17/02/2026
Hebahan Umum:
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam MADANI. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Bersyukur ke hadrat Allah swt di atas segala limpah kurniaNya kita sampai semula di bulan yang mulia lagi barakah iaitu Ramdhan.
Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) melalui jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HTAJ) dan jawatankuasa Surau Al Ikhlas (HTAJ) ingin mewar-warkan kepada orang ramai mengenai penganjuran Solat Sunat Tarawih sepanjang bulan Ramadhan di Surau Al Ikhlas (HTAJ) bagi tahun kedua semenjak penubuhan Surau Al Ikhlas (HTAJ).
Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan dan mengajak orang ramai yang berada di Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk sama-sama melaksanakan solat sunat tarawih. Solat sunat tarawih ini diimamkan oleh pelajar Mahaad Tahfiz As Solehin Sungai Besar, Selangor. Moreh juga disediakan selepas selesai solat sunat tarawih.
Marilah kita sama-sama mengumpul sebanyak mungkin pahala dan sebarkan kebaikan serta silaturrahim di bulan yang mulia ini. Moga asbab dari segala kebaikan, kita semua dipilih oleh Allah swt menjadi penghuni syurga dan mendapat syafaat dari junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubbarak 1447H.