Depresi Bukan Gila

Depresi Bukan Gila Manusia hanya mahukan solusi untuk dikongsi, bukan kontroversi yang menambah depresi.

Dakwah, dalam makna yang lebih luas, bukan hanya terhad kepada penyampaian ilmu agama secara formal. Ia merangkumi usaha...
24/03/2026

Dakwah, dalam makna yang lebih luas, bukan hanya terhad kepada penyampaian ilmu agama secara formal. Ia merangkumi usaha mengajak kepada kebaikan, membina kefahaman, serta menanam nilai kemanusiaan dalam kehidupan seharian.

Memberi kesedaran tentang kesihatan mental adalah salah satu manifestasi dakwah yang bersifat praktikal dan menyentuh realiti semasa.

Memberi kesedaran tentang masalah kesihatan mental bukan sekadar satu usaha pendidikan masyarakat, tetapi boleh dilihat sebagai satu bentuk dakwah sosial yang sangat relevan dalam realiti kehidupan…

Dalam kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, kita dikelilingi dengan gelak tawa, juadah yang melimpah, dan pertemuan yang lama...
24/03/2026

Dalam kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, kita dikelilingi dengan gelak tawa, juadah yang melimpah, dan pertemuan yang lama dirindui.

Namun di celah suasana itu, ada satu perkara yang kerap dianggap remeh iaitu body shaming yang disampaikan atas nama gurauan.

Kadang-kadang ia hadir dalam bentuk ayat yang nampak biasa:

“Berisi nampak sekarang.”
“Kurusnya, tak sihat ke?”

Mungkin bagi yang berkata, ia sekadar teguran spontan. Tapi bagi yang menerima, ia boleh meninggalkan kesan yang lebih dalam daripada yang disangka.

Apabila tubuh badan dijadikan topik perbualan, seseorang mula melihat dirinya melalui lensa penilaian orang lain.

Timbul rasa malu, tidak cukup baik, dan keinginan untuk mengubah diri demi memenuhi jangkaan.

Dalam jangka masa panjang, tekanan ini boleh berkembang menjadi isu yang lebih serius, termasuk gangguan pemakanan seperti Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa.

Apa yang berlaku bukan sekadar tentang makanan atau berat badan. Ia berkait rapat dengan emosi.

Rasa ingin diterima, rasa takut dinilai, dan luka yang dipendam tanpa ruang untuk diluahkan.

Ironinya, semua ini boleh berlaku dalam ruang yang sepatutnya paling selamat... keluarga dan orang terdekat.

Kita mungkin tidak sedar bahawa satu ayat ringkas mampu menjadi beban yang dibawa seseorang untuk tempoh yang lama. Apa yang bagi kita kecil, mungkin besar bagi orang lain.

Sebab itu, penting untuk kita lebih peka. Tidak semua perkara perlu dikomen. Tidak semua tubuh perlu dijadikan bahan perbualan.

Jika benar ingin mengeratkan silaturahim, mulakan dengan menghormati batas. Pilih kata yang membina, bukan yang meruntuhkan.

Kadang-kadang, kehadiran tanpa penilaian sudah cukup bermakna.

Dan kepada mereka yang pernah terasa, apa yang dirasai itu valid.

Tidak perlu memaksa diri untuk kelihatan kuat di luar sedangkan di dalam sedang bergelut. Ambil ruang jika perlu, lindungi emosi, dan ingat bahawa nilai diri tidak pernah ditentukan oleh bentuk tubuh.

Hari raya sepatutnya menjadi ruang untuk kita kembali kepada kemanusiaan. Bukan tempat untuk kita saling melukai tanpa sedar.

Walaupun ramai mula memahami istilah seperti kemurungan, kebimbangan (anxiety), atau burnout, persepsi terhadap individu...
24/03/2026

Walaupun ramai mula memahami istilah seperti kemurungan, kebimbangan (anxiety), atau burnout, persepsi terhadap individu yang mengalaminya masih dipenuhi salah faham.

Ada yang menganggap mereka lemah, tidak stabil, atau tidak boleh diharapkan. Lebih menyedihkan, label ini sering diberikan tanpa memahami perjalanan sebenar seseorang.

Dalam masyarakat hari ini, kesedaran tentang kesihatan mental semakin meningkat. Kempen, perkongsian pengalaman, dan perbincangan terbuka semakin banyak dilakukan. Namun, di sebalik semua ini, masi…

Pasca Hari Raya Aidilfitri digambarkan sebagai fasa kembali ke rutin. Namun bagi individu yang berdepan dengan cabaran k...
24/03/2026

Pasca Hari Raya Aidilfitri digambarkan sebagai fasa kembali ke rutin. Namun bagi individu yang berdepan dengan cabaran kesihatan mental, fasa ini tidak semudah itu.

Ada ruang emosi yang tertinggal. Sunyi selepas meriah, letih selepas bersosial, dan kadang-kadang luka yang kembali terasa.

Secara emosi, selepas beberapa hari dipenuhi kunjungan, senyuman, dan interaksi sosial, tubuh dan minda boleh mengalami keletihan yang mendalam.

Ini dikenali sebagai social exhaustion. Individu mungkin merasa kosong, hilang tenaga, atau tidak bermotivasi untuk kembali ke rutin harian.

Lebih-lebih lagi jika sepanjang raya mereka terpaksa berlakon kuat demi menjaga hati orang lain.

Selain itu, perbandingan sosial yang berlaku sepanjang raya seperti tentang kerjaya, kewangan, perkahwinan, atau pencapaian hidup boleh meninggalkan kesan yang berpanjangan.

Walaupun senyuman diberikan ketika itu, kata-kata yang dianggap biasa oleh orang lain boleh menjadi pencetus kepada rasa rendah diri, cemas, atau sedih yang berlarutan selepasnya.

Bagi sesetengah individu, p**ang ke rumah sendiri selepas berada dalam suasana keluarga juga boleh mencetuskan rasa sunyi yang mendalam.

Perubahan mendadak daripada suasana meriah kepada kesunyian boleh memperkuatkan simptom seperti kemurungan atau keresahan.

Ini bukan tanda lemah, tetapi reaksi emosi yang sangat manusiawi.

Dalam konteks penjagaan diri, tempoh pasca raya ini penting untuk:

• Memberi ruang kepada diri untuk berehat tanpa rasa bersalah
• Menyusun semula rutin harian secara perlahan
• Kembali konsisten dengan rawatan seperti pengambilan ubat atau sesi terapi
• Menghadkan pendedahan kepada situasi yang mencetuskan tekanan

Jika ada emosi yang masih berat untuk dipikul, berbual dengan individu yang dipercayai atau mendapatkan sokongan profesional adalah langkah yang wajar.

Tidak semua orang baik-baik sahaja selepas raya. Dan itu tidak mengapa.

Pasca raya bukan sekadar penutup kepada perayaan, tetapi juga ruang untuk refleksi. Apa yang kita rasa selepas itu juga penting untuk didengar.

Kadang-kadang, dalam sunyi selepas meriah, kita lebih jelas mendengar suara hati sendiri.

Ada satu garis halus yang jarang kita sedar antara ekspresi diri dan cara kita tanpa sengaja menambah stigma terhadap pe...
24/03/2026

Ada satu garis halus yang jarang kita sedar antara ekspresi diri dan cara kita tanpa sengaja menambah stigma terhadap penyakit mental.

Dalam konteks masyarakat, khususnya dalam kalangan pesakit beragama Islam, isu ini menjadi lebih sensitif.

Penyakit mental itu sendiri sudah pun sering disalah faham. Ada yang mengaitkannya dengan lemahnya iman, kurangnya ibadah, atau hukuman semata-mata.

Sedangkan hakikatnya, kesihatan mental adalah sebahagian daripada ujian kehidupan, sama seperti sakit fizikal yang lain.

Apabila kita menambah satu lagi lapisan seperti tattoo untuk melambangkan penyakit mental, ia boleh membawa makna yang lebih berat daripada yang disangka.

Dalam Islam, tubuh badan adalah amanah. Setiap apa yang kita lakukan terhadapnya bukan sekadar soal pilihan peribadi, tetapi juga berkait dengan tanggungjawab terhadap diri dan Tuhan.

Maka, tindakan menjadikan sesuatu yang bersifat kekal sebagai simbol kepada luka emosi yang mungkin sementara, boleh menimbulkan persoalan:

"Adakah kita sedang meraikan proses pemulihan, atau mengikat diri pada satu identiti yang mungkin kita sendiri sedang cuba lepaskan?"

Lebih mendalam daripada itu, ia boleh memberi isyarat kepada masyarakat bahawa penyakit mental adalah sesuatu yang perlu ditandakan, seolah-olah ia satu identiti tetap.

Sedangkan dalam Islam, konsep taubat, pemulihan, dan perubahan itu sangat luas. Seseorang tidak ditakrifkan oleh satu fasa gelap dalam hidupnya.

Hari ini dia bergelut, esok dia mungkin lebih kuat, lebih tenang, lebih dekat dengan Tuhan.

Namun dalam masa yang sama, kita juga perlu berlaku adil. Tidak semua individu yang memilih tattoo melakukannya untuk menormalisasikan stigma.

Ada yang melakukannya sebagai simbol kekuatan, sebagai peringatan bahawa mereka pernah jatuh dan bangkit semula.

Itu adalah ruang peribadi yang kita tidak boleh nilai secara hitam putih.

Tetapi bila ia dibawa ke ruang umum... dipromosikan, dinormalisasikan tanpa konteks, di situlah kita perlu lebih berhati-hati.

Kerana masyarakat yang masih cetek pemahamannya tentang kesihatan mental mudah mengambil simbol lebih cepat daripada memahami makna.

Dalam kita memperjuangkan kesedaran kesihatan mental, kita perlu tanya diri sendiri:

Adakah tindakan kita membantu orang melihat penyakit mental dengan lebih empati dan harapan? Atau tanpa sedar, kita sedang mengukuhkan lagi label yang selama ini kita cuba hapuskan?

Dalam Islam, manusia tidak pernah dinilai hanya pada lukanya, tetapi pada usahanya untuk sembuh, kembali, dan terus berjalan.

Dan mungkin, itu naratif yang lebih perlu kita angkat. Bukan tentang tanda yang kekal pada tubuh, tetapi tentang harapan yang sentiasa hidup dalam jiwa.

Perbandingan antara adik-beradik, lebih-lebih lagi bila melibatkan siapa yang hidup lebih senang bukan sekadar isu harta...
23/03/2026

Perbandingan antara adik-beradik, lebih-lebih lagi bila melibatkan siapa yang hidup lebih senang bukan sekadar isu harta atau kejayaan. Ia menyentuh sesuatu yang lebih peribadi: nilai diri dalam keluarga sendiri.

Tempat yang sepatutnya jadi ruang paling selamat, tiba-tiba terasa seperti pentas penilaian.

Bila ada yang lebih berada, lalu mula merasa lebih tinggi sama ada melalui kata-kata, cara pandang, atau layanan.

Luka itu datang bukan kerana kita cemburu, tapi kerana kita mula diposisikan seolah-olah kurang.

Kurang berjaya.
Kurang membanggakan.
Kurang bernilai.

Dan yang paling menyakitkan, semua itu datang dari orang yang berkongsi darah yang sama.

Hakikatnya, hidup setiap orang tidak bermula dari titik yang sama, dan tidak bergerak dalam garis masa yang serupa.

Ada yang sampai awal, ada yang lambat. Ada yang jalannya lurus, ada yang penuh selekoh.

Tapi dalam keluarga, perbezaan ini selalu disempitkan menjadi satu ukuran yang sama. Siapa lebih berjaya, siapa lebih layak dipandang tinggi.

Sedangkan nilai seorang manusia tidak pernah patut diukur hanya melalui keadaan hidupnya.

Lebih sukar bila sikap merasa lebih tinggi itu hadir. Kadang bukan secara terang-terangan, tapi melalui nada halus.

Cara bercakap, cara membanding, atau sekadar reaksi yang membezakan layanan. Ia kecil di mata yang melakukannya, tapi besar di hati yang menerima.

Dan dari situ, timbul persoalan yang sunyi:
“Adakah aku ini tidak cukup baik?”

Dalam situasi seperti ini, penting untuk kita perlahan-lahan memisahkan dua perkara: siapa kita, dan bagaimana orang melihat kita.

Apa yang mereka lihat mungkin dipengaruhi oleh status, wang, atau pencapaian. Tapi siapa kita sebenarnya sama ada nilai, usaha, ketabahan, itu tidak pernah berkurang hanya kerana kita tidak berada di tempat yang sama dengan mereka.

Tidak semua kata-kata perlu kita benarkan menjadi suara dalam kepala kita.

Tidak semua pandangan perlu kita jadikan cermin untuk menilai diri.

Kadang, kita tidak mampu mengubah cara keluarga melihat kita. Tapi kita masih ada pilihan untuk tidak melihat diri kita melalui lensa yang sama.

Luka itu mungkin tidak hilang serta-merta, walaupun sudah bermaafan di hari raya. Kerana memaafkan tidak bermaksud melupakan, dan tidak juga bermaksud kita tidak lagi terasa.

Ambillah masa. Jaga hati sendiri dengan lembut. Dan ingat, hidup ini bukan perlumbaan antara adik-beradik.

Ia perjalanan yang berbeza, dengan cerita yang tidak pernah sama.

Hari raya digambarkan sebagai waktu yang penuh dengan kunjung-mengunjung, gelak tawa, dan rumah yang sentiasa terbuka.Ta...
23/03/2026

Hari raya digambarkan sebagai waktu yang penuh dengan kunjung-mengunjung, gelak tawa, dan rumah yang sentiasa terbuka.

Tapi realitinya, tak semua hati berada di tempat yang sama. Ada yang penat emosi, fizikal, malah sosial. Ada yang masih cuba bernafas dalam diam.

Memilih untuk duduk diam di rumah pada hari raya ketiga ini bukan bermaksud kita tidak menghargai perayaan. Kadang-kadang, itu tanda kita sedang menjaga diri.

Memberi ruang untuk pulih, untuk tenang, untuk sekadar wujud tanpa perlu berpura-pura.

Rehat juga satu bentuk keberanian.

Dalam dunia yang sering menyuruh kita sentiasa ada untuk orang lain, memilih untuk ada untuk diri sendiri adalah sesuatu yang jarang, tapi sangat penting.

Tidak semua kebahagiaan perlu ditunjukkan di luar. Ada yang cukup dirasa perlahan, di ruang yang sunyi.

Kalau hari ini lebih banyak diam daripada kata, lebih banyak sendiri daripada bersama, itu pun tetap sah sebagai cara menyambut raya.

Dan itu sudah cukup.

Pelita di malam Hari Raya sering dilihat sebagai hiasan yang indah. Berkelip lembut di halaman rumah, menyambut tetamu y...
22/03/2026

Pelita di malam Hari Raya sering dilihat sebagai hiasan yang indah. Berkelip lembut di halaman rumah, menyambut tetamu yang datang.

Tetapi kalau diperhatikan lebih dalam, pelita sebenarnya membawa makna yang lebih besar. Ia bukan sekadar cahaya fizikal, tetapi simbol perjalanan terutama bagi mereka yang sedang bergelut dengan gangguan kesihatan mental.

Selepas sebulan melalui Ramadan, Hari Raya datang sebagai tanda kemenangan. Namun, bagi sesetengah individu, kemenangan itu tidak semestinya terasa.

Ada yang masih bergelut dengan keresahan, kemurungan, atau keletihan emosi yang tidak nampak di mata orang lain.

Di sinilah pelita menjadi simbol yang cukup dekat. Cahaya kecil dalam ruang yang masih gelap.

Pelita tidak menyinari seluruh dunia. Ia tidak terang benderang seperti lampu moden. Tetapi ia tetap setia memberi cahaya, walaupun kecil.

Sama seperti perjalanan seseorang yang menghadapi cabaran kesihatan mental, pemulihan itu jarang berlaku secara mendadak.

Ia perlahan, kadang hampir tidak disedari. Ada hari yang terasa ringan, ada hari yang terasa berat.

Namun, setiap usaha kecil... bangun dari katil, makan, bercakap dengan seseorang, atau sekadar bertahan itu semua adalah cahaya pelita dalam hidup mereka.

Dalam suasana Hari Raya Aidilfitri yang sering dikaitkan dengan kegembiraan, kita kadang terlupa bahawa tidak semua orang berada di titik emosi yang sama.

Ada yang terpaksa memasang senyuman, seperti pelita yang terus menyala walaupun angin sesekali menggoncang apinya.

Dan itu bukan kelemahan. Itu adalah satu bentuk kekuatan yang sunyi.

Pelita juga dipasang di luar rumah sebagai tanda keterbukaan. Seolah-olah berkata, “rumah ini sedia menerima sesiapa sahaja.”

Dalam konteks kesihatan mental, ini mengingatkan kita tentang pentingnya ruang yang selamat.

Kadang-kadang, seseorang tidak perlukan nasihat yang panjang. Cukup sekadar ada tempat untuk mereka hadir, tanpa dihakimi.

Kita semua boleh menjadi pelita itu untuk orang lain. Memberi sedikit cahaya, walaupun tidak mampu menyelesaikan segalanya.

Dan mungkin, yang paling penting pelita mengajar kita tentang harapan. Walaupun kecil, ia tetap melawan gelap. Walaupun sederhana, ia tetap memberi makna.

Bagi individu yang sedang berjuang, harapan itu mungkin bukan tentang sembuh sepenuhnya dalam masa terdekat. Tetapi tentang terus hidup, terus mencuba, dan terus mencari cahaya walaupun hanya sedikit.

Jadi, bila kita melihat pelita di malam raya, mungkin kita boleh berhenti seketika dan merenung.

Bukan semua cahaya itu terang.
Bukan semua perjalanan itu mudah.

Tetapi selagi masih ada walau satu pelita yang menyala, itu sudah cukup untuk terus melangkah.

22/03/2026

PERBANDINGAN ANTARA "GROUNDING" ILMIAH, "EARTHING" PSEUDOPSIKOLOGI (ADA YANG HIJACK ISTILAH 'GROUNDING') DENGAN TAFAKKUR ALAM ISLAMIK

1. Dari sudut definisi, teknik grounding ilmiah merujuk kepada kaedah regulasi emosi berasaskan psikologi yang menumpukan kepada kesedaran masa kini (present-moment awareness), seperti memberi perhatian kepada pernafasan atau rangsangan deria. Sebaliknya, “earthing” merujuk kepada amalan sentuhan fizikal dengan bumi—seperti berjalan tanpa kasut, peluk pokok, baring atas tanah, atau menggunakan earthing mat dan katil khas—yang didakwa memberi manfaat melalui “tenaga alam”. Manakala tafakkur alam p**a ialah proses merenung ciptaan Allah dengan tujuan membina kesedaran tauhid dan makna kehidupan.

2. Dari sudut asas teori, grounding ilmiah berpaksikan kepada psikologi kognitif-tingkah laku (Cognitive Behavioral Therapy, CBT), mindfulness, dan regulasi sistem saraf. Earthing p**a bergantung kepada dakwaan pseudo-saintifik seperti aliran elektron bumi, keseimbangan “cas positif dan negatif”, serta konsep tenaga alam yang tidak disokong secara konsisten oleh bukti empirikal. Tafakkur alam p**a berasaskan wahyu dan tradisi Islam seperti tafakkur, tadabbur, dan tazakkur.

3. Dari sudut isu saintifik kritikal, grounding ilmiah mempunyai mekanisme yang jelas dan boleh diuji, iaitu melalui perhatian, persepsi deria, dan penstabilan emosi. Sebaliknya, earthing mengandungi kesalahan konsep fizik—terutamanya penggunaan istilah “cas positif/negatif” secara tidak tepat, serta anggapan bahawa tubuh manusia berfungsi seperti bateri yang perlu “diselaraskan” dengan bumi. Dakwaan pemindahan elektron sebagai mekanisme penyembuhan juga tidak disokong secara konsisten dalam kajian. Tafakkur alam p**a tidak bergantung kepada mekanisme fizik, sebaliknya menumpukan kepada pembinaan makna dan kesedaran kognitif-spritual terhadap realiti keesaan Tauhan tanpa kepercayaan-kepercayaan tambahan.

4. Dari sudut matlamat, grounding ilmiah bertujuan mengurangkan kebimbangan, stres, dan keadaan 'overwhelm.' Earthing mendakwa meningkatkan kesihatan melalui penyelarasan dengan “tenaga alam”. Tafakkur alam p**a bertujuan menguatkan iman, menenangkan jiwa, dan membentuk orientasi hidup yang lebih bermakna.

5. Dari sudut contoh amalan, grounding ilmiah melibatkan teknik seperti 5-4-3-2-1 (deria), fokus pernafasan, dan orientasi kepada persekitaran. Earthing p**a melibatkan berjalan berkaki ayam, peluk pokok, baring atas tanah, atau tidur menggunakan earthing mat dan katil khas. Tafakkur alam melibatkan pemerhatian terhadap langit, gunung, laut atau kejadian manusia sambil mengaitkannya dengan sifat dan kekuasaan Allah.

6. Dari sudut status saintifik, grounding ilmiah disokong oleh kajian empirikal dan digunakan secara meluas dalam intervensi klinikal dan trauma. Earthing mempunyai bukti yang lemah dan tidak konsisten, serta sering dikategorikan sebagai pseudopsikologi. Tafakkur alam p**a tidak bergantung kepada empirikal semata-mata, tetapi selari dengan dapatan kajian kontemplasi yang menunjukkan manfaat terhadap kesejahteraan psikologi.

7. Dari sudut risiko kesihatan fizikal, grounding ilmiah mempunyai risiko minimum jika digunakan dengan betul. Earthing p**a membawa risiko jangkitan dan kecederaan—terutamanya jika berjalan tanpa kasut di tanah tercemar yang mungkin mengandungi bakteria atau parasit. Tafakkur alam mempunyai risiko yang rendah selagi dilakukan secara sederhana dan selamat.

8. Dari sudut risiko kognitif dan akidah, grounding ilmiah mempunyai risiko yang rendah. Earthing p**a berpotensi menimbulkan kekeliruan apabila kesan disandarkan kepada “tenaga alam” atau "tarikan semesta", serta membuka ruang kepada idea penyatuan manusia dengan alam (unity with nature) yang tidak selari dengan kerangka tauhid. Tafakkur alam p**a mempunyai risiko yang rendah, kecuali jika refleksi tidak membawa kepada pengenalan terhadap Allah.

9. Dari sudut pandangan Islam, grounding ilmiah adalah harus dan boleh dimanfaatkan sebagai alat regulasi emosi. Earthing menjadi bermasalah apabila dikaitkan dengan konsep “tenaga alam” dan "tarikan semesta", dan boleh membawa kepada unsur khurafat atau kekeliruan dalam memahami sebab-musabab (asbāb). Tafakkur alam p**a sangat dianjurkan dalam al-Qur’an, antaranya firman Allah: “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi… terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir” [Surah Āli ‘Imrān 3:190].

10. Dari sudut integrasi Psikologi Islamik-Saintifik, grounding ilmiah selari sebagai alat teknikal untuk regulasi emosi. Earthing tidak selari jika disandarkan kepada konsep tenaga tanpa asas ilmiah dan syarak. Tafakkur alam merupakan pendekatan yang paling integratif kerana menggabungkan dimensi kognitif, emosi, spiritial dan akidah berasaskan wahyu.

Rumusan

1. Grounding ilmiah menenangkan emosi melalui mekanisme psikologi yang sahih.
2. Earthing (yang selalu disalah-label sebagai grounding) memberi ilusi penjelasan melalui naratif “tenaga alam” yang tidak kukuh.
3. Tafakkur alam p**a membina ketenangan yang lebih mendalam melalui makna dan tauhid.

Punchline:
Menyentuh bumi mungkin menenangkan seketika — tetapi mengenal Tuhan yang mencipta bumi itulah yang menenangkan jiwa sepenuhnya.


22/03/2026

JANGAN ROSAKKAN RAYA DENGAN MULUT KITA

Soalan Sensitif + Jawapan Kasar = Hubungan Yang Retak.

Dalam suasana hari raya, kita sering berjumpa ramai orang—keluarga, saudara-mara, kenalan lama. Namun, tanpa sedar, dua bentuk tingkah laku sering berlaku dan merosakkan keharmonian:

1. Bertanya tanpa sensitiviti
2. Menjawab tanpa adab

Kedua-duanya menyumbang kepada ketegangan emosi dan keretakan hubungan.

Di sinilah pentingnya keseimbangan antara dua pihak:

Bagi penanya:
Tidak semua perkara yang ingin diketahui wajar ditanya. Dalam Islam, menjaga maruah orang lain (ḥifẓ al-‘ird) adalah sebahagian daripada akhlak. Sensitiviti sosial adalah tanda kematangan jiwa mereka.

Bagi penjawab:
Tidak semua soalan perlu dijawab dengan emosi. Keupayaan menahan reaksi spontan (inhibitory control) dan memilih respon yang berhemah adalah manifestasi emotional intelligence dan tazkiyah al-nafs kita.

Jawapan alternatif yang lembut bukan tanda lemah, tetapi strategi menjaga hubungan (relationship preservation) dan keharmonian sosial (social harmony). Bukannya untuk menjaga hati mereka, tapi menjaga kesejahteraan mental kita sendiri. Jika ada pilihan, elakkan berjumpa mereka, atau dapatkan sokongan daripada ibu bapa, adik-beradik, pasangan, atau sahabat untuk menyelamatkan kita.

Punchline:
Adab dalam bertanya ialah menjaga kesejahtaraan hati orang lain.
Adab dalam menjawab ialah menjaga kesejahtaraan emosi sendiri.

Nota:

Terima kasih kepada yang benar-benar faham poin saya dari perspektif psikologi dan kesejahteraan mental, terutamanya yang faham yang saya mengkritik tingkah laku penanya dan mahu melindungi kesejahteraan mental pihak yang ditanya untuk jangka panjang. Diharap, di mata pihak sekeliling, pihak yang bertanya dilihat tidak menjaga maruah, manakala pihak yang ditanya tetap dilihat bermaruah. Tapi jika sekali-sekala pihak yang ditanya terkeluar kata-kata jawapan kesat, emosi mereka perlu divalidasi kerana mungkin sudah lama memendam. Itu luahan emosi normal. Dan pihak yang bertanya p**a ada yang memang terkenal lidah meyakitkan hati, tapi ada juga yang sekadar bertanya secara innocent dan hormat dengan jawapan balas kita. Moga pihak yang ditanya mampu bingkas balik jadi lebih baik selepas itu demi kesejahteraan mental diri jangka panjang dan moga pihak yang bertanya diberi kesedaran. Hanya kita yang boleh jaga emosi dan lidah kita masing-masing.

Terima kasih juga kepada yang berkongsi pengalaman peribadi dan alternatif reaksi di ruangan komen.



Hari Raya memang nampak meriah dari luar. Tapi untuk ramai orang, ia juga boleh jadi penat, penuh tekanan sosial, dan ka...
22/03/2026

Hari Raya memang nampak meriah dari luar. Tapi untuk ramai orang, ia juga boleh jadi penat, penuh tekanan sosial, dan kadang emosi pun naik turun.

Jadi survive tu bukan lemah, tapi satu bentuk jaga diri. Ini beberapa tips yang mungkin boleh diamalkan:

1. Jaga tenaga, bukan sekadar jaga imej:

Tak perlu hadir semua rumah, semua majlis. Pilih yang penting saja. Kalau dah penat, balik. Tak perlu paksa diri untuk nampak okay.

2. Rehat tu keperluan, bukan kemewahan:

Tidur cukup walaupun jadual padat. Kalau boleh, ambil masa 10–15 minit untuk pause. Duduk diam, tarik nafas, jauh dari orang sekejap.

3. Sediakan skrip jawapan selamat:

Soalan sensitif memang hampir pasti akan muncul (kerja, kahwin, duit, dll). Boleh jawab ringkas macam:

• “Doakan yang baik-baik je ya”
• “Masih dalam perancangan”

Tak perlu justify hidup kita kepada semua orang.

4. Jaga makan & ubat (kalau ada)

Jangan skip ubat semata-mata sibuk raya. Makan berpada, bukan sekadar untuk fizikal, tapi juga elak badan terlalu letih atau mood swing.

5. Kenal pasti trigger sendiri:

Kalau tahu situasi tertentu buat kita stress. Contoh seperti berkumpul terlalu lama, individu tertentu), cuba hadkan exposure atau rancang cara nak keluar dari situasi tu.

6. Bawa safe person atau sistem sokongan:

Kalau pergi majlis besar, pergi dengan orang yang kita selesa. At least ada tempat untuk berlindung bila keadaan jadi overwhelming.

7. Normalisasikan emosi bercampur:

Tak semua orang rasa gembira masa raya. Ada yang rasa kosong, sedih, atau tertekan... itu valid. Hari raya bukan pertandingan siapa paling bahagia.

8. Kurangkan tekanan media sosial:

Kalau scroll buat kita rasa hidup orang lain lagi sempurna, ambil jarak. Realitinya, semua orang pun ada struggle masing-masing.

9. Letakkan sempadan (boundaries):

Kalau sesuatu perbualan atau gurauan dah melampau, boleh berhenti atau tukar topik. Menjaga hati sendiri juga satu tanggungjawab.

10. Raikan dengan cara sendiri:

Tak semua orang perlu ikut template raya yang sama. Kalau raya sederhana, duduk rumah, atau keluar sekejap saja... itu pun dah cukup.

Hari Raya bukan tentang memenuhi jangkaan orang lain, tapi tentang menjaga diri sambil meraikan apa yang kita mampu.

Salam Aidilfitri ke-2 dari kami. Ada yang beraya di Sabak Bernam ke tu? 👀

Address

Sabak
45200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Depresi Bukan Gila posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Depresi Bukan Gila:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram