Klinik Butiza Sandakan

Klinik Butiza Sandakan Buka 24 Jam SETIAP HARI

01/06/2026

🩺 1 Hari 1 Pesanan

"Jangan tunggu sakit menjadi teruk baru mendapatkan rawatan."

Ramai yang menganggap sakit ringan akan sembuh sendiri. Namun, pemeriksaan awal dapat membantu mengesan masalah kesihatan lebih awal dan mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

✅ Dapatkan pemeriksaan jika gejala berlarutan
✅ Ambil ubat mengikut arahan doktor
✅ Utamakan kesihatan diri dan keluarga

Kesihatan yang dijaga hari ini adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih sihat.

Jom Dapatkan Rawatan di Seluruh Cawangan Klinik Butiza 😉

DIRGAHAYU TUANKUSempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan ...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H, seluruh warga Klinik Butiza menjunjung kasih serta merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Seri Paduka Baginda atas ulang tahun keputeraan rasmi Baginda.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, usia yang diberkati serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT dalam memayungi rakyat serta memelihara kedaulatan negara tercinta.

DAULAT TUANKU!

Sembah Takzim Daripada :
Warga Klinik Butiza

31/05/2026

1 HARI 1 PESANAN

🦟 PERINGATAN KEPADA SEMUA MASYARAKAT

Denggi bukan penyakit yang boleh dipandang ringan. Setiap tahun, ramai yang terpaksa dirawat di hospital, malah ada yang kehilangan nyawa akibat gigitan nyamuk Aedes.

Marilah kita bersama-sama mengambil langkah pencegahan dengan memastikan kawasan rumah dan persekitaran sentiasa bersih serta bebas daripada takungan air yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Luangkan hanya 10 minit seminggu untuk memeriksa dan menghapuskan tempat-tempat yang berpotensi menjadi sarang Aedes.

Ingatlah, pencegahan bermula daripada diri sendiri. Jangan tunggu sehingga ada ahli keluarga atau jiran yang dijangkiti. Kesedaran dan tindakan kita hari ini mampu menyelamatkan nyawa pada masa hadapan.

⚠️ Jika anda mengalami gejala seperti demam panas secara tiba-tiba, sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan otot, ruam pada kulit, loya atau muntah, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Datang ke Klinik Butiza untuk pemeriksaan dan nasihat perubatan dengan segera. Pengesanan awal dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi yang lebih serius.

Perangi Denggi, Lindungi Keluarga, Selamatkan Komuniti. 💙

🩺 MEDICAL CHECK-UP DI KLINIK BUTIZA✅ Medical Check-Up Sambung Belajar✅ Pre-Employment Medical Check-Up✅ Medical Check-Up...
31/05/2026

🩺 MEDICAL CHECK-UP DI KLINIK BUTIZA

✅ Medical Check-Up Sambung Belajar
✅ Pre-Employment Medical Check-Up
✅ Medical Check-Up Lesen PSV/GDL

👉 Pemeriksaan Lengkap
👉 Proses Pantas
👉 Keputusan Dipercayai

💜 Buat Hari Ni, Siap Hari Ni

Dapatkan pemeriksaan kesihatan yang profesional, cepat dan mudah di Klinik Butiza.



========================
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kami

📍KLINIK BUTIZA ALAMESRA
📞088402613
📲https://wa.me/601121570057
24Jam

📍KLINIK BUTIZA SANDAKAN
📞089 225468
📲https://wa.me/601114405468
24Jam

📍KLINIK BUTIZA KINABATANGAN
📞089 551051
8am -9pm
📲https://wa.me/60145571051

📍KLINIK BUTIZA TAWAU (TAMAN POH SAN)
📞089 763965
📲https://wa.me/60123193965
9am-9pm

📍KLINIK BUTIZA TAWAU (UNISENTRAL)
📞089 716448
📲https://wa.me/60137673965
24Jam

📍KLINIK BUTIZA LAHAD DATU
📞089 896634
📲https://wa.me/60134226634
24Jam

🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026 🌾Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!Sempena sambutan Pesta Kaamatan, seluruh warg...
30/05/2026

🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026 🌾

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!

Sempena sambutan Pesta Kaamatan, seluruh warga Klinik Butiza ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikannya.

Semoga perayaan menuai ini membawa kegembiraan, kemakmuran, kesihatan yang berpanjangan serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan perpaduan dalam masyarakat.

🌾 Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian 🌾

Terima kasih atas kepercayaan anda yang berterusan kepada Klinik Butiza sebagai rakan penjagaan kesihatan keluarga anda.

🌾💜

🌬️ Tarik nafas pun rasa berat?Jika anda atau anak mengalami: ✅ Batuk berpanjangan ✅ Sesak nafas ✅ Asma ✅ Kahak yang suka...
28/05/2026

🌬️ Tarik nafas pun rasa berat?

Jika anda atau anak mengalami:

✅ Batuk berpanjangan
✅ Sesak nafas
✅ Asma
✅ Kahak yang sukar keluar

Rawatan Nebuliser mungkin dapat membantu Anda!

Di Klinik Butiza, kami menyediakan rawatan nebuliser yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa bagi membantu melegakan saluran pernafasan dan memberikan keselesaan dengan lebih cepat.

💜 Kesihatan Anda, Keutamaan Kami.

========================
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kami

📍KLINIK BUTIZA ALAMESRA
📞088402613
📲https://wa.me/601121570057
24Jam

📍KLINIK BUTIZA SANDAKAN
📞089 225468
📲https://wa.me/601114405468
24Jam

📍KLINIK BUTIZA KINABATANGAN
📞089 551051
8am -9pm
📲https://wa.me/60145571051

📍KLINIK BUTIZA TAWAU (TAMAN POH SAN)
📞089 763965
📲https://wa.me/60123193965
9am-9pm

📍KLINIK BUTIZA TAWAU (UNISENTRAL)
📞089 716448
📲https://wa.me/60137673965
24Jam

📍KLINIK BUTIZA LAHAD DATU
📞089 896634
📲https://wa.me/60134226634
24Jam

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 🐄🐮Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, keikhlasan dan mengeratkan lagi...
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 🐄🐮

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, keikhlasan dan mengeratkan lagi kasih sayang sesama insan.

Di hari yang mulia ini, semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita serta mengurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah buat anda sekeluarga.

Ikhlas daripada,
Warga Kerja Klinik Butiza 🤍

Dulu2 kan… tiap malam si bini susah mau tidur.Bukan pasal apa…pasal laki dia punya dengkur, ya ampun kuat betul 😅Dia bar...
29/04/2026

Dulu2 kan… tiap malam si bini susah mau tidur.
Bukan pasal apa…
pasal laki dia punya dengkur, ya ampun kuat betul 😅

Dia baring saja, pandang siling… dalam hati cakap,
“adui… sampai bila la begini…”

Dia sayang laki dia, memang la.
Perut makin boroi, badan makin berat.
Jalan sikit pun sudah penat.

Sampai satu hari, dorang decide mau ubah.
Datang Klinik Butiza, jumpa doktor…
semua explain bagus2, ikut badan dia.

Start rawatan turunkan berat badan
Pelan-pelan saja perubahan tu datang…

3 bulan kemudian..

Nahhh Turun 12kg 😳
Perut yang dulu boroi, sekarang makin flat.
Dan yang paling best…

Malam tu… sunyi.
Tiada sudah dengkur kuat tu.

“Bestnya… akhirnya boleh tidur lena.”

Sekarang dia cakap,
“I’m a happy wife” 🤍

Kadang bukan pasal kurus saja… tapi pasal hidup jadi lebih tenang.

Jom kamurang!

5minggu turun 7.3kg. happy patient. Kami pun happy!Kami ndak tipu ya.. Real data..
23/04/2026

5minggu turun 7.3kg. happy patient. Kami pun happy!

Kami ndak tipu ya..
Real data..

20/04/2026

Pihak pengurusan Klinik Butiza sempat turun padang untuk melihat sendiri keadaan Kg Bahagia yang terlibat dalam kebakaran.

Semoga di beri kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian berat ini

Address

Lot 10 Sejati Corporation Garden Mile 7 Sandakan
Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Butiza Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Butiza Sandakan:

Share