ2 berkenaan dan sistem saraf pusat iaitu saraf tunjang dan otak. Hasilnya maka akan terembeslah keluar beberapa zat2 atau hormon2 tertentu spt endorphin/enkaphalin yg terbukti berupaya mengurangkan sensasi sakit pada kwsn/bhg tubuh berkenaan. Manakala pelepasan nitric oxide(NO) pada sel endothelial merangsang pelebaran pembuluh2 darah.

Dengan keluarnya
'Darah Kotor' yg terdiri drp sel2 darah mati dan CPS spt lemak, kolesterol, ammonia dsbnya sistem sirkulasi seolah2 telah 'dibersihkan' dan ' jalanrayanya' telah 'dilebar dan diaspalkan'. Dengan itu perjalanan 'kenderaan' yg membawa pelbagai nutrisi, oksigen, zat2/hormon2 tertentu dan antibodi lebih lancar dan laju. 'Dibersihkan' di sini bererti telah dibuang apa jua halangan(spt lapisan lemak dll), 'kenderaan' itu umpama sel2 darah & 'jalanraya' p**a ibarat pembuluh2 darah. Tidak dilupakan juga 'kabel2 elektrik dan telefon' yg bertindak spt saraf2 yg menghantar isyarat ke
otak dan merangsang organ2. Apabila ini benar2 berlaku tubuh kita akan lebih mudah melakukan proses membaikpulihnya sendiri secara semulajadi, melibatkan proses homeostasis (PENGEKALAN KESEIMBANGAN DALAMAN) yg dikawal oleh otak, dibantu oleh sistem hormon (endokrina).

Sesungguhnya bekam itu amat bermanfaat untuk kesihatan. Jika ia dilakukan dgn betul, ia boleh membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Bagaimanapun percayalah, bekam sahaja tanpa amalan cara hidup sihat spt senaman teratur, pengambilan makanan seimbang/tertentu, tidur berkualiti, kawalan minda yg baik dsbnya mungkin kurang berkesan utk sesetengah orang atau penyakit. Sesungguhnya apapun alasannya MENCEGAH itu ternyata lebih baik daripada mengubati. Wallualam.

30/05/2020

Assalamualaikum?!
Salam sejahtera
Selamat Hari raya..
Smoga semua dalam keadaan sihat dan dberkati Allah.. skrg ni mcm2 pyakit ada so sentiasa jaga kesihatan.. kurangkan pergerakan dan jgn lupa senaman dan beribadah.. salam sayang dari kmi



23/04/2020

Assalamualaikum
Salam Ramadhan
Salam Sejahtera..
Kmi di Bekam Sunnah Bergerak Sabah mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam diseluruh dunia dan smga sihat sentiasa. Alhamdulillah dpnjamkan lg nafas utk berpuasa..


09/02/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah masih dpnjamkan nafas lg hri dr Allah yg maha pemurah.. smga semuanya sihat2 belaka dan dberkati Allah.

07/01/2019

*Cuti sekolah dah habis?.. jangan risau! Ini promosi lanjutan AWAL TAHUN 2019*

Inginkan terapi TERBAIK?
sihat bersama SUNNAH

kami *Bekam Sunnah Bergerak Sabah* menawarkan anda pakej Terbaik sempena cuti sekolah ini.

Basic healthy
RM80 ✅ RM 100❌

Full Body
RM150✅ RM200❌

Seri Muka
RM40✅ RM50❌

Migrain/Sakit Kepala
RM50✅ RM60❌

Sabar ada lagi...

Ingin mendapat bekam percuma?

Kami beri...😱😱😱

Syaratnya.. bawa kawan2 atau saudara mara bekam bersama.

Kamu bawa 4orang untuk pakej basic healthy, *kami bagi 4cup percuma bekam*

Menarik kan.. tunggu apa lagi.

Buat temujanji di sini

www.wasap.my/60133002991 Zan

www.wasap.my/60105853202 Jai

Sihat Dengan Sunnah
Sihat Untuk Ibadah

26/12/2018

Berhati hati utk kesihatan diri

28/11/2018

TOKSIN dalam badan manusia disebabkan👇

1. Pencemaran udara

2. Fast food kerana mengandungi zat kimia yang tidak baik untuk tubuh seperti pengawet, pewarna, pati, perisa dll

3. Hasil pertanian seperti pestisid

4. Tabiat buruk seperti merokok, makan tidak teratur atau tidak bersih, makanan tidak seimbang, terlalu panas atau sejuk, terlalu masam dll

5. Ubatan kimia

*Buang TOKSIN dengan BEKAM

Badan sihat, senang ibadah😃

28/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah dberi pluang utk bnafas lg hari ni.. musim cuti sekolah ni,amat sibuk dgn slot bekam.. book awal agar tdak ktinggalan ya... smga kita semua d berkati dan dalam lindungan Allah

28/11/2018

Dulu datang seorang, kali ni bawa suami datang untuk BEKAM.
'Best ba kak lepas Bekam hari tu, ringan badan hilang sakit'. Syukur alhamdulillah dengan izin Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah d beri lg peluang utk bnafas hri. Selamat bhujung minggu semua....
11/08/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah d beri lg peluang utk bnafas hri. Selamat bhujung minggu semua. Luangkan masa sbaiknya.. smga semua dalam keadaan sihat dan dalam lindungan Allah.. slot bekam dtruskn lg hri ni. Smga kita semua dpermudahkan urusan pada hari ni. Amin..

08/08/2018

Assalamualaikum,salam subuh,selamat pagi dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah dberi nafas lagi utk hri ni. Smga semua dalam keadaan sihat dan sntiasa dberkati Allah dalam apa jua yg akan dlakukan. Amin..

Address

Kota Belud
Kota Belud
89150

Telephone

+60133002991

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Sunnah Bergerak Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram