23/07/2025
Masih ramai yang tertanya-tanya: kalau kerja cuma 4 hari seminggu, takkan produktiviti boleh kekal?
Hakikatnya, banyak kajian antarabangsa membuktikan sebaliknya. Negara seperti UK, Iceland, Jepun dan New Zealand telah mencuba sistem kerja 4 hari, dan hasilnya amat memberangsangkan. Produktiviti kekal atau meningkat, kesihatan mental pekerja bertambah baik, dan kadar ketidakhadiran menurun secara drastik.
Apabila seseorang pekerja diberikan satu hari tambahan untuk berehat, mengurus keluarga atau melakukan aktiviti peribadi, mereka kembali bekerja dengan minda yang lebih segar dan fokus yang lebih tinggi.
Tekanan kerja menurun, keletihan berkurang, dan semangat bekerja meningkat. Bahkan, dengan kurang hari bekerja, penggunaan tenaga pejabat turut menurun memberikan impak positif kepada alam sekitar.
Organisasi juga terdorong untuk lebih inovatif, menggunakan teknologi, WFH dan memperbaiki sistem kerja agar masa yang terhad digunakan dengan lebih cekap. Ini bukan tentang bekerja sambil lewa, tapi bekerja dengan lebih bijak. *Lihat Public Health Malaysia siang malam pun masih bekerja
Adakah mungkin suatu hari nanti Malaysia akan mengikut jejak langkah negara maju yang mengutamakan work life balance?